Monday, September 24, 2012

Generasi Anti-Sosial


Penjagaan Alam Sekitar


Sikap Boros Berbelanja

Penulisan Karangan Ekspositori


Perenggan pengenalan:

*Perenggan awal sangat penting dan harus memukau atau menarik perhatian pembaca

Adakah pelajar memberikan gambaran umum?

Adakah pelajar memberikan kata-kata mutiara / pepatah atau tukilan?

Adakah pelajar memberikan persoalan dengan tepat?

 

Perenggan isi:

*Perenggan haruslah sederhana panjang dan setiap isi baharu harus dihuraikan dalam perenggan baharu

Adakah pelajar memberikan gambaran masalah dengan terperinci?

Adakah pelajar bersetuju dengan kenyataan yang diberikan?

Adakah pelajar memaparkan bukti-bukti berserta contoh-contoh relevan untuk menyokong kenyataan?

Adakah pendapat berbeza disokong dengan bukti yang kukuh?

Adakah pelajar melihat isu dari pelbagai perspektif menerusi kaca mata pelbagai pihak? (pemerintah, masyarakat, sekolah, keluarga dan individu)

Adakah penanda wacana yang baik digunakan dengan tepat bagi mengaitkan setiap perenggan?

 

Perenggan penutup:

*Jangan berikan isi baharu dalam penutup

Adakah pelajar memberi kesimpulan yang jelas berdasarkan semua bukti yang telah dikemukakan?

Adakah pelajar berusaha memberikan penekanan terhadap pentingnya isu yang diberikan?

Adakah pelajar menyebut atau menyelitkan akibat (secara umum) seandainya isu tersebut tidak diberikan perhatian sewajarnya?

Sunday, September 23, 2012

Komen Guru


Maklum Balas Untuk Karangan Ekspositori:

Tajuk Karangan: Rakyat Singapura Ketandusan Budi Pekerti.  Bincangkan.

  • Kalau mahu mulakan dengan kata tukilan atau kata mutiara, tolong pastikan bahawa kata-kata tersebut gramatis dan sesuai mengikut konteks soalan. Ada segelintir pelajar yang memulakan karangan dengan kekata yang salah. Ini akan menimbulkan tanggapan negatif yang boleh menjejas markah. Contoh kata-kata mutiara yang sesuai dan molek digunakan ialah, “Yang kurik ini kundi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”. Penting: Kalau mahu mulakan dengan peribahasa, selitkan maksud peribahasa itu sekali.
  • Persoalan harus dinyatakan dengan jelas. Kalau karangan berbentuk perbincangan, ajukan satu persoalan di ayat terakhir perenggan pertama. Masih ada beberapa pelajar yang tidak lakukan perkara yang sangat penting ini. Kamu boleh tulis begini: Persoalannya, adakah rakyat Singapura benar-benar kehilangan budi pekerti dek dihanyutkan arus kemodenan zaman yang penuh pancaroba ini?
  • Sangat menggembirakan membaca sesetengah karangan pelajar yang mampu membuat kaitan antara topik karangan budi perkerti ini dengan karangan tuntutan kebendaan yang pernah kita buat di awal tahun. Memang ada kaitan rapat antara ketandusan budi bahasa dan tuntutan kebendaan yang semakin menggila dalam kalangan rakyat Singapura. 
  • Ada usaha yang baik untuk memberikan contoh-contoh yang menunjukkan bahawa sesetengah golongan rakyat Singapura berbudi bahasa. Ini ditampilkan melalui rancangan seperti “Catch of the Day” yang ditayangkan di ‘Channel 5’ atau saluran lima. Berikan contoh-contoh kelakuan yang mencerminkan budi pekerti yang mulia. Tamsilnya, seseorang yang berbudi pekerti akan menghulurkan bantuan dengan ikhlas kepada seseorang yang dalam kesusahan, prihatin terhadap perasaan orang lain, bersikap jujur dan amanah serta bertutur dan berkelakuan sopan.
  • Cuma beberapa orang yang mendengar arahan cikgu dan telah memberikan beberapa saranan untuk memupuk kesantusan dalam diri setiap remaja atau pelajar di Singapura. Walaupun saranan tidak diminta, namun demikian, ada kalanya kebolehan untuk menyelitkan saranan tanpa menyeleweng boleh membantu pelajar meraih markah yang lebih cemerlang.
  • Penutup tidak jelas dan ada kalanya tiada penutup langsung. Berikan kesimpulan dengan berbalik kepada soalan. Soalan tentang budi pekerti jadi kamu boleh nyatakan bahawa benar rakyat Singapura semakin ketandusan budi bahasa. Namun demikian, ada segelintir yang memantulkan sikap yang murni dan patut diteladani. Usaha untuk menanam benih akhlak yang mulia merupakan usaha bersama. Setiap pihak yang bertanggungjawab termasuk pemerintah, ibu bapa dan sekolah harus menggembleng tenaga untuk memastikan generasi muda mempunyai tatasusila dan adab yang sopan.

Karangan Budi (19)


Karangan Ritchie

Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, Singapura telah berjaya untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di seantero dunia. Kemajuan yang paling ketara ialah dalam bidang ekonomi. Di segenap empat penjuru Singapura ini, terdapat bangunan-bangunan gah yang menjadi ikon kota Singa ini. Namun di sebalik itu, ramai pihak mengeluh mengenai merosotnya budi pekerti masyarakat yang dirasa semakin ketandusan budi pekerti. Persoalannya, adakah rakyat Singapura memang tidak berbudi pekerti?


Pada hemat saya, sebetulnya masih banyak rakyat Singapura yang memiliki budi pekerti yang tinggi. Ketika kita pergi mengunjungi Universal Studio dan tempat-tempat perbelanjaan, para pekerja di sana selalu menyambut kita dengan senyuman sejak minit pertama kita menapakkan kaki di tempat tersebut. Kemudian, mereka akan menjawab segala pertanyaan pengunjung dengan sopan dan mereka pun menunjukkan tingkah laku yang sangat layak mendapat pujian. Seluruh tindakan ini menunjukkan bahawa mereka masih berbudi pekerti luhur sesuai dengan identiti bangsa kita.
 

Selain diertikan sebagai tutur kata dan tingkah laku yang baik, berbudi pekerti juga bererti saling menghormati dan menghargai sesiapa pun tanpa memandang kaum. Singapura merupakan negara yang memiliki penduduk yang beragam dari segi latar belakang, suku serta agama. Mereka semua hidup berdampingan dan saling bahu-membahu dalam menghadapi permasalahan masyarakat dalam dalam mempertahankan negara ini. Contoh yang paling ketara dekat dengan kita ialah kerelaan peria untuk mengambil bahagian dalam National Service demi menjaga negara. Bersama dengan rakan-rakan sebaya yang tentunya memiliki beragam latar belakang, mereka melalui segala pahit manis bersama-sama bak peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Hal ini menunjukkan bahawa masing-masing individu berbeza satu sama lain atau unik, mereka masih tetap hidup berdampingan saling berganding tangan. Semua ini tentunya mustahil jika mereka tidak berbudi pekerti luhur.

Kerelaan para penduduk untuk menjaga warga tua dengan sepenuh hati juga menjadi contoh lain yang menunjukkan bahawa rakyat Singapura berbudi pekerti. Mereka sedar bahawa ibu bapa telah banyak berkorban sejak mereka masih setahun jagung. Ibu bapa memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Seluruh pengorbanan ini telah mendorong anak-anak mereka untuk berbakti kepada ibu bapanya. Pada saat ibu bapa mereka telah menginjak masa-masa emas dalam kehidupan mereka, kemampuan untuk melakukan pelbagai aktiviti telah menurun dan anak-anak pun menjaga mereka sama seperti cara mereka membesarkan anak-anaknya. Bahkan ketika sang anak sibuk bekerja, ia rela mengeluarkan bakti tambahan untuk menyewa jasa pembantu yang boleh memberikan sepenuh perhatian kepada orang tua mereka. Semua ini menunjukkan bahawa rakyat Singapura saat ini masih tahu membalas budi dan juga mempunyai budi pekerti yang tinggi.
 

Memandang sisi sebaliknya, sebahagian rakyat Singapura nampaknya menunjukkan perilaku yang patut dikategorikan sebagai perilaku seseorang yang kurang berbudi pekerti. Kehidupan yang serba cepat telah menyebabkan banyak orang memegang prinsip bahawa waktu adalah wang. Di satu sisi, prinsip itu tentunya membawa implikasi positif secara psikologi kerana mendorong kita untuk menjadi efisien dalam melakukan segala kegiatan. Walau demikian, prinsip itu juga secara perlahan memerosotkan budi pekerti kita kerana menyebabkan kita kurang ramah kepada orang lain akibat ingin kembali melanjutkan aktiviti peribadi kita. Terlebih terkadang kita cenderung untuk menjadi lebih emosional ketika merasa bahawa orang lain menyia-nyiakan waktu kita. Sebagai contoh, banyak peniaga yang berasa kurang senang dengan calon pembeli yang terlalu banyak bertanya. Akibatnya peniaga menjadi kurang ramah dan kurang sopan dan calon pembeli pun berasa tidak dihargai.peristiwa seperti inilah yang menyebabkan banyak rakyat Singapura menyuarakan keprihatinan mengenai budi pekerti dan adab yang kian merosot.

