Sunday, September 23, 2012

Karangan Budi (3)


Karangan Nikhil

                Walaupun Singapura merupakan negara yang maju, adakah rakyatnya berbudi perketi? Soalan ini selalu ditanya tentang masyarakat Singapura. Budi perkti adalah tutur kata dan tingkah laku yang baik. Benarnya bahawa di Singapura budi pekerti tidak dipentingkan di rumah, ataupun di sekolah. Oleh itu, memang ada ketandusan budi pekerti di masyarakat kita. Namun, walaupun keramaian rakyat Singapura tiada budi pekerti, ada juga yang menunjukkan budi pekerti. Untuk menyelesaikan masalah ini yang begitu membimbangkan untuk Singapura, beberapa langkah mesti diambil, seperti yang saya akan menulis dalam karangan ini.

            Di Singapura, budi pekerti tidak dipentingkan di rumah atau di sekolah. Perkara lain seperti akademik lebih dititikberatkan oleh ibu bapa. Jadi, dari usia yang kecil, anak berfikir bahawa budi pekerti tidak begitu penting dalam hidup mereka. Di Singapura, akademik merupakan sesuatu yang penting untuk setiap orang. Ibu bapa selalu menekankan kepentingan akademik kepada anak mereka, lebih dari budi pekerti. Oleh kerana anak di Singapura tidak dididik tentang budi pekerti dari usia yang muda, ia tidak menjadi tabiat, dan lebih tidak boleh menjadi perangai. Di sekolah, budi pekerti juga tidak dipentingkan. Tiada kelas untuk mengajar murid budi pekerti, dan mereka belajar untuk membuat sesuka hati tanpa dibetulkan. Jika mesej yang betul tidak disebarkan oleh ibu bapa ataupun pihak sekolah, bagaimana anak, dan generasi hadapan Singapura, menjadi insan yang mempunyai budi pekerti yang tinggi?

            Ketandusan budi pekerti di kalangan rakyat Singapura sesuatu yang begitu ketara. Satu insiden yang menunjukkan ketandusan budi pekerti ini boleh didapat dari Berita Harian. Seorand perniaga di Geylang Serai menunjukkan bahawa masalah ini begitu membimbangkan di Singapura. Apabila pelanggan memberinya duit $50, di hanya menengkingnya dengan berkata “Pagi – pagi buta ini mana nak cari duit tukar?”. Itu sesuatu yang tidak hormat dan bukat tutur kata yang baik. Ramai yang beranggapan bahawa layanan orang seperti ini sangat mendukacitakan, masih lagi di takuk lama sekalipun negara telah mencapai status negara maju. Orang seperti ini membuktikan pernyataan bahawa rakyat Singapura ketandusan budi pekerti.

            Namun, bukan semua rakyat Singapura yang bertindak seperti itu. Ada yang mempunyai budi pekerti yang tinggi. Mereka selalu dilupakan kerana keramaian rakyat Singapura tidak berbudi pekerti. Ada yang saling bantu – membantu jiran mereka, menghormati dan menjaga ibu bapa tua mereka dan menunjukkan tingkah laku yang sangat baik. Namun, ini tidak cukup untuk negara seperti Singapura. Bak kata pepatah, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi, imej Singapura sebagai negara yang tidak berbudi dikekalkan, walaupun terdapat orang seperti ini yang tidak mengikut tren buruk itu.

            Cara pertama untuk menyelesaikan masalah ini adalh untuk mengadakan kempen yang mendidik rakyat Singapura tentang berlaku dengan budi pekerti. Kempen ini boleh disesuaikan untuk semua kalangan masyarakat seperti dewasa, remaja, dan anak – anak. Untuk anak – anak dan remaja, aktiviti – aktiviti menarik yang mengajar tentang budi pekerti boleh diadakan di sekolah. Untuk dewasa pula, aktiviti ini boleh dilaksanakan di kelab masyarakat. Informasi ini juga boleh disebarkan melalui poster. Kempen seperti ini sudah dimulakan, iatu “National Courtesy Campaign” yang dimulakan pada 1979. Oleh kerana aktiviti ini tidak begitu berjaya, mungkin ia boleh diperbaikkan dan dibuat lebih menarik, supaya rakyat Singapura memahami kepentingan budi pekerti.

