Monday, September 16, 2013

Sistem Pendidikan Singapura

Kenyataan Masalah:

Kamu dapati bahawa sistem pendidikan di Singapura memberi tekanan kepada para pelajar. Pilih satu aspek sistem tersebut yang kamu anggap penting. Fikirkan apa yang perlu dikekalkan, dihakis, ditambah, dikurangkan ATAU diubah. Sokong pendapat kamu itu dengan sebab dan bukti yang kukuh.

Contoh-contoh aspek sistem pendidikan:

1. Subjek-subjek yang dipelajari
2. Penyampaian pengajaran 
3. Kegiatan-kegiatan dalam sekolah
4. Kegiatan-kegiatan luar darjah
5. Penilaian (Ujian/Peperiksaan)

12 comments:

Ariel Lesmana said...

Sesuai dengan perbahasan tadi siang, kerana saya merupakan kelompok pembangkang, maka saya rasa lebih baik apabila saya menyampaikan balasan yang benar secara politis sebagai regu pembangkang dan menekankan bahawa sistem pendidikan akademik yang boleh memberi tekanan pelajar itu baik. Saya akan membicarakan hal yang langsung terlintas di minda saya ketika melihat persoalan diatas. Saya merasa bahawa memberi tekanan kepada pelajar boleh berfaedah kepada kehidupan sang pelajar di keesokan hari. Sedari kecil, pelajar sudah dibiasakan dengan tekanan dan harapan guru untuk melakukan yang lebih baik lagi. Jika kita lihat, sekolah cukup menyerupai kehidupan di mana kedua-dua bidang boleh memberikan tekanan kepada kita, hanya sahaja sekolah lebih memberikan tekanan bersifat akademik. Apabila pelajar sudah biasa dengan tekanan sedari dini, maka ia akan menyedari bahawa tekanan yang akan ia alami dalam hidup adalah proses alami, sehingga ia tidak akan mudah untuk cepat menyerah. Sebagai contoh, kita boleh lihat negara Jepun dan Taiwan yang sebenarnya memberikan tekanan yang terutama bersifat akademik kepada pelajar mereka. Sedari muda, siswa Jepun dan Taiwan telah dilatih untuk menghadapi tekanan. Sebagai orang dewasa, kita dapat melihat dari masyarakatnya secara keseluruhan bahawa mereka boleh menghadapi tekanan, pantang menyerah, dan terus berteguh hati hingga mereka melewati cabaran yang dimaksud.

Muhd Danish Basharahil said...

Saya ingin mengkritik dari segi subjek-subjek yang dipelajari murid-murid. Di sekolah kami, para murid mengambil subjek yang amat banyak sekali jika dibandingkan dengan sekolah lain. Subjek yang berlebihan ini juga boleh menjejas seorang murid kerana mengalami tekanan untuk subjek yang banyak.
Selain daripada itu, peluang untuk memilih subjek untuk dipelajari merupakan suatu masalah juga. Pada pendapat saya, kebebasan yang diberikan untuk memilih subjek apa yang hendak dipelajari di Menengah 3 amat lewat dan boleh ditukarkan kepada Menengah 1. Ini adalah supaya para pelajar dapat mengasah kekuatan mereka dalam subjek masing-masing dan juga mencapai potensi mereka dalam sesebuah subjek.
Justeru itu, saya berharap bahawa Kementerian Pendidikan Singapura boleh memberikan kelapangan dan kebebasan untuk murid-murid memilih subjek apa unuk dipelajari seawal Menengah 1.

Muhd Rasydan Bin Abdul Razak said...

