Ahmad Ashraf
Rakyat Singapura Ketandusan Budi Pekerti Yang Tinggi. Bincangkan.
Jika
seseorang itu mempunyai budi pekerti bermakna dia seorang yang mempunyai tutur
kata dan tingkah laku yang baik. Namun, adakah sikap berbudi pekerti ini tetap
wujud dalam dunia moden ini? Mengambil konteks Singapura, boleh kelihatan pula
ramai yang tidak berbudi pekerti. Singapura adalah antara sepuluh negara-negara
yang terendah dalam aspek berbudi pekerti. Semakin ramai orang yang tidak
beradab dan berbudi bahasa terhadap orang lain, tidak kira siapa pun. Orang-orang
ini termasuk kanak-kanak yang masih muda umurnya, remaja-remaja dam juga mereka
yang sudah berdewasa.
Kebelakangan ini, kanak-kanak
ketandusan budi pekerti yang tinggi. Dalam zaman ini, kanak-kanak, dari usia
yang muda lagi, tidak dibesarkan dengan cara yang betul. Ibu bapa tidak
mengajar dan memdidik anak-anak mereka dengan betul. Pada masa yang sama, mereka
dipengaruhi persekelilingan mereka. Contohnya seperti orang lain yang
menggunakan kata-kata yang kasar. Dalam tahap-tahap pembangunan mereka,
kanak-kanak sering mengikut contoh. Mereka akan belajar daripada apa yang
dilihat dan didengari mereka tanpa tahu membezakan antara baik dan buruk.
Lantas, mereka juga akan bermula menggunakan kata-kata kasar juga. Ramai
kanak-kanak semakin biadap. Di sekolah, mereka tidak memerhatikan tingkah laku
mereka dan menggunakan kata-kata kurang sopan begitu sahaja, seolah-olah
kata-kata itu langsung tidak bermakna.
Di rumah, kanak-kanak meninggikan suara mereka terhadap ibu bapa. Mereka membantah
kata-kata ibu bapa dan berperangai biadap terhadap mereka. Masalah ketandusan
budi pekerti antara kanak-kanak semakin merosot.
Selain itu, remaja-remaja pun
terlibat dalam masalah ini. Pada era globalisasi ini, penggunaan internet
semakin meningkat, terutama sekali antara pemuda-pemuda hari ini. Namun,
kewujudan internet ini mengakibatkan timbulnya masalah ketandusan budi pekerti.
Ramai remaja-remaja di Singapura kini terlibat dalam masalah pembulian di alam
siber, Singapura dilaporkan bertempat kedua antara negara yang mempunyai
kes-kes pembuliaan di alam siber yang tertinggi. Remaja-remaja bertutur secara
kasar terhadap orang lain di alam siber. Mereka mengejek dan memaki orang yang
tidak disukai mereka itu. Mungkin oleh kerana tekanan rakan-rakan yang lain
juga yang memaksa mereka untuk kurang berbudi pekerti terhadap orang lain.
Masalah ini memeng ketara boleh dilihat di lelaman rangkaian sosial di Internet
seperti Facebook dan Twitter.
Seterusnya, mereka yang berdewasa
pun kurang berbudi pekerti. Ini juga jelas dilihat dalam kehidupan seharian.
Contohnya, di di kedai-kedai, ada orang dewasa yang memberi layanan yang teruk
sekali. Mereka sebagai pekerja dalam industri perkhidmatan bersikap malas
handak melayani pelanggan-pelanggan dan kadang-kala, sungguh biadap terhadap
pelanggan-pelanggan mereka. Tambahan pula , di dalam pengangkutan awam, ramai
yang berdewasa tidak memberikan tempat duduk mereka kepada orang yang lebih memerlukannya
walaupun ada tanda-tanda yang mengingati mereka untuk berbuat demikian. Ini
hanya adalah beberapa antara banyak contoh yang menunjukkan ketandusan budi
pekerti orang dewasa.