Kemerosotan akhlak juga sangat ketara dengan meningkatnya jumlah perokok remaja dan budi bahasa remaja yang kian sangat meresahkan. Remaja sering menggunakan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampuran dengan kata-kata lucah. Mereka tidak segan silu untuk mengucapkan perkataan lucah di depan ramai orang; sama halnya dengan merokok yang dilakukan tanpa memandang tempat. Kadar perokok remaja terus melonjak dari tahun ke tahun dan hal ini menunjukkan betapa tandusnya negeri ini akan insan-insan yang berbudi pekerti luhur.
 

Pada pendapat saya, ada tiga pihak yang boleh mengambil langkah-langkah proaktif demi menjaga ataupun meningkatkan budi pekerti bangsa kita. Pihak pertama ialah pemerintah yang peranannya sangat penting dalam usaha ini. Pemerintah harus lebih menekankan pelajaran sivik dan pendidikan moral dalam kurikulum pendidikan sehingga anak-anak boleh lebih memahami tindakan-tindakan yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Dalam melakukan usaha ini, pemerintah harus berganding tangan dengan pihak kedua, iaitu sekolah untuk memberikan penekanan pada mata pelajaran tersebut. Kerjasama ini penting memandangkan banyaknya sekolah yang keras kepala dan tetap kurang memberi tumpuan pada subjek tersebut kerana bersifat kuantitatif.
 

Pihak lain yang berperanan penting ialah keluarga terutama ibu bapa kerana merekalah yang menjadi model contoh serta pengawal perkembangan anak-anak. Ibu bapa harus mengajarkan kelakonan bersopan santun yang baik sehingga anak-anak mereka akan mencontohinya seperti peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya.
 

Sebagai intiha, ada segelintir masyarakat Singapura yang kurang mengamalkan sikap-sikap yang mencerminkan budi pekerti yang tinggi. Orang-orang ini tentu telah mencemar imej negara kita, seperti peribahasa kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Karangan Budi (18)


Karangan Samuel Wittberger

 

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. Isu budi pekerti merupakan isu hangat di Singapura. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak laporan di media massa tentang kes-kes warga negara yang ketandusan budi pekerti. Namun, persoalan yang kini mesti dijawab ialah; adakah rakyat Singapura benar-benar kehilangan budi pekerti dek dihanyutkan arus kemodenan zaman yang penuh pancaroba ini?

 

Tuntutan kebendaan merupakan sesuatu manifestasi sikap rakyat Singapura yang semakin ketandusan budi pekerti. Memang ada kaitan rapat antara ketandusan budi bahasa dan tuntutan kebendaan yang semakin menggila dalam kalangan rakyat Singapura. Rakyat Singapura menjadi terlalu materialistic dan tidak menghiraukan perkara-perkara lain di dalam hidupnya. Ini bermakna mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat kebendaan. Dalam perkataan lain, mereka tidak hiraukan perasaan orang lain kerana mereka sedia buat apa yang diperlukan untuk memastikan mereka dapatkan apa yang mereka ingini. Jika produk baru syarikat Apple dilancarkan di Singapura kamu boleh lihat terlalu ramai orang beratur di luar kedai Apple itu bermula pada pukul 12 malam hari sebelumnya atau lebih awal pun. Dalam peraturan itu juga terdapat mereka yang akan bertelingkah dengan orang lain dalam peraturan itu. Tentunya ini menunjukkan sikap kurang bertimbang rasa dan ketandusan budi pekerti di kalangan masyarakat am Singapura.

Namun terdapat banyak juga kes-kes warga Singapura yang menonjolkan budi pekerti. Mereka merupakan orang yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar merupakan orang yang berbudi pekerti seperti peribahasa hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa. Orang Singapura terkenal kerana mereka melayani orang dengan begitu baik dalm industry servis. Di samping itu, mereka juga menghulurkan bantuan kepada orang lain. Ini ditampilkan melalui rancangan seperti “Catch of the day” yang ditayangkan di Channel 5 atau saluran lima. Terdapat banyak kelakuan baik yang mencerminkan budi pekerti yang mulia. Tamsilnya, seseorang yang berbudi pekerti akan menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja dengan ikhlas, prihatin terhadap perasaan orang lain, bersikap jujur dan amanah serta bertutur dan berkelakuan sopan. Ini tentunya menunjukkan bahawa tiada ketandusan budi pekerti yang begitu teruk.

Namun demikian, malangnya terdapat banyak isu-isu yang menunjukkan lagi bahawa warga negara Singapura ketandusan budi pekerti yang teruk dari segi bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain. Pertamanya, mereka kurang memberi hormat kepada orang tua termasuk ibu bapa mereka sendiri. Singapura mempunyai penduduk yang menua. Oleh itu, penduduk yang muda sekarang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka selalunya meletakkan ibu bapa mereka di rumah tumpangan orang tua. Ini menunjukkan bahawa mereka kurang menghormati ibu bapa mereka.

Jelasnya bahawa terdapat banyak isu yang menjejaskan budi bahasa negara kita. Walaupun banyak contoh yang menunjukkan bahawa Singapura ketandusan budi bahasa, terdapat contoh-contoh lain yang menunjukkan bahawa jika kita berusaha, kita boleh menjadikan negara ini watan budiman. Kitalah harapan zaman depan, Auspicium Meleoris Aevi.

Karangan Budi (17)


Alexander Philip

Pada era globalisasi ini, ramai rakyat Singapura yang kurang berbudi pekerti tinggi. Budi pekerti tidak dipentingkan dan keadaan semakin teruk dengan kecanggihan teknologi. Mereka sering dipengaruhi media massa dan sering melakukan perkara yang kurang beradap dan tidak sopan. Masalah ini juga wujud dalam kalangan remaja. Ketandusan budi pekerti yang tinggi semakin merosakkan imej Singapura. Persoalannya, adakah rakyat Singapura benar-benar kehilangan budi pekerti dek dihanyutkan oleh kemodenan zaman yang penuh pancaroba ini?

 

Masalah tuntutan kebendaan dalam kalangan remaja mempunyaikaitan rapat dengan ketandusan budi pekerti. Ramai remaja mementingkan meraih materialisme dalam hidup atas kepentingan menjamin budi pekerti yang mulia. Mereka sering bergaduh dan bertelingkah dengan ibu bapa mereka dengan menggunakan bahasa yang kasar agar mereka boleh mendapat barangan yang berjenama dan sebagainya. Kadangkala, kumpulan-kumpulan samseng melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme seperti mencuri dan membuli mangsa yang lemah. Remaja inginkan barangan berjenama walaupun mereka miskin dan tidak mampu. Masalah ini semakin berleluasa. Ibu bapa juga memanjakan anak-anak mereka dan akan membelikan apa sahaja yang diminta tanpa memikirkan kesan-kesan negatif yang bakal timbul.

 

Ramai rakyat Singapura juga menunjukkan kelakuan kurang beradab dan kurang sopan kepada orang tua mereka khususnya kepada datuk dan nenek mereka. Liberalisme atau kebebasan yang diberikan kepada remaja membawa pelbagai kesan buruk kerana mereka telah melupakan adab dan sopan santun dan tidak mengamalkan ciri-ciri yang baik. Ramai yang kurang menghormati orang tua dan sering menggunakan bahasa yang kasar dan memarahi orang tua mereka tanpa mempedulikan bahasa yang digunakan. Budaya Asia menitikberatkan nilai-nilai murni apabila bertutur dengan orang tua kerana mereka ibarat Quran Buruk. Malangnya ramai yang tidak mengambil usaha untuk berbual dengan hormat. Hal ini amat merunsingkan kerana kelakuan tersebut tidak boleh diterima.

 

Walau bagaimanapun, hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa. Masih terdapat segolongan rakyat Singapura yang masih berbudi bahasa terhadap orang lain. Singapura sebuah kota yang terkenal dari segi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dari pelbagai bidang dalam masyarakat, perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja-pekerja memang baik. Mereka sering melayan pelanggan dengan sopan dan cuba menemui keperluan dan permintaan mereka. Syarikat-syarikat seperti Robinsons dan Tangs merupakan contoh pusat-pusat membeli-belah yang memberikan perkhidmatan yang terbaik di Singapura. Ramai pelanggan berasa begitu berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh para pekerja di situ. Hal ini menunjukkan bahawa ada juga orang yang berbudi bahasa dan tidak biadap apabila menghulurkan pertolongan.

