Friday, January 11, 2013

Peperangan

1. Dalam masa yang diberikan, kamu dikehendaki bermuhasabah dengan diri sendiri. Kemudian, setelah diarahkan oleh guru, kamu harus menaip komen berkenaan topik yang telah diberikan. Kamu TIDAK diizinkan berbincang dengan rakan-rakan kamu.
 
2. Setelah menaip dan memuatnaikkan komen kamu ke dalam blog ini, barulah kamu diizinkan membaca komen-komen yang diberikan oleh teman-teman. Kamu akan diberikan masa untuk bertukar-tukar pendapat, bertanya dan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan topik ini.
 
3. Sesudah berbincang dengan seorang rakan, guru akan memilih seorang pelajar untuk membuat perkongsian di hadapan kelas. Kamu akan hanya diberikan masa beberapa minit untuk berkongsi.
 
4. Bagi langkah seterusnya, kamu dan rakan kamu harus mencari maklumat di Internet untuk menyelesaikan sebuah karangan perbincangan.
 
5. Karangan perbincangan tersebut haruslah ditaip dan dihantar ke alamat emel guru (idamayang@gmail.com) pada 20 Januari 2013 (Ahad).  

10 comments:

Shakran said...

peperangan berpunca daripada idealogi-idealogi politik yang berbeza

Adib said...

Pada pendapat saya, tanpa peperangan, keamanan boleh dikecapi dengan menggunakan cara yang digunakan pada masa kini: pemimpin daripada negara-negara besar boleh berbincang sebelum bertindak dengan terburu-buru. Dengan cara ini, semua orang akan mendapat apa yang mereka mahukan.

Sheikh Izzat said...

Pada pendapat saya, tanpa peprangan, keamanan mustahil tidak boeh dikecapi kerana ada negara yang kekurangan sumber asli.

Shakran said...

Keamanan merupakan ilusi semata-mata

Anonymous said...

Marcapada ini, peperangan bukan sesuatu yang kerap berlaku, tidak seperti pada masa dahulu. Terdapat pelbagai sebab mengapa beberapa negara akan berperang; untuk keselamatan, untuk mendapatkan sumber yang diperlukan untuk menyokong negara mereka masing-masing. Ada juga dua negera berperang kerana terdapat perbezaan dalam pemikiran mereka, seperti contoh, agama mereka. Ya, memang betul mustahil untuk cuba berhentikan peperangan tetapi kita boleh cuba untuk membantu negara-negara yang memerlukan, dalam pelbagai aspek, supaya mereka tidak harus terpaksa untuk berperang.
- Sufyan (17) 3C

Anonymous said...

Dalam marcapada, terdapat pelbagai peperangan yang sedang berlaku walaupun tidak sebanyak dahulu. Pada pendapat saya, peperangan merupakan sesuatu yang boleh dielak apabila kededua pihak diajak bebincang tentang masalah tersebut secara rasional. Peperangan juga mengorbankan banyak nyawa yang tidak bersalah seperti kanak-kanak kecil dan wanita-wanita.

Muhd Danish Basharahil 3H

Anonymous said...

Secara am, peperangan sering dikaitkan dengan keganasan, kehilangan nyawa dan juga kerosakan harta benda. Terdapat banyak faktor yang mengakibatkan peperangan untuk berlaku. Sebagai contoh, sesebuah negara itu mungkin kekurangan sumber ataupun tanah untuk menampung rakyatnya yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, kita harus menjauhkan diri daripada memulakan peperangan kerana ia akan membawa kepada lebih banyak lagi keburukan. Justeru itu, kita perlu berunding dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan yang lain.

Muhammad Rasydan Bin Abdul Razak 3H

Anonymous said...

Menurut saya, keamanan boleh dikecapi tanpa peperangan. Kerana saya mendukung ideologi dunia yang damai dan tenang, tanpa penumpahan darah. Manusia tak boleh mengurbankan nyawa kawannya hanya sekadar alsan balas kebencian. Kita dapat mengecapi perdamaian dengan cara yang lebih baik, bagai diplomasi, perundingan, dan sebagainya.

Ariel

Anonymous said...

"If we don't end war, war will end us"

"jika kita tidak menghentikan peperangan, peperanganlah yang memusnahkan kita"

Tukilan ini memaparkan bagaimana peperangan mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan lebih-lebih lagi oleh sebab keganasan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkuasa. Jika kita tidak menghentikan peperangan yang mengakibatkan masalah di semua negara kesannya, akhirnya ia juga akan memusnahkan seluruh manusia.

Joshua

Muhammad Hameem said...

Memang benar kata 'rambut sama hitam, hati lain-lain'.Namun, kebenaran ini telah menyebabkan banyak konflik dan peperangan di dalam dunia kita sejak permulaan tamadun manusia, seperti yang dirakam dalam sastera Yunani hingga sekarang. Sungguh sedih melihat tabiat manusia yang sering memperbesar-besarkan jurang di antara mereka sehingga berlaku peperangan.