Pada pendapat saya, isu mengenai sistem pendidikan di Singapura ini boleh dilihat melalui pelbagai perspektif yang berbeza. Boleh dikatakan bahawa sistem pendidikan di Singapura ini banyak membawa manfaat kepada para pelajar di Singapura. Ini kerana sistem ini mampu untuk mendatangkan pelbagai kebaikan kepada para pelajar ini pada masa hadapan. Sebagai contoh, jikalau seseorang itu melalui sistem pendidikan sebegini, sudah tentu masa depannya akan lebih cerah berbanding dengan seseorang yang tidak melalui sistem ini. Justeru, sistem pendidikan di Singapura ini amat berkesan dalam membentuk insan-insan yang boleh berjaya di masa hadapan.
Namun, sistem ini juga telah mengubah pemikiran para pelajar untuk mementingkan pencapaian dari segi akademik sahaja. Ini tidak begitu baik kerana para pelajar tidak akan dapat menyedari akan kebolehan dan kekuatan mereka bagi aspek-aspek lain seperti aspek sukan dan juga seni.
Akhir kata, saya berasa bahawa sistem pendidikan di Singapura ini merupakan sistem yang baik, tetapi jikalau langkah-langkah yang tepat diambil oleh Kementerian Pendidikan, pasti sistem pendidikan Singapura akan menjadi yang terbaik di mata dunia.

Hameem said...

Saya rasa bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawa Singapura merupakan negara yang berjaya dan maju kerana masalah pengangguran tempatan bukanlah sebesar di banyak negara lain. Ini mencerminkan daya sistem pendidikan kita yang dapat membolehkan kejayaan dalam kerjaya produk-produknya, iaitu tenaga manusia negara kita ini.
Namun begitu, saya berpendapat bahawa pada pokoknya, definisi kejayaan ini sangatlah terkongkong. Singapura harus mengikut tuntutan abad ke-21 ini dan bukan setakat memastikan perkembangan ekonomi atau iktisad yang pesat kerana ini ialah matlamat takuk lama, tatkala Singapura sebuah negara kecil tanpa sumber asli dan perlu
Pada marcapada ini, kita perlukan kemahiran abad ke-21 agar kita mampu bersaing dalam persada dunia. Kita haruslah memeluk kerencaman dan usahlah melihat segala-galanya dari sudut wang sahaja.

Hameem said...

Maaf, saya terlupa melengkapkan salah satu ayat dalam komen saya sebelum ini.

Saya rasa bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawa Singapura merupakan negara yang berjaya dan maju kerana masalah pengangguran tempatan bukanlah sebesar di banyak negara lain. Ini mencerminkan daya sistem pendidikan kita yang dapat membolehkan kejayaan dalam kerjaya produk-produknya, iaitu tenaga manusia negara kita ini.

Namun begitu, saya berpendapat bahawa pada pokoknya, definisi kejayaan ini sangatlah terkongkong. Singapura harus mengikut tuntutan abad ke-21 ini dan bukan setakat memastikan perkembangan ekonomi atau iktisad yang pesat kerana ini ialah matlamat takuk lama, tatkala Singapura sebuah negara kecil tanpa sumber asli dan perlu memenuhi keperluan paling asas rakyatnya.

Pada marcapada ini pula, kita perlukan kemahiran abad ke-21 agar kita mampu bersaing dalam persada dunia. Kita haruslah memeluk kerencaman dan usahlah melihat segala-galanya dari sudut wang sahaja.

Adib said...

Selepas berbahas, saya tetap rasa bahawa sistem pendidikan Singapura yang terlalu mementingkan kecemerlangan akademik tidak ideal. Saya sendiri tidak suka mengambil peperiksaan yang hanya menguji daya ingatan saya. Ini telah memupuk daya persaingan yang kurang sihat ke dalam diri kami para pelajar. Sistem pendidikan kita tidak terlalu efektif dalam menghargai kebolehan murid yang lain serta mendidik kita tentang nilai-nilai murni.
Namun walau bagaimanapun, saya setuju dengan pendapat para pembangkang bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung kepada sistem pendidikan untuk mengajar anak-anak tentang nilai-nilai murni. Sistem pendidikan Singapura secara tidak langsung dibentuk oleh masyarakat, jadi sistem ini tidak dapat memenuhi kemahuan semua orang. Nilai-nilai murni sepatutnya diajar semenjak anak itu kecil oleh para ibu bapa.
Akhir kalam, saya tetap berpengang teguh kepada pendirian saya bahawa sistem pendidikan Singapura yang mementingkan kecemerlangan akademik tidal ideal.
Subjek-subjek yang ditawarkan boleh ditambah lagi serta cara penilaian boleh ditukar.

Anonymous said...

