Soalan: Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.
Budi
pekerti jambatan penilaian. Justeru, amalan menggerapkan budi bahasa penting
dalam kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi pada era moden ini. Hal i demekian
kerana dengan menitikberatkan tutur kata serta sahsiah yang baik, lebih ramai
akan memandang tinggi kepada kami. Pada kebiasaanya, semua orang sebenarnya
tidak bermasalah untuk mengamalkan sikap berbudi bahasa iaitu, mempunyai budi
atau pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji serta mempunyai budi bahasa
yang tinggi, kerana bahasa ialah modal yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada
setiap orang. Meskipun demikian, ada juga ramai yang jarang mengucap terima
kasih yang lahir daripada hati dan diingiring dengan senyum walau pung perkara
sekecil begini. Definasi ketandusan pula adalah kehilangan atau semakin
kehabisan. Namun, adakah benar bahawa Rakyat Singpura akan kehilangan dan
semakin mempudarkan budi pekerti kami?
Pertama
sekali, budaya berbudi bahasa semakin pudar di kalangan rumah masing-masing.
Tamsilnya, percakapan antara suami dengan isteri kini sering menggunakan
kata-kata kasar dan mencarut. Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan
dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan lucah akan menghindarkan keluarga
mereka terutamanya anak-anak mereka. Dalam aspek pendidikan, mereka akan bertua
dalam keadaan yang kurang baik dan lama-kelamaan akan mula mempelajari
anasir-anasir buruk yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Tanpa budi pekerti,
ibu bapa pada zaman ini akan menhadapi pelbagai beza rintangan dalam cuba
mendidikkan anak-anak mereka dengan sebaik mungkin.
Sejajar
daripada itu, ada masanya situasi bagi mereka yang tidak berbudi bahasa
menununjukkan kesannya di tempat awam. Contohnya ialah lebih ramai penjual di
pusat membeli-belah sering menengking kuat kepada pelanggannya supaya tidak
berdiri di ruang tempat dia keluar dan masuk gerainya. Sehubungan dengan itu,
terdapat juga peristiwa lain tatkala seorang pembeli muda membeli makanan
bernilai beberapa dolar sahaja lalu menyerahkan $50, penjual itu akan menaik
darah lantas memarahinya. Layanan-layanan seperti apa yang telah dimaklumkan
amat mendukacitakan- masih lagi di takuk lama sekalipun negara telah mencapai
status negara maju. Ini adalah contoh yang menunjukkan budi perkerti yang semakin bertandusan.
Bertitik
tolak daripada itu, satu perkara yang menunujukkan budi perkerti semakin
kehilangan adalah istilah-istilah sopan santun tidak digunakan lagi. Kata-kata
semudah mengucapkan terima kasih serta senyum adalah suatu yang sukar untuk
bertemu dalam kalangan remaja. Mereka kurang berbudi bahasa lalu menunujukkan
tingkah laku yang kurang diterima oleh ramai. Remaja meluahkan kata-kata yang
kurang sopan dan kadang-kala menyakiti hati orang lain. Ini adalah contoh yang menunjukkan
bahawa terdapat rakyat Singapura yang tidak berbudi pekerti.
Jika
dilihat pada sudut yang lain, terdapat juga penduduk Singapura yang masih
bertutur dalam budi bahasa yang baik dan sopan santun. Tidak kira muda atau
tua, penduduk Singpura di estet perumahan sering memberi salam kepada satu sama
lain. Ini amat baik dan menceriakan hati bagi semua orang. Seorang yang memberi
salam dan hormat kepada kami amat bermakna jika ia ikhlas dan datang dari hati.
Ini mungkin kerana masyarakat Singapura menjadi lebih praktikal dan lebih
tertumpu kepada isu-isu seharian sehingga mengabaikan adab nilai.
Sementelahan
itu, terdapat juga remaja yang menjalankan kerja-kerja sukarelawan yang
mencerminkan buku pekerti yang baik. Mereka menjalankan kerja mengutip derma
secara ikhlas dan mahu membuat bandingan dalam mereka yang hidup sengsara.
Dengan itu, mereka melaksanakan kerja-kerja sukarelawan supaya menunjukan
bahawa mereka mengambil berat atas mereka yang membebani masalah yang besar dan
kompleks. Ini adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan budi pekerti yang baik
yang terdapat dalam remaja.