 

Kempen-kempen mementingkan kesantunan budi pekerti haruslah dilancarkan oleh MCYS bagi menggalakkan rakyat mengamalkan budi perkerti yang mulia. Melestarikan budaya berbudi bahasa amat penting dan rakyat harus diingatkan tentang cara-cara untuk bersopan santun setiap hari. Kempen itu harus menekankan kepentingan menunjukkan sopan santun dan rasa hormat kepada orang tua.

 

Secara tuntasnya, jika masalah ini tidak ditangani segera, reputasi Singapura di mata dunia akan tercemar ibarat menconteng arang di muka. Budi pekerti harus diutamakan supaya meningkatkan taraf negara kita.

Karangan Budi (16)


Zaky Askari

 

“Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati.” Begitulah betapa pentingnya untuk kami menegakkan budi pekerti di kalangan rakyat Singapura. Dalam era globalisasi, saya berpendapat bahawa nilai-nilai murni semakin hilang bukan sahaja di kalangan remaja-remaja dan budak kecil, tetapi juga di kalangan orang dewasa. Budi pekerti seperti tidak wujud di dalam zaman moden ini dan rakyat Singapura menunjukkan dan membesar-besarkan sifat negatif yang kian dipengaruhi oleh negeri-negeri Barat. Sikap liberalisme yang popular di negeri Barat bukannya sesuatu yang buruk tetapi, ia dapat menyebabkan sifat kurang ajar dan kehilangan hormat terhadap mereka yang lebih tua atau berpihak kuasa. Rakyat Singapura telah mengalami banyak dilema sama ada untuk bersikap konservatif atau mengikut contoh negara-negara Barat yang semakin bermaju, Adakah kemajuan ini menjadi sebab atas ketandusan budi pekerti yang tinggi di kalangan rakyat Singapura dan bagaimana akan kami mencari jalan keluar untuk masalah ini?

 

Mutakhir ini, seringkali kami mendengar berita tentang pergaduhan atau pertengkaran antara dua pihak atas teguran yang kecil sahaja. Ini amat membimbangkan kerana jikalau keadaan ini berterusan, ia akan menjadi sebuah kebiasaan dalam kehidupan seharian kami. Kehilangan budi bahasa di dalam kalangan rakyat Singapura dapat digambarkan oleh sebuah kejadian, ketika seorang penjual makanan menengking seorang pelanggan akibat dia membayar untuk makanan dengan nota 50 dolar. Sehubungan dengan itu, ada juga yang bertengkaran akibat merenung antara satu sama lain. Beberapa kes merenung ini telah akibat dalam keganasan dan kecederaan dan salah satu daripadanya adalah ketika seorang pelajar Institusi Raffles ditikam dari belakang selepas sebuah pertengkaran. Ini hanya melambangkan betapa serius masalah ketandusan akhlak yang semakin membiak di kalangan masyarakat kami. Sedemikian, kami haruslah bercapai untuk memartabatkan nilai murni seperti kesabaran dan pemahaman antara satu sama lain yang diamalkan nenek moyang kami.

 

Rakyat Singapura kini semakin mementingkan diri sendiri sahaja tanpa mengambil kisah tentang orang di sekeliling mereka. Kini, lebih senang untuk mencari sifat negatif berbandingkan nilai-nilai murni yang ada pada seseorang. Kadar warga tua di Singapura semakin meningkat lagi dan ini menyebabkan lebih ramai warga emas dihantar ke rumah orang tua dan dilupakan anak mereka. Bak kata pepatah ‘seperti kacang melupakan kulit’, ramai daripada golongan muda warga Singapura sudah lupa jasa ibu bapa, atau nenek moyang mereka dan sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua. Warga emas dikirakan sebagai beban di dalam era moden ini dan dibengkalai oleh anak mereka sendiri. Justeru, kita sepatutnya membangunkan pendapat yang baru tentang warga emas supaya tidak kehilangan jasa dan budi, walaupun sedikit sahaja.

 

Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, tidak dapat dinafikan bahawa warga Singapura tidak kehilangan semua nilai-nilai murni atau peradaban. Kini, lebih ramai lagi rakyat Singapura yang mengambil bahagian dalam kerja masyarakatan dan juga membantu badan-badan sukarelawan untuk mengendalikan program-program sukarela. Di sebuah forum mengenai kerja kemasyarakatan, ahi parlimen, Puan Halimah Yaacob, juga berkata bahawa ‘walaupun ada lebih banyak ruang untuk menambahbaikan kerja masyarakatan di Singapura, sifat kesukarelawan semakin kuat di dalam rakyat Singapura’ dan ini adalah berita yang baik. Sungguhpun demikian, kita haruslah bersikap terbuka dan berterusan dengan kerja kemasyarakatan, supaya kami dapat memupuk sifat bergotong-royong ini ke generasi baru kami. Jikalau tidak, kami akan menggali diri sendiri ke masa depan yang ketandusan budi pekerti yang tinggi.

 

Bersangkutan dengan hal tersebut, kami haruslah memikirkan tentang langkah-langkah untuk memupuk budi pekerti ke dalam rakyat Singapura. Sejak zaman dahulu kala, konsep memindahkan nilai-nilai murni daripada generasi tua ke generasi muda merupakan konsep yang penting. Tanpa pemindahan budi pekerti, generasi seterusnya akan sesat, seperti orang buta kehilangan tongkat. Justeru, salah satu saranan untuk menangani ketandusan budi pekerti, adalah untuk mementingkan pengajaran sivik moral dan juga pendidikan akhlak dari nurseri hingga ke menara gading. Para pendidik haruslah meningkatkan lagi sukatan pelajaran akhlak supaya lebih ramai golongan muda dapat mempraktiskan amalan-amalan tersebut dan bukan sahaja memahaminya secara akademik. Dengan pelaksanaan saranan ini, tentu lebih ramai remaja dapat mengamalkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian mereka.

 

Daripada penerangan di atas jelaslah bahawa memang benar bahawa rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Hakikat perkara itu adalah bahawa keruntuhan akhlak di dalam kalangan rakyat Singapura disebabkan beberapa perkara seperti pengaruh Barat dan sikap liberalisme di dalam era globalisasi ini. Namun, nilai-nilai murni kami bukan semuanya hilang dan kami masih boleh lagi mendapat kembali budi pekerti kami jikalau kami mencuba. Akhirkata, budi pekerti dan jasa kami adalah dua perkara yang akan ditinggalkan untuk generasi yang akan datang. Jikalau kami kehilangan nilai-nilai murni kami sekarang, masa depan kami tidak akan mempunyai panduan untuk kehidupan mereka. Justeru, bak pantun pepatah, ‘Orang gagah pergi berperang, Terlalu berani lagi perkasa; Gajah mati meninggalkan tulang, Manusia mati meninggalkan jasa. ‘

 

Karangan Budi (15)


Imran Khan

 

Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.

 

Budi pekerti amatlah penting dalam kehidupan kita kerana ia mencerminkan perwatakan dan kelakuan diri kita di khalayak ramai. Semenjak berzaman-zaman dahulu, budaya-budaya Timur  seperti Melayu, Cina dan India telah mengajar kita untuk berbudi pekerti kerana ia merupakan lambing budya masing-masing dan memisahkan kita daripada yang lain. Ini dapat dilihat daripada cara orang tua dahulu yang mendidik anak-anak mereka untuk lebih mengutamakan sopan santun dan budi bahasa daripada menekankan kejayaan dalam pendidikan. Akan tetapi, disebabkan proses urbanisasi yang telah mengakibatkan sebuah perubahan yang ketara dalam cara kehidupan kita, budi pekerti sudah tidak dititikberatkan lagi dalam kehidupan seharian kita sehingga ia diabaikan. Juga, disebabkan itu, kita menjadi lebih praktikal dan lebih tertumpu kepada isu-isu seharian sehingga mengabaikan santun dan adab dalam kelakuan kita. Walaupun begitu, masih juga ada rakyat Singapura yang menjalani hidup mereka berdasarkan budi bahasa dan nilai-nilat murni. Oleh sebab ini, negara kita masih mampu maju ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi, persoalannya, mengapakah kebanyakan rakyat Singapura tidak mempunyai budi pekerti yang tinggi?

