Monday, September 24, 2012

Generasi Anti-Sosial


14 comments:

Anonymous said...

Kecanggihan teknologi dapat dikaitkan rapat dengan sikap anti-sosial dalam diri seseorang. Kini, golongan remaja sekarang merupakan golongan yang paling terjejas oleh fenoneman ini. Tambahan lagi, dengan kedtangan Wi-fi dan 3G, remaja kini dapat melungsuri lelaman sosial di mana-mana sahaja. Oleh demikian, terdapat ramai remaja yang mempunyai sikap anti-sosial.

- Remaja menjadi lebih sesuai berkomunikasi melalui lelaman sosial dan telefon bimbit tetapi tidak tahu berinteraksi apabila bersemuka.

- Remaja senang terlibat dalam kes-kes pembulian siber.

Afiq

Anonymous said...

Generasi Anti-Sosial oleh Zaky Askari

Sikap anti-sosial merupakan perbuatan yang membawa kemudaratan kepada masyarakat.

Pelbagai contoh sikap anti-sosial wujud di dalam masyarakat kami:

+ Mencuri
+ Mencederakan nyawa seseorang
+ Melakukan perbuatan yang melanggar perundangan masyarakat

Ramai yang menganggotai golongan anti-sosial ini datang daripada keluarga yang melalui masalah-masalah seperti rumahtangga yang sudah hancur, pengaruh-pengaruh negatif seperti samseng atau ibu bapa yang tidak bertanggung jawab.

Perbuatan anti-sosial dapat menjejas masyarakat dalam pelbagai cara seperti:

+ Mengancam keselamatan orang awam
+ Menjejas keharmonian masyarakat
+ Mengasingkan pesalah daripada golongan masyarakat (Pesalah dipandang rendah, dan juga dilabel dan susah untuk diterima balik ke dalam masyarakat)

Saranan –

Masyarakat harus cuba menerima mereka yang merupakan golongan anti-sosial ke dalam masyarakat.

Mereka juga harus diberi perhatian kerana mereka melakukan perbuatan anti-sosial sekiranya untuk mendapat perhatian yang dirindukan

Ritchie said...

Generasi anti social
• merupakan generasi yang tidak mengendahkan apa apa hal yang terjadi di sekitaran. Bersikap apatis
• contohnya ketika hari raya mereka tidak menyambut ahli ahli keluarga yang dijumpai dan hanya asyik dengan telepon bimbit mereka.
• Contoh lain ialah tidak ambil bahagian dalam kerja-kerja kemasyarakatan
• hal ini boleh disebabkan oleh kemajuan teknologi yang membolehkan mereka untuk berkomunikasi melalui dunia maya. Jenis komunikasi ini didapati lebih asyik sehingga lebih diutamakan oleh orang-orang, terutama remaja, untuk berkomunikasi
• kesan yang ditimbulkan ialah berkurangnya keharmonian antar anggota keluarga dan berkurangnya kemampuan untuk bersosialisasi.
• Saranan: menggalakkan permainan-permainan yang melibatkan orang ramai sehingga mereka menjadi terbiasa dengan komunikasi di dunia nyata dan lebih menjauhi dunia maya yang saat ini telah menjadi sangat sinonim dengan kehidupan mereka.

Ritchie said...

Generasi anti social
• merupakan generasi yang tidak mengendahkan apa apa hal yang terjadi di sekitaran. Bersikap apatis
• contohnya ketika hari raya mereka tidak menyambut ahli ahli keluarga yang dijumpai dan hanya asyik dengan telepon bimbit mereka.
• Contoh lain ialah tidak ambil bahagian dalam kerja-kerja kemasyarakatan
• hal ini boleh disebabkan oleh kemajuan teknologi yang membolehkan mereka untuk berkomunikasi melalui dunia maya. Jenis komunikasi ini didapati lebih asyik sehingga lebih diutamakan oleh orang-orang, terutama remaja, untuk berkomunikasi
• kesan yang ditimbulkan ialah berkurangnya keharmonian antar anggota keluarga dan berkurangnya kemampuan untuk bersosialisasi.
• Saranan: menggalakkan permainan-permainan yang melibatkan orang ramai sehingga mereka menjadi terbiasa dengan komunikasi di dunia nyata dan lebih menjauhi dunia maya yang saat ini telah menjadi sangat sinonim dengan kehidupan mereka.

Rici.... :D

Anonymous said...

Definasi:

Segolongan orang di masyarakat yang tidak rasa begitu selesa berbicara dengan orang lain dan lebih suka bersendirian sahaja.