Sebaliknya, tidak kesemua rakyat
Singapura yang kehilangan budi pekerti yang tinggi. Ada ramai yang beradab
serta bersopan-santun, seperti boleh dilihat daripada siri televisyen 'Catch Of
The Day'. Siri ini bertujuan menyaksikan rakyat-rakyat Singapura yang berbudi
pekerti. Ada juga ramai yang berbudi bahasa dari segi perbualan mereka. Ada
yang bertimbang rasa dengan memberi tempat duduk mereka kepada orang lain. Ada
pekerja yang memberi layanan yang mengembirakan pelanggan-pelangganya.Walau apa
pun, ada golongan orang yang tidak akan kekurangan budi mereka dan akan
membanggakan masyarakat kami.
Bertitik tolak daripada itu, ada
beberapa cara untuk memastikan rakyat Singapura tidak ketandusan budi pekerti.
Pertama sekali adalah melalui ibu bapa. Ibu bapa harus bertanggungjawab serta
mengambil usaha untuk mendidik anak-anak mereka dengan cara yang betul. Mereka
harus memberi tunjuk ajar kepada anak-anak mereka serta sering menasihati dan
mengingati mereka tentang kepentingannya berbudi pekerti terhadap orang lain.
Melalui cara ini, berbudi pekerti akan menjadi sebahagian diri mereka. Ia akan
menjadi seolah-olah sebuah tabiat bagi anak-anak dan tabiat ini akan dipupuk
dalam diri mereka sehingga berdewasa pada masa hadapan.
Kedua, lebih banyak kempen-kempen
untuk mempromosikan sikap budi pekerti antara rakyat Singapura boleh diadakan.
Kempen-Kempen seperti ini harus berjaya menyuntik kesedaran dalam khalayak
ramai. Ketiga, bagi pekerja-pekerja dalam industri perkhidmatan, mereka harus
dididik dengan betul dahulu. Mereka sepatutnya menjalani kursus khas untuk
mengajar mereka cara-cara untuk berbudi pekerti semasa melayani pelanggan
sebelum memulakan pekerjaan. Dengan cara-cara ini, harap rakyat Singapura akan
lebih sedar tentang keadaan negara kami dari segi sikap individu dan semua
orang akan mengambil usaha untuk berbudi pekerti supaya kehidupan orang ramai
di Singapura akan lebih selesa.
1 comment:
-"Mengambil konteks Singapura, boleh kelihatan pula ramai yang tidak berbudi pekerti" - Ini boleh diubah untuk menjadi "Dalam konteks Singapura, kita boleh melihat bahawa ramai yang tidak berbudi pekerti"
-Soalan dalam perenggan pertama mungkin boleh ditulis di akhir perenggan.
-"Di rumah, kanak-kanak meninggikan suara mereka terhadap ibu bapa." -> "Meninggikan suara mereka kepada ibu bapa"
-Boleh menjelaskan lagi tentang peranan ibu bapa untuk mendidik anak mereka -"Melentur buluh biarlah daripada rebungnya"
-"Ramai remaja-remaja di Singapura kini terlibat dalam masalah pembulian di alam siber, Singapura dilaporkan bertempat kedua antara negara yang mempunyai kes-kes pembuliaan di alam siber yang tertinggi.." - Ini boleh dipisahkan untuk menjadi dua ayat. "Ramai remaja-remaja..." dan "Singapura dilaporkan.."
-Contoh baik yang digunakan untuk perenggan ketandusan budi pekerti orang dewasa. Penanda wacana yang baik juga digunakan. Penanda wacana lain seperti "Tambahan pula" boleh digunakan untuk menggantikan "seterusnya".
-" ada tanda-tanda yang mengingati mereka untuk berbuat demikian." -> perkataan "berbuat" ditukar menjadi "membuat"
-Untuk perenggan penutup, saya berasa bahawa tidak harus menulis isi lain seperti cara-cara untuk mengatasi ketandusan budi pekerti. Mungkin kamu boleh menulis tentang pentingnya budi pekerti dalam masyarakat kita dan memberikan kesimpulan yang jelas untuk isi-isi kamu yang telah disebutkan.
Shawn
Post a Comment