 

Lebih ramai rakyat watan kita yang langsung tidak berbudi pekerti kerana sikap mementingkan diri sendiri yang tersemat dalam hati mereka. Ini bermakna apa sahaja yang dilakukan mereka bertujuan untuk meraih kemaslahatan bagi diri mereka tanpa menghiraukan orang lain. Mereka hanya ingin mendapatkan apa yang mereka mahu dan tidak mempedulikan keadaan orang lain. Sebagai contoh, disebabkan era globalisasi ini, lebih ramai rakyat Singapura tertarik untuk memenuhi tuntutan 5K yang dapat mebawa kepada kehidupan yang lebih senang. Oleh sebab itu, mereka rela melakukan apa sahaja demi mengejar impian mereka walaupun ada yang telah melanggar undang-undang. Mereka juga tidak mengendahan apa yang orang lain fikirkan asalkan mereka dapat mencapai matlamat mereka dan memenuhi tuntutan tersebut. Walaupun terdapat banyak kesan negatif disebabkan sifat sebegini seperti tiada kepercayaan daripada orang lain, tidak kira yang dekat atau jauh, mereka tetap mementingkan diri mereka sendiri. Jika lebih ramai orang ketandusan budi pekerti yang tinggi, ia akan menyekat kemajuan negara kita kerana semua orang akan bekerja hanya untuk mencari nafkah untuk keluarga mereka dan menerima pangkat yang tinggi, bukan untuk berbakti kepada negara kita dan menolong watan kita maju ke tahap yang lebih tinggi supaya dapat mengharumi reputasi Singapura di persada dunia. Juga, dengan situasi ini, ia akan menjadi asa yang buruk dalam proses pembinaan masyarakat yang beradab dan bertamadun kerana semua orang asyik mementingkan diri mereka sendiri.

 

Bertitik tolak daripada itu, rakyat Singapura yang telah tertarik pada cara hidup yang hedonis menjadi sebab ketandusan budi perketi di kalangan masyarakat kita. Mereka telah dipengaruhi oleh cara hidup budaya Barat dan menerapkannya dalam kehidupan  seharian mereka. Mereka dapat melakukannya apa sahaja mereka inginkan tanpa memikirkan tentang kesan dan akibat melakukannya. Ramai rakyat Singapura ingin menerapkan unsur-unsur kebudayaan Barat dalam kehidupan mereka disebabkan kebebasan ini yang dilihat sebagai sesuatu yang akan membahagiakan mereka kerang tiada sesiapa yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Juga, mereka telah dipengaruhi oleh selebriti-selebriti Barat yang telah menunjukkan keseronokan yang dapat dirasai dengan gaya hidup seperti itu. Tetapi, ini telah mengajar rakyat kita untuk berfoya-foya dan tidak mengutamakan perkara-perkara yang lebih penting dalam kehidupan mereka seperti pendidikan dan mempuyai akhlak yang mulia. Antara perkara-perkara yang mereka lakukan termasuk bersikap materialistic dan membazirkan wang pembeli pelbagai barang yang berjenama. Disebabkan sikap seperti ini, mereka akan menjadi seperti seludang menolak mayang lalu menunjuk-nunjuk barang-barang mereka di khalayak ramai. Ini dengan jelas mencerminkan ketandusan budi pekerti yang tinggi yang ada pada mereka, lebih-lebih lagi menonjolkan pancaran hati yang kotor yang mereka miliki. Dengan ini, ia akan mengakibatkan kehilangan budi pekerti dalam diri rakyat Singapura. Ini akan menghindar pembentukan insan-insan yang berguna kepada masyarakat yang penting bagi negara kita untuk maju dengan pesat.

 

Sementelahan itu, kegagalan ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka untuk bertatasusila dan bersopan santun telah mengakibatkan kebanyakan rakyat Singapura tiada budi pekerti yang tinggi. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di rumah kerana mereka merupakan contoh patut diteladani. Oleh sebab itu, anak-anak akan mengikut setiap langkah ibu bapa buat, tidak kira baik atau buruk kerana anak-anak berfikiran bahawa segala yang dilakukan oleh ibu bapa mereka baik. Sebagai contoh, percakapan antara ibu bapa dengan anak-anak dan antara anggota keluarga di rumah sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi oleh anak-anak. Juga, kekata yang kasar dan mencarut hendaklan dielakkan kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan jiwa anak-anak. Bahasa yang halus dan sopan santun harus dibiasakan penggunaannya di rumah. Oleh sebab itu, apabila mereka meningkat dewasa kelak, mereka akan turut menggunakan kata-kata yang biasa didengar di rumah. Akan tetapi, ibu bapa juga harus bersikap tegas apabila mendidik anak-anak kerana setiap kesilapan yang tidak ditangani akan meningkat kepada sesuatu yang lebih teruk. Oleh sebab itu, ibu bapa sentiasa harus ada di sisi anak-anak mereka untuk membimbing merek ke jalan yang benar dan juga mengawasi anak-anak mereka semasa mereka dalam proses membesar kerana terdapat banyak gangguan yang boleh mempengaruhi anak-anak mereka.

 

Akan tetapi, terdapat juga rakyat Singapura yang mempunyai budi pekerti yang tinggi. Mereka menjalani hidup mereka berdasarkan nilai-nilai murni dan adab. Ini mungkin disebabkan mereka telah mengalami sesuatu yang sangat menyentuh perasaan mereka. Ini dapat dilihat daripada peratusan rakyat Singapura yang terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Sebuah tinjauan menunjukkan bahawa terdapat peningkatan empat-puluh peratus dalam bilangan orang yang telah melakukan kerja kemasyarakatan. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat Singapura berbudi pekerti kerana pengalaman daripada melibatkan diri dalam kerja kemasyarakatan membolehkan rakyat Singapura mempelajari tentang banyak perkara seperti sifat belas ihsan terhadap mereka yang kurang bernasib baik ataupun rasa pencapaian kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Selain itu, rakyat Singapura dapat merenung tentang kerja-kerja kemasyarakatan sebagai wadah untuk memupuk semangat dalam jiwa rakyat-rakyat untuk berbakti kepada masyarakat kita dan menunjukkan persalingan dan responsif dalam rakyat-rakyat untuk melibatkan diri mereka dalam perkhidmatan kesukarelawan. Daripada ini, rakyat-rakyat dapat merumuskan bahawa budi pekerti ini penting bagi rakyat-rakyat berbakti kepada masyarakat kerana tanpa hati yang jernih dan tiada sifat kepentingan diri, seseorang itu tidak akan melibatkan dirinya dalam kerja-kerja kemasyarakatan.

 

Akhir kata, memang tidak dapat disangkalkan bahawa budi pekerti penting dalam kehidupan kita. Ia merupakan petunjuk bagi kita menentukan pilihan kita untuk melakukan sesuatu. Walaupun rakyat-rakyat Singapura sekarang terjerumus dengan mementingkan diri mereka sendiri, negara kita dalam proses pembinaan untuk membentuk sebuah masyarakat yang berbudi pekerti dan bertamadun kerana dengan itu, lebih senang bagi negara kita maju ke tahap yang lebih tinggi kerana seluruh penduduknya bertujuan untuk berbakti kepada masyarakat, tidak kira dari aspek sosial ataupun ekonomi. Oleh sebab itu, rakyat-rakyat Singapura harus sentiasa ingat bahawa dalam segala yang kita lakukan, keikhlasan dari hati amatlah diutamakan kerana ini menentukan niat baik kita dan mencerminkan budi pekerti kita dengan mendalam. Ini juga akan mengesyorkan bahawa masyarakat kita terdiri daripada rakyat-rakyat yang berbudi pekerti dan bertamadun.

 

Karangan Budi (14)


Benny Gerard Emanuel

Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.

Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti. Pernyataan ini memberi makna bahawa masyarakat Singapura sedang mengalami penghakisan adab dari segi tutur kata serta tingkah laku yang baik. Adakah Singapura memang tidak berbudi pekerti? Namun demikian, adakah contoh-contoh yang menunjukkan bahawa rakyat Singapura mempunyai budi pekerti? Apakah langkah-langkah yang boleh dan patut dilakukan bagi mendidik rakyat Singapura supaya berbudi pekerti?

Di Singapura, ketandusan budi pekerti boleh deperhatikan dari kelakuan para penduduk Singapura yang mencerminkan sifat terlalu mementingkan diri serta kekurangan kesedaran awam. Sikap yang dicerminkan budi pekerti seperti berbudi bahasa, adab dan kesantunan dalam diri setiap insan menunjukkan keprihatinan setiap insan terhadap orang lain dalam komunitinya. Apabila seseorang itu bersifat mementingkan diri dan mengabaikan keperluan orang lain, dia sedang mempamerkan ketandusan budi pekerti. Sebagai contoh, di Singapura, walaupun terdapatlah tempat duduk di penangkutan awam yang disediakan khusus untuk para penumpang yang tua, yang hamil atau yang cedera, tempat duduk tersebut kebanyakan kali tidak sempat digunakan oleh mereka yang memerlukannya. Tempat duduk tersebut kebanyakan kali sudah diambil para pemuda atau orang dewasa sebelum penumpang yang memerlukan dapat duduk. Selain itu, mereka yang duduk di tempat duduk yang lain pun tidak mengambil inisiatif untuk menyerahkan tempat duduk mereka kepada mereka yang lebih memerlukan. Contoh ini, menunjukkan bahawa, para penduduk Singapura sudah terlalu mementingkan diri sehingga mengabaikan keperluan mereka yang lebih memerlukan. Contoh ini menunjukkan kelakuan warga Singapura yang tidak mempunyai budi pekerti terutamalah dari segi tingkah laku yang baik dan beradab.