Contoh:

Segolongan remaja yang terlalu taksub dengan menggunakan kumputer riba mereka dan terlalu asyik dengan rangkaian aosial sehingga tidak mahu keluar dari rumah.

Punca:

Telah terpengaruh dengan tren generasi tersebut dan mahu menyesuaikan diri dengan masyarakat- yang kebnyakan adalah kawan sebaya mereka. Salah satunya juga adalah masalah tidak pandai mengimbangi masa dengan baik.

Kesan:

Ada imej serta reputasi yang tidak begitu baik dan sihat bagi seorang individu. Ramai tidak akan suka kelakuan mereka. mereka akan rasa kesendirian kerana tidak ada orang yang mahu berkawan dengan mereka yang bersikap anti-sosial.

Saranan:

Mereka patut mengimbangkan masa dengan betul antara kehidupan alam siber dan dengan kehidupan realiti. Dengan itu, mereka akan rasa lebih berdisiplin dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat sekali lagi.

-AizatJufrie

Anonymous said...

Rafi

generasi anti sosial merupakan istilah bagi generasi yang tidak peduli akan sekitaran mereka.

Contoh tindakan-tindakan yang mereka lalukan ialah seperti mencuri, mengancam keselamatan orang lain, dan menyalahgunakan dadah.

Hal ini jelas mengakibatkan masalah bagi masyarakat kerana boleh mengancam keselamatan dan keselesaan hidup orang-orang lainnya.

Anonymous said...

ERY

Definisi:
Remaja-remaja yang kurang berinteraksi dengan orang lain akibat sikap anti-sosial mereka.
Lebih senang bersendirian daripada bersama orang lain.
Punca:
Pengaruh teknologi yang lebih kuat terhadap para remaja hari ini.
Para belia terlalu bergantung kepada media sosial sehingga menumpukan lebih perhatian kepada alam maya daripada kehidupan mereka sendiri.
Kesan:
Kehidupan mereka lara
tidak mempunyai ramai rakan
Perhubungan antara ibu bapa dan keluarga menjadi lebih renggang.
Contoh:
Menggunakan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter untuk masa yang lama


Anonymous said...

a. Definisi:
-Jika seorang bersikap anti-sosial, ini bermakna bahawa dia tidak suka berinteraksi dengan orang lain dan lebih selesa bersendirian

b. Contoh:
-Contohnya, jika berada di antara rakan-rakan, seseorang yang anti-sosial tidak akan berbual dengan mereka dan mungkin akan menghabiskan masa menggunakan telefon bimbit

c. Punca:
-teknologi yang semakin canggih

d. Kesan:
-berhidup dalam kepiluan
-tidak mempunyai rakan-rakan yang rapat
-mungkin ahli-ahli keluarga juga tidak rapat dengan nya

e. Saranan:
-ibu bapa harus mangambil usaha untuk menyelesaikan masalah
-memaksa anak-anak untuk berinteraksi bersama orang lain
-menyimpan alat-alat elektronik daripada mereka

Ahmad ashraf (4J)

Anonymous said...

Definisi:
Golongan usia insan yang tidak dapat berinteraksi dengan efektif

Contoh:
Golongan remaja yang kerap menggunakan Internet yang menghalang mereka daripada berinteraksi dengan efektif di alam biasa.

Punca:
Golongan ini telah terpengaruh oleh tren penggunaan media massa sebegini sehungga terlalu kerap menggunanya.

Kesan:
Mereka menjadi terlalu terbiasa dengan penggunaan media massa sebegini sehingga pergaulan di alam biasa mereka menjadi ganjil. Sejurusnya, mereka tidak dapat berinteraksi dengan efektif.

Saranan:
Para pengguna harus belajar mengimbangi masa mereka dengan efektif sehingga tidak menggunakan media massa sebegini secara keterlaluan.
Benny

Anonymous said...

Kemunculan alat komunikasi yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur seperti Facebook, MySpace dan Twitter telah memebrikan pelbagai impak negatif dan salah satunya adalah sikap anti-sosial yang semakin berleluasa. Golongan remajalah yang dikaitrapatkan dengan sikap ini kerana mereka cenderung sekali dengan alat-alat komunikasi ini.

Generasi remaja yang bersikap antisosial ini boleh mambawa kepada kerapuhan kepada adab dan cara berbual seseorang kerana kurang berinteraksi dengan orang lain sebab terlalu biasa berkomunikasi melalui jaringan sosial di internet.

Masalah ini boleh dibendung dengan menggalakkan golongan remaja untuk lebih bersukan dan keluar dengan rakan-rakan agar dapat keluar bertemu orang lain dan tidak terperap di hadapan skrin komputer sahaja. Ibubapa juga boleh mengimplementasikan kawalan kepada had masa komputer yang boleh digunakan oleh remaja-remaja.