Walau
bagaimanapun, terdapat juga saranan-saranan bagi menyuntik kesedaran tentang
kepudaran budi pekerti dalam kalagan rakyat Singapura. Pertama sekali,
acara-acara seperti bulan bahasa boleh disediakan yang menikmati masyarakat
umum dan golongan ,uda yang lebih selesa bertutur dalam bahasa inggeris
berbanding bahasa ibunda, iaitu Melayu. Ini akan diadakan di tiga lokasi pada
tiga hujung minggu dan boleh dinikmati masyarakat Melayu daripada setiap
lapisan usia. Matlamat untuk menyediakan acara-acara tersebut adalah unntuk
mengenal pasti dan memperkenalkan bakat-bakat baru dan muda yang bakal
menggantikan tokoh-tokoh bahasa dalam masyarakat Melayu di masa hadapan. Ia
juga akan mengingatkan masyarakat Melayu tentang peri pentingnya adab dan nilai
dalam perbualan dan kelakuan mereka. Dalam pada itu, ia juga akan mempromosikan
bahasa Melayu dan menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat Melayu tidak
kiran yang muda atau tua
Pada
waktu yang sama, untuk memastikan budi bahasa serta nilai-nilai murni tidak
terhakis dalam budaya hidup masyarakat kita, ibu bapa perlu berperanan untuk
mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di
rumah. Percakapan antara satu sama lain di rumah sewajarnya menggunakan bahasa
yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan
harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi teladan oleh anak-anak. Maka,
bahasa yang halus dan penuh dengan sopan santun hendaklah dibiasakan
penggunaannya di rumah.
Akhir
kata, saya setuju dengan pernyataan bahawa rakyat Singapura ketandusan budi
perkerti semakin tinggi. Namun demikian, tidak terlalu lambat untuk kita
semasyrakat berganding bahu untuk memastikan budi perkerti tidak menjadi pudar
dalam kalangan masyarkat melayu.
1 comment:
Aizat, pengenalan kamu agak baik kerana kamu telah memberi gambaran yang agak umum tentang keadaan budi pekerti masyarakat kita. Namun, takrif kamu diletakkan pada akhir perenggan itu dan ini agak ganjil. Tujuan definasi adalah untuk memberi pemarkah anggapan (atau ‘parameters’) tentang karangan kamu. Ini penting jika diletakkan pada awal perenggan itu. Ejaan kamu juga harus diperbaiki kerana terdapat beberapa kesilapan ejaan. Soalaan yang kamu ajukan di akhir pengenalan kamu adalah usaha baik untuk memulakan perbincangan di dalam karangan kamu, tetapi struktur ayat itu agak ganjil. Persoalaan haruslah padat dan meyampaikan isu karangan dengan tepat. Mungkin contoh yang lebih sesuai adalah “Namun, benarkah bahawa rakyat Singapura semakin ketandusan/kelihangan budi pekerti?”
Kamu telah mengupas isi yang relevan tentang ketandusan budi pekerti di dalam institusi keluarga. Memang benar bahawa terdapat suami isteri yang sering bercelaru dan menggunakan kata-kata kesat. Namun, kamu boleh memberi contoh-contoh tentang adanya perkara sebegini, seperti ramai pasangan kini dilanda masalah peribadi dan tidak mampu kawal kemarahan sehingga membawa kesan-kesan buruk yang melampaui had pertalian peribadi mereka sahaja. Memang benar bahawa anak-anak akan terjejas dan membesar dalam keadaan yang tidak baik. Kamu juga boleh menampilkan contoh-contoh di mana si anak terpengaruh dan ketandusan budi perkerti. Misalnya, seseorang ibu yang sering bertengking kepada anak dan tidak menunjukkan kasih sayang sebagai ibu yang bertanggungjawab, si anak akan kehilangan sebarang budi pekerti dan bersikap tidak sopan kepada semua di kelilingnya.
Isi ketandusan budi pekerti di tempat awam agak baik kerana memang adanya peristiwa sebegini di dalam konteks Singapura. Contoh diberikan padat. Usaha baik untuk menunjukkan perbezaan sikap ini berbanding dengan kemajuan Negara.
Kekurangan penggunaan isitilah-istilah sopan santun memang memaparkan ketandusan budi pekerti dalam kalangan warga Singapura. Kamu boleh tambah isi tentang remaja-remaja kini kurang sensitif apabila bercakap di tempat awam kerana sering memekik dan megeluarkan kata-kata kesat di kolong blok, contohnya. Contoh yang relevan adalah di dalam gerabak tren MRT. Ramai memasuki tren sambil mengasak-asak tanpa megucapkan terima kasih atau ‘tumpang lalu’. Mungkin contoh siber buli?
Baik kerana kamu memberi pandangan yang lain. Mungkin boleh berikan contoh lebih terperinci bagaimana jiran-jiran berbudi bahasa dan tidak ketandusan budi pekerti.
Kerja-kerja sukarelawan adalah isi yang relevan. Penggunaan bahasa salah. Kamu tidak boleh gunakan “membuat bandingan dalam mereka yang hidup sengsara.” Mungkin boleh digantikan dengan ayat “Mereka dapat membezakan antara cara hidup berbeza yang ada di Singapura dan bersimpati kepada mereka yang kurang bernasib baik.”
Saranan yang dikemukakan bagus kerana dapat merangsang orang ramai berbudi pekerti. Peranan ibu bapa untuk menyanjungi budi perkerti dikupas dengan baik. Gunakan peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kamu juga boleh bercakap tentang peranan pemerintah seperti kempen-kempen untuk membina sebuah watan budiman.
Post a Comment