Apabila seseorang itu mempunyai kekurangan kesedaran awam, dia tidak mengetahui dan memahami bagaimana tindakannya boleh menjejas orang lain serta persekitaran. Penjejasan persekitaran sebagai contoh juga akan menjejas orang lain kerana orang lain juga turut mennggunakan persekitaran tersebut. Dia bersikap tidak peduli terhadap perilaku mereka. Mereka tidak menyangka apabila mereka berada dalam tempat awam dan hanya membuat segala apa yang dimahukannya. Ini akan mengakibatkan ketandusan budi pekerti, kerana mengizinkan penggunaan bahasa yang kurang bersopan santun serta perilaku yang kasar kerana ini merupakan apa seseorang itu akan membuat jika dia tidak mempedulikan kesan kelakuannya di atas orang lain. Sebagai contoh, di Singapura, tabiat membuang sampah sarap secara sembarangan agak berleluasa. Kelihatan puntung-puntung rokok di seluruh persekitaran kita, jika di longkang, di kaki lima, ataupun di tepi tong sampah. Selain itu juga, terdapatlah kertas tisu, dan banyak jenis sampah sarp di sembarang tempat. Masalah ini turut meruncing walaupun terdapatlah usaha para pihak utama bagi meningkat kesedaran antara penduduk supaya tidak membuang sampah sarap di merata tempat, serta meningkatkan jumlah tong sampah di tempat-tempat strategik. Masalah ini tetap meruncing kerana ketidakpedulian orang ramai terhadap kesan aksi mereka terhadap oran lain seperti terjadinya ketidakselesaan orang ramai dalam tempat yang kotor. Sejajar dengan itu, tandas-tandas awam selalunya kotor kerana ketidakpedulian pengguna tandas terhadap pengguna yang akan menggunakan tandas selepas mereka. Selain itu, terdapat selalunya ramai pelajar yang seringkali terlupa untuk mengucapkan salam hormat atau terima kasih kepada guru-guru serta ramai yang memecut dan tidak sabar di jalan raya. Kelakuan sebegini menunjukkan, ketidakmementingkan hormat terhadap orang lain antara para pelajar serta pengguna jalan raya. Ini pula menyebabkan ketandusan budi pekerti, kerana adab tersebut diperolehi daripada rasa hormat terhadap orang lain. Oleh sebab itu, jika seseorang itu berkelakuan tidak menghormati orang lain, ini menunjukkan ketandusan budi pekerti dalam dirinya. Lantas, jika terdapatlah ramai orang yang berkelakuan sebegitu, ia menunjukkan ketandusan budi pekerti di antara rakyat Singapura.

Namun demikian, ketandusan budi pekerti di Singapura masih ada harapan baik dan belum lagi merupakan sesuatu keterlaluan. Ini disebabkan kelakuan beberapa insan yang masih menunjukkan budi pekerti di Singapura. Jika mereka ini dapat memimpin melalui teladan mereka, situasi ketandusan budi pekerti di Singapura masih boleh diselamatkan lalu dibetulkan. Sebagai contoh, terdapat kelakuan kecil seperti membantu seseorang mengutip barangan yang dijatuhkannya yang diterima dengan ucapan terima kasih. Selain itu, apabila seseorang menghilangkan dompetnya di tempat awam sekarang di Singapura, terdapatlah kemungkinan yang lebih tinggi di mana seseorang itu akan mendapat kembali dompetnya kerana terdapatlah kad identifikasi di dompet itu dan orang yang menjumpa dompet yang hilang itu merasakan kewajipan dalam dirinya untuk memulangkannya serta mempunyai integriti supaya tidak megambil lalu menyimpan apa yang tidak kepunyaannya. Tabiat-tabiat sedemikian mendorong para penduduk Singapura mempraktikkan tabiat sedemikian.

Beberapa sifat berkualiti tidak sopan dalam individu disebabkan kekurangan pendidikan oleh keluarga yang baik, manakala uang lain menyalahkan tekanan masyarkat yang pantas. Namun, beberapa tuntutan menunjukkan keluwesan sudah ada dalam semua orang, dan apa yang diperlukan adalah hanya sedikit galakan dan motivasi untuk menarik keluar dan tersebardikan keseluruhan di antara para penduduk Singapura.

Setiap penyakit mempunyai penawarnya, setiap masalah mempunyai jalan keluarnya. Oleh yang demikian, ia tidak boleh dinafikan bahawa terdapat lebih yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ketandusan budi pekerti di Singapura. Misalnya, kempen boleh diadakan oleh pihak tertentu seperti ‘Singapore Kindness Movement’. Pada masa kini, sudak dilakukan kekpen Bersenyum serta mengucapkan terima kasih kepada setiap penduduk apabila dia membantu kamu mahupun kelakuannya kecil ataupun besar. Namun demikian, lebih kempen yang berkesan boleh diadakan bagi meningkat kesedaran antara penduduk Singapura tentang kepentingan berbudi pekerti di Singapura dan bagaimana ia dapat berfaedah kepada setiap enduduk serta kemajuan sosial di Singapura. Kempen ini harus mengingatkan masyarakat Singapura peri pentingnya adab dan nilai dalam perbualan dan kelakuan mereka. Langkah ini harus menggalakkan para penduduk mengekalkan kesantunan yang melambangkan identiti Singapura. Budi pekerti tersebut juga harus dipromosikan kepada masyarakat umum di dalam dan luar talian melalui gabungan kaedah media baru dan lama. Contohnya, kempen tersebut boleh melibatkan permainan komputer yang degemari rama pemuda yang juga memperlibatkan pupukan nilai-nilai murni dalam diri pemuda itu.

Natijahnya ketandusan budi pekerti di antara rakyat Singapura disebabkan para penduduk secara keterlaluan mementingkan diri serta kekurangan kesedaran awam. Namun, masalah ini boleh diatasi dengan menyerang punca masalah ini, ialah kekurangan pendidikan di rumah serta tekanan yang dibawa permintaan masyarakat yang bergerak pantas. Masalah ini boleh diatasi dengan sokongan dan kerjasama para pihak bersama penduduk. Bersamalah, dapat kita membuat Singapura sebuah negera yang berbudi pekerti.

Benny Gerard Emmanuel


 

 

Karangan Budi (13)

Aizat Jufrie

Soalan: Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.


            Budi pekerti jambatan penilaian. Justeru, amalan menggerapkan budi bahasa penting dalam kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi pada era moden ini. Hal i demekian kerana dengan menitikberatkan tutur kata serta sahsiah yang baik, lebih ramai akan memandang tinggi kepada kami. Pada kebiasaanya, semua orang sebenarnya tidak bermasalah untuk mengamalkan sikap berbudi bahasa iaitu, mempunyai budi atau pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji serta mempunyai budi bahasa yang tinggi, kerana bahasa ialah modal yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada setiap orang. Meskipun demikian, ada juga ramai yang jarang mengucap terima kasih yang lahir daripada hati dan diingiring dengan senyum walau pung perkara sekecil begini. Definasi ketandusan pula adalah kehilangan atau semakin kehabisan. Namun, adakah benar bahawa Rakyat Singpura akan kehilangan dan semakin mempudarkan budi pekerti kami?

            Pertama sekali, budaya berbudi bahasa semakin pudar di kalangan rumah masing-masing. Tamsilnya, percakapan antara suami dengan isteri kini sering menggunakan kata-kata kasar dan mencarut. Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan lucah akan menghindarkan keluarga mereka terutamanya anak-anak mereka. Dalam aspek pendidikan, mereka akan bertua dalam keadaan yang kurang baik dan lama-kelamaan akan mula mempelajari anasir-anasir buruk yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Tanpa budi pekerti, ibu bapa pada zaman ini akan menhadapi pelbagai beza rintangan dalam cuba mendidikkan anak-anak mereka dengan sebaik mungkin.

