Perenggan pengenalan:
*Perenggan awal sangat penting dan harus memukau atau
menarik perhatian pembaca
Adakah pelajar
memberikan gambaran umum?
Adakah pelajar
memberikan kata-kata mutiara / pepatah atau tukilan?
Adakah pelajar
memberikan persoalan dengan tepat?
Perenggan isi:
*Perenggan haruslah sederhana panjang dan setiap isi
baharu harus dihuraikan dalam perenggan baharu
Adakah pelajar
memberikan gambaran masalah dengan terperinci?
Adakah pelajar bersetuju
dengan kenyataan yang diberikan?
Adakah pelajar
memaparkan bukti-bukti berserta contoh-contoh relevan untuk menyokong
kenyataan?
Adakah pendapat berbeza
disokong dengan bukti yang kukuh?
Adakah pelajar melihat
isu dari pelbagai perspektif menerusi kaca mata pelbagai pihak? (pemerintah,
masyarakat, sekolah, keluarga dan individu)
Adakah penanda wacana
yang baik digunakan dengan tepat bagi mengaitkan setiap perenggan?
Perenggan penutup:
*Jangan berikan isi baharu dalam penutup
Adakah pelajar memberi
kesimpulan yang jelas berdasarkan semua bukti yang telah dikemukakan?
Adakah pelajar berusaha
memberikan penekanan terhadap pentingnya isu yang diberikan?
Adakah pelajar menyebut
atau menyelitkan akibat (secara umum) seandainya isu tersebut tidak diberikan
perhatian sewajarnya?
2 comments:
Berikan hanya SATU soalan dalam karangan kamu. Tulis hanya dalam perenggan PENGENALAN.
Jangan tanya atau ajukan soalan dalam perenggan-perenggan lain.
Cikgu Shidah
Untuk mengulangkaji karangan ekspositori, kenal pasti topik-topik yang mungkin akan diuji. Kemudian, tulis seberapa banyak isi yang kamu ketahui tentang topik itu TANPA melihat sebarang nota.
Cikgu Shidah
Post a Comment