Friday, November 21, 2008

Peringatan Sebelum Berjuang

1. Baca petikan pemahaman dengan teliti (sekurang-kurangnya dua kali atau lebih jika perlu)

2. Gariskan perkataan yang kurang difahami dan baca ayat tersebut semula untuk meneka makna perkataan.

3. Baca soalan pemahaman dengan teliti. Jika tersalah baca, jawapan salah dengan serta merta.

4. Awasi tatabahasa yang digunakan dan semak ejaan.

5. Pastikan kamu tanya guru tentang peribahasa yang kurang kamu fahami sebelum menduduki ujian.

6. Untuk ujian lisan, berlatih dengan kawan-kawan atau di hadapan cermin supaya mengawal rasa takut dan lebih yakin bila membaca.

7. Tonton warta berita untuk mendengar pembacaan yang jelas dan lantang.

8. Untuk pemahaman mendengar, baca soalan-soalan yang diberikan terlebih dahulu jika ada waktu untuk mengenalpasti isi yang diinginkan.

Kesilapan yang sering dilakukan

Perkara-perkara yang perlu diperbaik:

- kurang memahami petikan pemahaman
- kelemahan kosa kata
- tidak membaca soalan pemahaman terlebih dahulu
- kurang yakin tatkala membuat ujian lisan
- harus kawal rasa takut

- kelemahan imbuhan
- kelemahan peribahasa
- tidak tahu apa itu "sikap" atau "sifat"
- kurang mahir menjelaskan sebab setelah memberikan pendapat
- kurang membaca soalan dengan teliti, bila disuruh berikan kesilapan yang telah
dilakukan oleh watak, saranan atau cadangan yang diberikan.
- cara menjawab soalan dengan tepat perlu diperbaik

- tidak memahami kehendak soalan kerana kepincangan kosa kata (perkataan wajarkah?)
- pembinaan ayat lemah, makna perkataan tidak dijelaskan dengan tepat
- peribahasa agak mencabar, harus baca keseluruhan cerita dengan teliti
- tidak menyemak kertas peperiksaan (sikap keji dan sikap terpuji disalahtafsirkan)
- tidak tahu menjawab soalan tentang "sifat"