            Sejajar daripada itu, ada masanya situasi bagi mereka yang tidak berbudi bahasa menununjukkan kesannya di tempat awam. Contohnya ialah lebih ramai penjual di pusat membeli-belah sering menengking kuat kepada pelanggannya supaya tidak berdiri di ruang tempat dia keluar dan masuk gerainya. Sehubungan dengan itu, terdapat juga peristiwa lain tatkala seorang pembeli muda membeli makanan bernilai beberapa dolar sahaja lalu menyerahkan $50, penjual itu akan menaik darah lantas memarahinya. Layanan-layanan seperti apa yang telah dimaklumkan amat mendukacitakan- masih lagi di takuk lama sekalipun negara telah mencapai status negara maju. Ini adalah contoh yang menunjukkan budi perkerti yang  semakin bertandusan.

            Bertitik tolak daripada itu, satu perkara yang menunujukkan budi perkerti semakin kehilangan adalah istilah-istilah sopan santun tidak digunakan lagi. Kata-kata semudah mengucapkan terima kasih serta senyum adalah suatu yang sukar untuk bertemu dalam kalangan remaja. Mereka kurang berbudi bahasa lalu menunujukkan tingkah laku yang kurang diterima oleh ramai. Remaja meluahkan kata-kata yang kurang sopan dan kadang-kala menyakiti hati orang lain. Ini adalah contoh yang menunjukkan bahawa terdapat rakyat Singapura yang tidak berbudi pekerti.

            Jika dilihat pada sudut yang lain, terdapat juga penduduk Singapura yang masih bertutur dalam budi bahasa yang baik dan sopan santun. Tidak kira muda atau tua, penduduk Singpura di estet perumahan sering memberi salam kepada satu sama lain. Ini amat baik dan menceriakan hati bagi semua orang. Seorang yang memberi salam dan hormat kepada kami amat bermakna jika ia ikhlas dan datang dari hati. Ini mungkin kerana masyarakat Singapura menjadi lebih praktikal dan lebih tertumpu kepada isu-isu seharian sehingga mengabaikan adab nilai.

            Sementelahan itu, terdapat juga remaja yang menjalankan kerja-kerja sukarelawan yang mencerminkan buku pekerti yang baik. Mereka menjalankan kerja mengutip derma secara ikhlas dan mahu membuat bandingan dalam mereka yang hidup sengsara. Dengan itu, mereka melaksanakan kerja-kerja sukarelawan supaya menunjukan bahawa mereka mengambil berat atas mereka yang membebani masalah yang besar dan kompleks. Ini adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan budi pekerti yang baik yang terdapat dalam remaja.

            Walau bagaimanapun, terdapat juga saranan-saranan bagi menyuntik kesedaran tentang kepudaran budi pekerti dalam kalagan rakyat Singapura. Pertama sekali, acara-acara seperti bulan bahasa boleh disediakan yang menikmati masyarakat umum dan golongan ,uda yang lebih selesa bertutur dalam bahasa inggeris berbanding bahasa ibunda, iaitu Melayu. Ini akan diadakan di tiga lokasi pada tiga hujung minggu dan boleh dinikmati masyarakat Melayu daripada setiap lapisan usia. Matlamat untuk menyediakan acara-acara tersebut adalah unntuk mengenal pasti dan memperkenalkan bakat-bakat baru dan muda yang bakal menggantikan tokoh-tokoh bahasa dalam masyarakat Melayu di masa hadapan. Ia juga akan mengingatkan masyarakat Melayu tentang peri pentingnya adab dan nilai dalam perbualan dan kelakuan mereka. Dalam pada itu, ia juga akan mempromosikan bahasa Melayu dan menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat Melayu tidak kiran yang muda atau tua

            Pada waktu yang sama, untuk memastikan budi bahasa serta nilai-nilai murni tidak terhakis dalam budaya hidup masyarakat kita, ibu bapa perlu berperanan untuk mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di rumah. Percakapan antara satu sama lain di rumah sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi teladan oleh anak-anak. Maka, bahasa yang halus dan penuh dengan sopan santun hendaklah dibiasakan penggunaannya di rumah.

            Akhir kata, saya setuju dengan pernyataan bahawa rakyat Singapura ketandusan budi perkerti semakin tinggi. Namun demikian, tidak terlalu lambat untuk kita semasyrakat berganding bahu untuk memastikan budi perkerti tidak menjadi pudar dalam kalangan masyarkat melayu.

Karangan Budi (12)


Muhammad Afiq             

Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.

                Menongkah arus globalisasi, bidang perkhidmatan telah menjadi bidang yang dititikberatkan oleh beberapa banyak negara. Di seantero dunia, negara-negara cuba menarik pelancong-pelancong untuk melawat negara mereka agar dapat mengembangkan ekonomi negara tesebut dengan sumbangan wang dari pelancong-pelancong ini. Tambahan pula, pelabur-pelabur juga akan ditarik ke sebuah negara jikalau ia merupakan suatu hab pelancongan kerana selamat dan bermakmur. Lantaran itu, bidang perkhidmatan sesebuah negara haruslah berbudi pekerti. Apabila kami memusatkan perhatian kami ke Singapura, umum mengetahui bahawa negara ini ialah suatu negara yang dapat manfaat dari bidang pelancongannya. Namun, terdapat kes-kes di mana rakyat Singapura telah dilihat sebagai rakyat yang biadap dan kurang ajar. Timbullah soalan adakah rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi?

                Sejak kebelakangan ini, terdapat laporan-laporan tentang layanan yang kurang memuaskan oleh pekerja-pekerja dalam bidang perkhidmatan. Ini termasuk kelakuan-kelakuan seperti penjual makanan di sebuah gerai Geylang Serai yang menengking kepada setiap individu yang berdiri di tempat dia keluar masuk ke gerainya dan juga penjual yang menengking pelenggannya apabila diserahkan lima puluh dolar pada awal pagi. Kisah-kisah seperti ini mencerminkan bahawa rakyat Singapura memang tidak bersopan santun. Kami dilihat sebagai watan yang tidak menghormati orang ramai. Perbuatan-perbuatan sebeginilah yang mencemarkan nama baik Singapura dan keamanan yang telah kami usaha untuk mencapai.

                Di samping itu, bukan hanya orang dewasa yang kurang berbudi pekerti malah anak-anak Singapura juga dilihat sebagai rakyat yang tidak menghormati orang lain. Acap kali, kami boleh lihat kanak-kanak meninggikan suara mereka kepada orang tua mereka ataupun remaja yang hanya mendengar muzik mereka sambil mengabaikan omelan ibu bapa mereka. Tidak kira nasihat yang lembut ataupun herdikan, generasi muda kini tidak menghormati ibu bapa mereka. Kelakuan-kelakuan sebegini mempamerkan rakyat Singapura yang kurang memupuk nilai-nilai murni pada diri generasi muda. Akibatnya, tingkah laku remaja dan kanak-kanak kini menyerlahkan sifat buruk yang berada dalam generasi hadapan Singapura.

                Tambahan pula, ia tidak boleh dinafikan bahawa rakyat asing yang bertempat di sini juga termasuk dalam rakyat Singapura. Ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai kewajipan sebagai seorang penduduk di negara ini lantas mereka tidak kisah tentang adab dan tingkah laku mereka. Sejak kebelakangan ini, terdapat kes-kes di mana rakyat asing mencemarkan nama baik Singapura. Oleh sebab negara ini merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama, kelakuan-kelakuan buruk yang dijalankan oleh rakyat asing ini sering disalah anggap sebagai kelakuan rakyat Singapura. Akhirnya, orang ramai yang tidak tahu bezanya antara rakyat asing dan rakyat Singapura akan menganggap bahawa seluruh rakyat Singapura ketandusan berbudi pekerti yang tinggi.

                Kendatipun, anggapan ini menimbulkan banyak persilisihan faham. Walhasil, bukan semua rakyat Singapura yang bersikap begini. Hanya segelintir orang dalam masyarakat Singapura yang biadap dan kurang ajar. Kebanyakan rakyat Singapura memang berbudi baik. Tamsilnya, banyak orang Melayu berkerja sebagai pekerja perkhidmatan dan masih dianggap sebagai rakyat yang berbudi pekerti. Oleh demikian, tentunya kami boleh mengatakan bukan semua rakyat Singapura ketandusan budi pekerti tetapi hanya beberapa orang yang bersikap begitu.

                Bagi menangani masalah ini, Menteri Pendidikan telah pun mula dengan mengintroduksi kelas sivik dan moral di dalam korikulum setiap sekolah rendah. Melalui kelas ini, seseorang murid akan diajar caranya untuk mendisiplinkan diri di tempat awam dan juga menghargai ibu bapanya. Lain kata, mereka akan dipupuk dengan nilai-nilai murni. Akhirnya, murid-murid ini akan membesar menjadi orang dewasa yang berihsan.

                Selain itu pemerintah juga mengadakan Bulan Bahasa setiap tahun. Acara ini dapat menyuntik kesedaran seseorang individu tentang kepentingan bahasa dan juga keistimewaannya. Melalui bahaasa juga, seseorang itu dapat mempelajari tentang berbudi bahasa dan kata-kata yang sopan. Lantasan itu, individu tersebut akan menjadi lebih sopan dan juga mempelajari tentang bahasanya sendiri.