Izzat telah berkata yang kita perlu menumpukan perhatian kepada sektor-sektor pekerjaan lain seperti pembersih dan sebagainya dan dia berkata yang penduduk Singapura tidak mengambil pekerjaan sedemikian kerana sistem pendidikan di Singapura terlalu menumpukan perhatian kepada kecemerlangan akademik. Saya tidak setuju. Penduduk Singapura tidak mengambil pekerjaan sedemikian kerana cara pemikiran mereka yang lebih suka kepada sektor-sektor pekerjaan lain.

Pihak pembangkang juga telah menyatakan tentang sistem pendidikan di negera lain seperti Finland di mana sistem pendidikan melahirkan penduduk yang lebih gembira, lalu membuatkan sistem pendidikan seperti itu ideal. Namun, mereka telah menunjukkan bagaimana sistem pendidikan sedemikian ideal untuk Finland dan kita tidak boleh membuat andaian yang sistem pendidikan sedemikian juga akan membawa hasil yang sama. Penduduk Singapura mempunyai cara pemikiran yang berbeza daripada penduduk Finland. Seperti dikatakan oleh (Si Finland yang telah datang untuk penyampainnya di salah satu acara sekolah), dia tidak boleh katakan yang sistem pendidikan di negaranya akan membawa hasil yang sama kerana kita harus melihat berapa praktikal sistem itu, isi yang telah dicerakin oleh Shakran. Walaupun sistem ini ada keburukkannya, sistem pendidikan inilah yang paling praktikal bagi penduduk Singapura, lalu membuat sistem ini ideal.

Namun, mungkin cara pemikiran penduduk Singapura yang sedemikian- mementingkan sebahagian sektor-sektor pekerjaan dan sebagainya berpunca daripada sistem pendidikan kita yang terlalu mementingkan kecemerlangan akademik. Kita sudah berada di dalam sistem pendidikan ini sehingga cara pemikiran kita sudah dibentuk untuk menjadi sedemikian, yang mementingkan kecemerlangan akademik juga. Susah untuk kita tukar sistem pendidikan kita kerana ini bermakna menukar cara pemikiran penduduk Singapura juga.

Singapura telah mengambil beberapa langkah untuk cuba mereka sistem pendidikan yang lebih holistik seperti penilaian DSA yang lebih mementingkan nilai-nilai daripada pencapaian lain. Saya setuju yang nilai-nilai itu penting tetapi saya tidak setuju yang nilai-nilai murni patut diajar dalam sistem pendidikan kita. Beberapa forum dalam 'The Straits Times' membawa ke depan bahawa cara penilaian yang baharu ini hanya akan melahirkan penduduk Singapura yang memaksa diri mereka untuk memaparkan nilai-nilai murni hanya untuk lulus. Nilai-nilai murni harus dibina, bukan diajar dan dipaksa. Pelajar juga akan mula 'menipu' nilai-nilai murni hanya untuk lulus. Mereka sebenarnya tidak ada nilai-nilai itu. Jadi, walaupun kita tukar sistem pendidikan di Singapura, sistem pendidikan yang baharu itu tidak akan membawa masuk faedah-faedah. Nilai-nilai sedemikian harus dipupuk dengan perlahan melalui pertubuhan-pertubuhan akar umbi seperti agama dan keluarga.

Tambahan pula, saya sendiri (dan saya percaya beberapa orang lain) tidak setuju dengan sistem pendidikan yang lebih menumpukan kepada 'kecemerlangan' nilai-nilai. Sistem pendidikan yang baharu ini tidak adil kepada mereka yang sudah bekerja keras unutuk mencapai kecemerlangan akademik untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang elit seperti Institusi Raffles. Dan sekarang, mereka mahu menukar sistem pendidikan kita. Saya tahu yang nilai itu penting tetapi sistem pendidikan baharu ini tetap tidak adil.

-Sufyan

Joshua T. said...
This comment has been removed by the author.
Joshua said...