Danial Matin B ZAINI said...

Generasi Anti-Sosial
• Generasi muda yang menikmati dunia teknologi yang semakin canggih dan pesat
• Golongan remaja yang mengagung-agungkan telefon, komputer yang terbaharu
• Menghargai pertalian hubungan yang dimudahkan oleh rangkaian social yang membuat komunikasi lebih mudah dan cepat
• Walau bagaimanapun, berhubung di media sosial membuat hubungan antara generasi muda semakin renggang
• Tidak berkomunikasi berpandang muka
• Lebih selesa bersembunyi di belakang persona yang palsu

Ahmad Musthofa said...

Generasi anti-sosial ditakrifkan sebagai sikap tidak mahir berinteraksi secara bersemuka dan tidak gemar begaul bersama kumpulan ramai atau acara sosial.

Generasi anti-sosial lebih mudah dikaitkan bersama generasi remaja yang dihambakan teknologi. Mereka sukar berinteraksi secara sosial dan rasa kaku apabila disuruh bersembang dengan sesiapa yang mereka tidak kenal. Mereka juga amat bergantung kepada teknologi. Memang tidak aneh jika pada zaman ini, terdapat ramai remaja yang lebih rela memandang telefon bimbit mereka daripada berinteraksi bersama rakan-rakan mereka.

Ini semua berpunca daripada ketagihan mereka kepada teknologi. Teknologi canggih telah membenarkan ramai orang berinteraksi di alam maya, melalui proses yang pantas. Ini menyebabkan mereka bergantung kepada media massa untuk menyampaikan idea atau berinteraksi. Mereka tidak begitu suka berinteraksi secara bersemuka.

Ini akan menyebabkan mereka kehilangan kebolehan penting ini yang akan mennentukan sikap seseorang. Jika seseorang itu kehilangan kemahiran berkomunikasi secara ini, mereka akan dianggap sebagai anti-sosial, lantas dipulaukan dengan lebih teruk oleh masyarakat.

Sebuah inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini adalah untuk menggalak remaja mengambil bahagian di dalam interaksi harian bersama rakan-rakan mereka. Sehari tanpa teknologi dapat membuat perbezaan dalam sikap seseorang.

Anonymous said...

James

- Dewasa ini, kita boleh melihat semakin sedikit remaja yang peduli terhadap sesama
- Salah satu penyebabnya adalah kepesatan teknologi
- Kemajuan teknologi menyebabkan ramai orang tidak mahu berinteraksi dengan orang lain kerana sibuk menggunakan gajet-gajetnya sendiri
- Kemajuan teknologi ini pun boleh memunculkan orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tidak terpuji. Oleh kerana teknologi-teknologi tersebut sangat diminati, ramai orang mahu melakukan apa sahaja, termasuk mencuri atau menjual diri supaya boleh mendapatkan teknologi tersebut
- Contohnya, ada remaja Cina yang masih sangat muda rela menjual dirinya kepada seorang lelaki kerana dia tahu bahawa lelaki tersebut akan ‘membayar’ dengan iPhone 4
- Ini semua boleh diatasi dengan mengajak remaja-remaja untuk bersukan dan ikut kegiatan-kegiatan yang berguna
- Ibu bapa juga harus memantau anak-anaknya supaya anak-anaknya tidak melakukan sesuatu yang tidak terpuji dan tidak senonoh

Anonymous said...

Shawn

-Tidak suka bercampur gaul dengan orang lain di dalam masyarakat.
-Kemajuan teknologi dengan lelaman-lelaman sosial seperti Facebook dan Twitter telah menyebabkan penggunanya tidak yakin dan biasa bergaul dengan orang lain dalam masyarakat.
-Telefon-telefon bijak seperti iPhone dan Blackberry juga menyumbang kepada masalah ini kerana ia membolehkan penggunanya mmendapat akses kepada lelaman-lelaman sosial. Mereka juga mempunyai kemudahan lain seperti e-mel.
-Golongan yang paling terjejas oleh masalah ini adalah golongan remaja kerana mereka yang paling banyak menggunakan telefon-telefon bijak dan komputer
-Kesan: remaja tidak yakin apabila perlu bergaul dengan orang lain dan terlalu sibuk dan asyik memeriksa dan menggunakan telefon bijak atau komputer mereka.
-Saranan: Ibu bapa harus mengawal berapa banyak anal-anak mereka dapat menggunakan lelaman sosial atau komputer mereka di rumah dan menggunakan lebih masa bergaul atau bercakap dengan orang lain atau membuat aktiviti yang lebih berfaedah.