                Natijahnya, rakyat Singapura benar-benar berbudi pekerti. Namun, terdapat beberapa individu yang mencemarkan semua nama baik rakyat Singapura dengan sikap mereka bak pepatah nila setitik, rosak susuh sebelanga. Akhir kata, langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah telah banyak menolong mendidik rakyat Singapura agar menjadi watan berbudi perkerti tetapi harus diulang kaji supaya dapat mengatasi masalah ini.

Karangan Budi (11)


Muhammad Syahid Bin Sulaiman

Rakyat Singapura ketandusan budi pekertiyang tinggi. Bincangkan. Sarankan cara-cara yang berkesan untuk memupuk nilai murni adab dan kesantunan melayu dalam diri setiap pelajar.

“Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak”. Begitulah pepatah Melayu yang menunjukkan betapa pentingnya budi pekerti bagi masyarakat Melayu kita. Namun, perkara yang sebaliknya pula berlaku di zaman ini, di mana rakyat kita ketandusan budi pekerti yang tinggi. Banyak perkara yang boleh dipersalahkan kepada kehilangan moral dan kelakuan yang baik dalam menjalani kehidupan kita, tetapi punca-punca yang mendalam adalah arus budaya barat yang mula merayap masuk kepada masyarakat kita, asuhan yang tidak mencukupi pada masa kanak-kanak dan sifat kita yang terlalu mengejarkan pencapaian duniawi.

  Satu punca yang memainkan peranan penting dalam membentukkan karakter kita tentulah adalah pengaruh-pengaruh yang kita terdedah kepada. Pengaruh utama yang secara langsung membuat kita mengetepikan budi pekerti tentulah gelombang budaya barat yang mula menggoyah asas prinsip dan moral kita. Gelombang ini disalurkan ke dalam hidup kita melalui pelbagai medium media seperti televisyen, suratkhabar dan internet. Seringkali apa yang diliputi di akhbar-akhbar atau berita adalah tentang idola dan personality dari tanah barat. Program televisyan juga kebanyakkannya disumberkan dari saluran Amerika kerana mempunyai permintaan hangat dari penonton di sini. Lantaran itu, pengaruh-pengaruh barat, ada yang baik dan ada yang buruk, mula mempengaruhi cara kita menjalankan hidup kita, sehinggakan budi pekerti kita dilupakan. Sebagai contoh, ramai kanak-kanak mula memanggil orang tua mereka dengan nama pertama dan bukan lagi ‘ibu’ atau ‘ayah’. Ini adalah salah satu pengaruh budaya barat yang diambil pakai oleh masyarakat kita dan ia sebenarnya biadap dan tidak menunjukkan hormat kepada orang tua kita. Lantas itu, media harus memainkan peranan dalam menyekat kandungan-kandungan yang kurang sesuai dan mungkin mempunyai implikasi-implkasi buruk kepada masyarakat kita. Namun, pada masa sekarang masalah ini masih harus ditangani kerana arus budaya barat sememangnya membentuk perihal peribadi kita dan dari itu telah melenyapkan budi pekerti kita.

  Di samping itu, kesalahan juga harus ditanggung ibu bapa yang tidak memberi asuhan yang mencukupi dan betul kepada anak-anak mereka. Asuhan yang baik ini penting kerana budi pekerti harus ditanam sejak kecil lagi kerana jika tidak keperibadian yang buruk akan berlanjutan dalam masa dewasa. Namun, ramai ibu bapa yang tidak dapat menawarkan asuhan yang baik kerana terlalu sibuk dengan kerjaya mereka, mencari rezeki untuk keluarga. Selalunya juga, kedua ibu dan bapa harus berkerja untuk menampung kos hidup yang semakin melambung di era ini dan anak-anak ditinggalkan kepada jagaan amah yang di rumah. Amah di rumah tidak dapat menyuntikkan sifat budi pekerti ke dalam kanak-kanak ini kerana tidak mempunyai pengaruh ataupun hubungan yang kuat dengan mereka. Situasi yang amat membimbangkan ini jelas terpancar dengan peningkatannya kes-kes berhubungan remaja yang kurang mementingkan penumpang lain di dalam gerabak Kereta Api Gerak Cepat(MRT) seperti mengambil tempat duduk untuk mereka yang kurang upaya, menghadang laluan pintu MRT dan juga menganggu penumpang lain dengan membuat bising atau aksi-aksi nakal. Tata-tertib yang mudah juga telah diabaikan seperti tidak berbual apabila ada makanan di dalam mulut, tidak meninggikan suara kepada orang tua dan tidak meletakkan kaki ke atas meja. Lantaran itu, untuk mengekang masalah ini daripada bertambah buruk, kita harus menyemarakkan lagi kepentingan dalam menghabiskan masa dengan keluarga. Dengan itu pemerintah juga harus mengimplementasikan cuti yang mencukupi bagi pekerja-pekerja agar mereka dapat meluangkan masa dengan keluarga dan dengan itu dapat memberikan asuhan yang diperlukan kepada anak-anak mereka.

  Lanjutan itu, rakyat Singapura semakin mengagung-agungkan pencapaian duniawi seperti ‘5K’ iaitu Kereta, Kad Kredit, Kondominium, Kerjaya dan Kad Keahlian. Pada zaman sekarang, apa yang dinilai dalam seseorang adalah paras rupa, pangkat  dan harta benda dan ini mengakibatkan mereka mengejarkan semua ini dan lupakan akan budi pekerti. Secara langsung, ibu bapa hanya menggalakkan anak-anak mereka untuk mengejar pencapaian akademik dan tidak mementingkan pembangunan moral seorang anak. Ini kerana pada zaman ini, seorang dipandang tinggi jika berlulusan tinggi atau berharta, tidak seperti dulu di mana budi pekerti memainkan peranan penting dalam menilai darjat seseorang. Dari itu, kita harus mengekang masalah ini dengan melancarkan kempen-kempen budi bahasa di mana objektifnya adalah untuk menyelitkan budi pekerti yang tinggi di kalangan masyarakat kita agar ia menjadi sesuatu yang penting bagi setiap individu. Salah satu contoh yang boleh diikut adalah kempen dengan cogan kata “Budi Bahasa Budaya Kita” yang diterapkan oleh negara Malaysia di mana budi pekerti itu dianggap sebagai budaya mereka dan lantas budi pekerti itu dapat diterapkan dalam setipa individu.

  Natijahnya, memang tidak dapat dinafikan yang masyarakat Singapura ini ketandusan budi pekerti yang tinggi. Namun dalam kita sibuk dengan pencapaian duniawi janganlah kita memperlekehkan kepentingan budi pekerti. Janganlah kita membina individu yang kurang budi pekertinya kerana akhirnya masyarakat ini akan menjadi satu yang tidak bertimbang rasa, kurang prihatin dan lupa akan perihal kemanusiaan. Tentulah kita tidak mahu tinggal dalam sesebuah masyarakat sebegitu di mana kehidupan itu bagaikan ‘setiap orang untuk dirinya sendiri’. Lantas, punca-punca kehilangan budi pekerti ini harus ditangani dengan segera agar masyarakat kita ini dapat  pulih seperti sediakala.   

Karangan Budi (10)


Ahmad Musthofa                                                                                   

Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.

Budi pekerti mencerminkan tamadun dan tatatertib sebuah masyarakat atau bangsa, dan merangkumi budi bicara yang baik dan sopan, keikhlasan, kejujuran, sifat pemurah, bertimbang rasa, tolong-menolong dan sebagainya. Paras rupa, pangkat atau harta benda bukan ukuran, sebaliknya, budi pekerti menjadi junjungan. Bak kata cendekiawan, “Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.” Tiada gunanya jika seseorang kelihatan segak dan mempunyai pencapaian mengagumkan, tetapi tidak mempunyai budi pekerti yang mulia. Budi pekerti merupakan aspek keperibadian yang menentukan tingkah laku dan akhlak seseorang.  Peranan budi pekerti di dalam konteks semasa Singapura amat penting bagi memastikan masyarakat yang saling hormat-menghormati dan hidup harmoni serta berusaha mengekalkan kesantunan. Budi bahasa adalah kunci kepada pembangunan sahsiah rakyat dan remaja, sebagai generasi pelapis. Namun, kewujudan budi pekerti di kalangan rakyat Singapura boleh diperdebatkan, dengan tanda-tanda yang mendukacitakan dan menunjukkan bahawa kita masih di takuk lama walaupun Singapura sudah maju. Persoalannya, adakah warga Singapura benar-benar ketandusan budi pekerti?