            Selain dari itu, budi pekerti juga boleh diterapkan melalui bulan bahasa. Budi pekerti boleh dipelajari melalui budaya, dan oleh itu bulan bahasa merupakan peluang yang baik untuk menerapkan budi pekerti di masyarakat Singapura. Contohnya, Bulan Bahasa Melayu telah digunakan untuk mengekalkan kesantunan yang melambangkan indentiti orang Melayu. Bulan Bahasa melibatkan semua orang, tidak kira muda atau tua, dan sangat menarik. Oleh itu, lebih ramai orang akan digalakkan untuk melibatkan diri dalam acara ini, dan mempelajari lebih tentang budi pekerti dan kepentingannya di dalam kehidupan kita. “Di dalam dunia hari ini, kit menjadi lebih praktikal dan tertumpu kepada isu – isu harian sehingga mengabaikan adab dan nilai.” Kata Encik Zaqy, anggota parlimen. Jadi, bulan bahasa dapat mengingatkan kita bahawa budi pekerti masih sesuatu yang penting kepada identiti kita.

            Secara kesimpulan, saya setuju bahawa keramaian rakyat Singapura tidak mempunyai budi pekerti yang begitu tinggi. Namun, ini tidak bermakna bahawa setiap rakyat Singapura berlaku seperti itu. Ada juga yang mempunyai budi pekerti dan cuba membuat masyarakat kita lebih peramah dan berhormat. Masalah ini haruslah ditangani, dan tidak boleh diselesaikan secara spontan. Dengan kerjasama banyak pihak, saya harap rakyat Singapura akan menjadi lebih berbudi pekerti pada masa hadapan, dan Singapura akan menjadi negara yang lebih baik.

1 comment:

Anonymous said...

Perengan pengenalan:

Gambaran umum dapat dilihat. Contohnya, pelajar tersebut menunjukkan masalah tentang rakyat Singapura yang berbeza, mereka yang berbudi pekerti dan mereka yang tidak. Pelajar juga mengenal pasti punca-punca masalah tersebut. Namun, dia tidak memberi apa sahaja kata-kata mutiara ataupun pepatah. Terdapat juga masalah bahasa seperti:
- ...keramaian rakyat...
- Benarnya bahawa...

Perenggan isi:

Pertama sekali, pelajar memberikan gambaran masalah yang ringkas sahaja. Masalahnya tidak dijelaskan dengan terperinci. Contohnya, pelajar hanya menulis bahawa dengan ketandusan budi pekerti, imej Singapura dicemarkan. Pelajar dapat menggunakan contoh-contoh yang sesuai bagi karangan ini dan juga dapat menggunakannya untuk menyokong isi-isi yang ditulis olehnya. Pelajar juga dapat membuat sedemikian dengan kedua-dua isi yang menyokong dan bercanggah. Perspektif menerusi kaca mata pelbagai pihak dapat dilihat dalam isi pelajar. Pelajar menulis dari perspektif sekolah, ibu bapa, pemerintah dan juga individu. Namun, penanda wacana bagi mengaitkan perenggan tidak dilihat dalam setip perenggan dalam karangan pelajar. Pelajar juga tidak sebut kalau dia menyokong atau membantah kenyataan yang diberikan. Secara umum, isi pelajar sederhana dan boleh dibaiki lagi jikalau pelajar menghuraikan isi-isinya dengan lebih mendalam.

Perenggan penutup:

Pelajar dapat memberi kesimpulan yang jelas berdasarkan bukti yang telah dia menulis. Pelajar juga dapat menekankan pentingnya masalah tersebut dan juga bahawa pihak -pihak yang terlibat seharusnya mengambil langkah-langkah proaktif dan tidak boleh berlengah-lengah lagi. Namun, pelajar tersebut tidak menyebutkan akibat-akibat jikalau masalahnya tidak dibendung secara tuntas. Masalah bahasa juga dapat dilihat seperti:
- ...setiap rakyat Singapura berlaku(bersikap) seperti...


Afiq