Saya rasa bahawa sistem pendidikan Singapura yang mementingkan kecemerlangan akademik sangat penting bagi menjagai masa depan negara kita. Singapura, sebagai sebuah negara yang sangat maju dalam bidang ekonomi, memerlukan ramai pekerja yang kemahiran tinggi untuk menyumbang kepada ekonomi kita. Berdasarkan struktur ekonomi Singapura kini, infrastruktur kita merangkumi unsur-unsur asas seperti sistem pengangkutan dan bidang pembinaan, dan pekerjaan seperti ini biasanya dilakukan oleh pekerja-pekerja asing ataupun warganegara Singapura. Namun demikian, untuk mengadakan suatu ekonomi yang kukuh dan stabil, kita perlu mengadakan pekerjaan yang memerlukan tahap kemahiran yang lebih tinggi, seperti dalam bidang perubatan dan kesihatan, bisnes, pendidikan dan hukum, dan dengan ini kita dapat menyumbang lebih kepada ekonomi kita. Oleh sebab ramai warganegara Singapura berhasrat untuk mencapai impian mereka untuk berhidaup dengan mewah, mereka akan memilih pekerjaan yang membayar gaji yang tinggi, dan pekerjaan-pekerjaan seperti ini memerlukan kelayakan akademik yang tinggi, misalnya, ijazah daripada universiti-universiti yang terkemuka. Justeru, kita perlu menegakkan standard akademik negara kita yang tingi supaya para pelajar dapat meraih pekerjaan yang akan menyumbang dengan positif kepada ekonomi negara kita.

Anonymous said...

Ramai yang menyatakan yang sistem pendidikan tidak membenarkan pelajar untuk memperkembangkan kebolehan mereka dari aspek lain seperti seni dan sukan. Namun, di dalam konteks Singapura, adakah seni dan sukan penting atau sekurang-kurangnya sepenting kecemerlangan akademik? Tambahan pula, statistiks telah menunjukkan yang para siswazah yang mempunyai kecemerlangan akademik yang tinggi menyumbang kepada sebahagian yang besar kepada ekonomi kita. Mereka menyumbang kepada 63% peratus ekonomi kita lalu ini menunjukkan yang mereka merupakan satu aset yang amat penting bagi ekonomi kita. Kita harus terus berusaha untuk memperkembangkan dan melahirkan para siswazah yang mempunyai kecemerlangan akademik dan ini boleh dicapai melalui sistem pendidikan yang mementingkan kecemerlangan akademik.

-Sufyan

Anonymous said...

Untuk menjawab soalan, saya rasa yang Singapura harus memberi lebih perhatian kepada aspek-aspek lain pendidikan seperti nilai-nilai murni, seni dan sukan tetapi tetap memberikan keutamaan kepada kecemerlangan akademik kerana, seperti dibuktikan, kecemerlangan akademik itu penting dan sistem pendidikan kita ini sudah mencukupi.

-Sufyan

Sheikh Izzat said...

Pendidikan adalah sesuatu pelaburan jangka panjang. Ibu bapa menggunakan wang untuk pendidikan anak-anak mereka. Mereka menggunakan wang ini dengan harapan bahawa anak mereka akan berjaya pada akhir kelak. Kini, fikiran bahawa pendidikan akademik sahaja yang boleh menentukan kejayaan merupakan sesuatu kesan sistem pendidikan yang mementingkan kecermerlangan akademik. Sistem pendidkan yang mementingkan kecemerlangan akademik memberi mesej bahawa setiap orang memlukan markah akademik yang tinggi untuk berjaya. Ekonomi Singapura bergantung kepada beberapa sektor. hanya 40% pekerjaan yang menyumbang kepada ekonomi singapura memerlukan pencapaian akademik yang tinggi. Namun, dengan sistem pendidikan kita, pelajar akan hanya mahir dalam bidang akademik sahaja. Setiap orang mempunyai kemahiran masing-masing dan boleh menyumbang kepada sektor ekonomi yang berlainan. Jika setiap orang hanya mahir dalam bidang akademik sahaja, ketika dewasa, mereka akan bermain fungsi dan peranan yang sama. Dengan ini sektor-sektor lain yang memerlukan lebih orang akan dipinggirkan. Oleh kerana itu, pihak kerajaan terpaksa menerima warga asing ke dalam Singapura untuk mengambil kerja yang tidak dihargai oleh masyarakat singapura seperti pekerja pembinaan atau pembersih. Singapura harus lebih pandai memanfaatkan kekuatan setiap orang kerana sistem pendidikan yang ideal memanfaatkan kekuatan setiap insan untuk menolong mereka mencapai potensi masing-masing.