Warga Singapura yang ketandusan budi pekerti boleh dilihat di tempat awam. Memang lazim kita melihat warga Singapura memaparkan sikap dan kelakuan yang kurang sopan dan mementingkan diri sendiri. Budi pekerti bermaksud bersikap sopan dan peramah,  dan sentiasa senyum dan berhati-hati apabila berbicara supaya tidak menyakiti perasaan orang lain. Namun, di dalam kereta api gerak cepat (MRT) kita sering melihat warga muda, terutama remaja, kurang endahkan orang di sekeliling mereka yang memerlukan. Tamsilnya, ada segelintir orang yang tidak rela memberi duduk kepada warga tua yang sudah uzur atau orang yang cacat. Sikap mementingkan diri amat ketara di kalangan warga Singapura sehingga tidak memberi perhatian kepada orang di sekeliling mereka. Sering dilihat di pengangkutan awam penumpang menolak satu sama lain demi mendapatkan tempat duduk. Kita jarang melihat warga Singapura senyum kepada orang lain dan meminta maaf jika tersilap kata atau terlanjur kelakuan. Ketandusan budi pekerti asas memang sering diperhatikan dalam kalangan warga Singapura kerana manifestasi sikap mementingkan diri sendiri berleluasa terutamanya di tempat awam.

           Sejajar dengan itu, ibu bapa kurang menekankan kepentingan budi pekerti dan mengesampingkannya. Di dalam era modenisasi kini, ibu bapa lebih prihatan dengan prestasi anak di sekolah dan pencapaian-pencapaian akademik sehingga menganaktirikan budi pekerti dan nilai-nilai murni ketika mengasuh anak-anak mereka. Akibat trend yang semakin merunsingkan ini, ramai remaja kurang dididik budi pekerti yang sesuai serta nilai-nilai yang sepatutnya disemai oleh ibu bapa dari muda. Mereka membangun ketandusan budi pekerti asas. Sebagai generasi pelapis yang akan berperanan sebagai tiang bangsa dan negara, mereka sepatutnya diajar tentang budi pekerti oleh ibu bapa mereka. Sebaliknya, ibu bapa lebih asyik memastikan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran sehingga lupa menyemai nilai-nilai penting yang membentuk jati diri serta budi pekerti si anak. Jikalau ibu bapa kurang sedar akan kepentingan peranan mereka ini, mereka akan mempengaruh anak-anak mereka dan mereka juga akan memandang enteng kepentingan budi pekerti. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan begitulah kuihnya.”

Bertititik tolak dari itu, media massa juga merupakan faktor yang menyebabkan warga Singapura bergelumang dengan anasir-anasir negatif akibat ketandusan budi pekerti. Hiburan yang dipaparkan di televisyen berunsur negatif dan ia kurang menekankan nilai-nilai positif. Penggunaan bahasa yang kurang sopan dan tidak sesuai akan mempengaruhi ramai rakyat Singapura supaya berkelakuan sebegitu. Kuasa media massa di kalangan masyarakat yang semakin bersehubungan akibat teknologi bermakna apa yang dipaparkan di televisyen atau melalui radio dapat membawa kesan yang mendalam kepada fabrik masyarakat. Oleh itu, media massa yang seringkali membawa mesej negatif seperti mengalu-alukan gejala-gejala sosial serta kelakuan yang kurang senonoh, akan menjejas budi pekerti rakyat Singapura serta sikap mereka antara satu sama lain.

Bertentangan dengan itu, rakyat Singapura sememangnya mempunyai budi pekerti yang tinggi. Di dalam suasana masyarakat yang dimakmurkan pelbagai budaya dan agama, nilai-nilai positif yang diterapkan di dalam adat dan tradisi pelbagai budaya ini dapat mempengaruhi warga Singapura supaya menjadi lebih waras akan kelakuan dan budi bahasa mereka. Setiap budaya yang wujud di Singapura mengalu-alukan sikap-sikap positif yang berkaitan dengan budi pekerti. Misalnya, budaya Melayu dan agama Islam menganjurkan penganutnya memberikan salam apabila bertemu dan bersopan apabila memulakan percakapan atau memasuki sebuah tempat. Yang muda beri salam kepada yang tua dan yang mendatangi memberi salam kepada yang sedia menunggu. Budaya Cina juga mengalu-alukan “filial piety” di mana anak-anak diwajibkan menuntut dan menghormati arahan dan nasihat orang tua supaya jalinan hubungan yang harmoni dapat dikekalkan. Adat ini, bercampur aduk dengan adat-adat lain daripada pelbagai budaya dan agama, dapat mempengaruhi kelakuan warga Singapura dan wujudnya budi pekerti tinggi di kalangan kita.

            Untuk kekalkan budi pekerti tinggi di kalangan warga Singapura dan menyelesaikan masalah-masalah yang sedang menghambat usaha-usaha ini, haruslah ada saranan-saranan yang boleh diimplimentasikan. Pertama sekali, sebuah kempen boleh diadakan untuk menggalakkan warga Singapura untuk mengekalkan tahap budi pekerti yang tinggi. Contohnya, dengan menggunakan cogan kata yang unik dan senang difahami orang dari semua lapisan masyarakat, mereka akan lebih terdorong untuk memantapkan lagi budi pekerti dan kelakuan mereka. Dengan menggunakan pelbagai media dan platform untuk menyampaikan mesej ini, lebih mendalamlah kesan kempen ini. Contohnya, di dalam MRT, mungkin boleh dipaparkan mesej-mesej yang mengalu-alukan sikap saling menyayangi dan menghormati serta memberi perhatian kepada mereka yang memerlukan tempat duduk. Juga di televisyen dan radio, warga Singapura boleh digalakkan untuk berusaha memantapkan budi pekerti dengan menjaga kelakuan dan bicara, atau senyum sentiasa kepada orang di sekeliling mereka. Melalui penyebaran kempen yang ekstensif seperti ini, lebih ramai warga Singapura akan lebih teruja untuk mengekalkan budi pekerti yang tinggi.

            Selain itu, ibu bapa seharusnya giat memainkan peranan mereka dan laksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih proaktif supaya pengasuhan anak mereka tidak terlalu fokus kepada pencapaian akademik dan duniawi. Sebaliknya, ibu bapa harus menyuntik nilai-nilai positif dan tatatertib senonoh kepada anak-anak mereka supaya budi pekerti mereka dimantapkan seiringan dengan pembangunan akhlak dan keperibadian mereka. Mereka tidak sepatutnya menumpukan perhatian dan menekankan kepentingan pencapaian akademik, tetapi sebaliknya mengasuh anak mereka supaya mereka mengenal peri pentingnya budi pekerti dan akhlak baik, dan kemudian mendewasa dengan sikap yang positif. Percakapan antara suami dan isteri; ibu bapa dengan anak-anak; dan antara anggota keluarga di rumah sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan supaya bahasa yang halus dan dapat dibiasakan di rumah. Jika ibu bapa mengajar anak mereka dengan betul sejak muda, proses membentuk budi pekerti yang tinggi akan menjadi lebih mudah, ibarat kata mutiara “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

            Pihak sekolah juga mampu memainkan peranan penting di dalam usaha mengalu-alukan budi pekerti yang tinggi. Memandangkan remaja dan warga muda meluangkan kebanyakan masa di sekolah, persekitaraan sekolah haruslah diperkayakan dengan penyemaian nilai-nilai positif dengan tujuan remaja menitikberatkan budi pekerti. Contohnya, di sekolah, Sivik dan Pendidikan Moral (CME) boleh diajar supaya pedidikan asas tentang moral dapat mengukuhkan budi pekerti asas remaja. Mereka akan lebih terdedah kepada unsur-unsur positif seperti ini dan akan teruja untuk mengimplimentasikan apa yang diajar di sekolah melalui kelakuan dan akhlak mereka terhadap orang lain. Kuasa pihak sekolah tidak patut dipandang rendah, malah, pendidikan asas budi pekerti hanya boleh dijalankan melalui tangan dan kaki pendidik di sekolah-sekolah. Nescaya, pihak sekolah mempunyai tanggungjawab memastikan warga muda Singapura diajar budi pekerti.

            Akhir kalam, ketandusan budi pekerti sememangnya lejangan sosial yang mampu meporakperandakan keharmonian dan ketenteramaan Singapura. Warga Singapura harus berusaha memantapkan budi pekerti mereka dan tanggungjawab untuk memastikan warga muda Singapura kekal berbudi pekerti bersandar di bahu pemerintah, ibu bapa dan sekolah-sekolah. Generasi pelapis ini kemudian akan dewasa dengan jati diri yang kukuh serta budi pekerti yang tinggi. Semua pihak harus melipatgandakan usaha dan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini dan menjamin masyarakat Singapura yang saling menyayangi dan harmoni.