Sunday, September 23, 2012

Karangan Budi (12)


Muhammad Afiq             

Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.

                Menongkah arus globalisasi, bidang perkhidmatan telah menjadi bidang yang dititikberatkan oleh beberapa banyak negara. Di seantero dunia, negara-negara cuba menarik pelancong-pelancong untuk melawat negara mereka agar dapat mengembangkan ekonomi negara tesebut dengan sumbangan wang dari pelancong-pelancong ini. Tambahan pula, pelabur-pelabur juga akan ditarik ke sebuah negara jikalau ia merupakan suatu hab pelancongan kerana selamat dan bermakmur. Lantaran itu, bidang perkhidmatan sesebuah negara haruslah berbudi pekerti. Apabila kami memusatkan perhatian kami ke Singapura, umum mengetahui bahawa negara ini ialah suatu negara yang dapat manfaat dari bidang pelancongannya. Namun, terdapat kes-kes di mana rakyat Singapura telah dilihat sebagai rakyat yang biadap dan kurang ajar. Timbullah soalan adakah rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi?

                Sejak kebelakangan ini, terdapat laporan-laporan tentang layanan yang kurang memuaskan oleh pekerja-pekerja dalam bidang perkhidmatan. Ini termasuk kelakuan-kelakuan seperti penjual makanan di sebuah gerai Geylang Serai yang menengking kepada setiap individu yang berdiri di tempat dia keluar masuk ke gerainya dan juga penjual yang menengking pelenggannya apabila diserahkan lima puluh dolar pada awal pagi. Kisah-kisah seperti ini mencerminkan bahawa rakyat Singapura memang tidak bersopan santun. Kami dilihat sebagai watan yang tidak menghormati orang ramai. Perbuatan-perbuatan sebeginilah yang mencemarkan nama baik Singapura dan keamanan yang telah kami usaha untuk mencapai.

                Di samping itu, bukan hanya orang dewasa yang kurang berbudi pekerti malah anak-anak Singapura juga dilihat sebagai rakyat yang tidak menghormati orang lain. Acap kali, kami boleh lihat kanak-kanak meninggikan suara mereka kepada orang tua mereka ataupun remaja yang hanya mendengar muzik mereka sambil mengabaikan omelan ibu bapa mereka. Tidak kira nasihat yang lembut ataupun herdikan, generasi muda kini tidak menghormati ibu bapa mereka. Kelakuan-kelakuan sebegini mempamerkan rakyat Singapura yang kurang memupuk nilai-nilai murni pada diri generasi muda. Akibatnya, tingkah laku remaja dan kanak-kanak kini menyerlahkan sifat buruk yang berada dalam generasi hadapan Singapura.

                Tambahan pula, ia tidak boleh dinafikan bahawa rakyat asing yang bertempat di sini juga termasuk dalam rakyat Singapura. Ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai kewajipan sebagai seorang penduduk di negara ini lantas mereka tidak kisah tentang adab dan tingkah laku mereka. Sejak kebelakangan ini, terdapat kes-kes di mana rakyat asing mencemarkan nama baik Singapura. Oleh sebab negara ini merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama, kelakuan-kelakuan buruk yang dijalankan oleh rakyat asing ini sering disalah anggap sebagai kelakuan rakyat Singapura. Akhirnya, orang ramai yang tidak tahu bezanya antara rakyat asing dan rakyat Singapura akan menganggap bahawa seluruh rakyat Singapura ketandusan berbudi pekerti yang tinggi.

                Kendatipun, anggapan ini menimbulkan banyak persilisihan faham. Walhasil, bukan semua rakyat Singapura yang bersikap begini. Hanya segelintir orang dalam masyarakat Singapura yang biadap dan kurang ajar. Kebanyakan rakyat Singapura memang berbudi baik. Tamsilnya, banyak orang Melayu berkerja sebagai pekerja perkhidmatan dan masih dianggap sebagai rakyat yang berbudi pekerti. Oleh demikian, tentunya kami boleh mengatakan bukan semua rakyat Singapura ketandusan budi pekerti tetapi hanya beberapa orang yang bersikap begitu.

                Bagi menangani masalah ini, Menteri Pendidikan telah pun mula dengan mengintroduksi kelas sivik dan moral di dalam korikulum setiap sekolah rendah. Melalui kelas ini, seseorang murid akan diajar caranya untuk mendisiplinkan diri di tempat awam dan juga menghargai ibu bapanya. Lain kata, mereka akan dipupuk dengan nilai-nilai murni. Akhirnya, murid-murid ini akan membesar menjadi orang dewasa yang berihsan.

                Selain itu pemerintah juga mengadakan Bulan Bahasa setiap tahun. Acara ini dapat menyuntik kesedaran seseorang individu tentang kepentingan bahasa dan juga keistimewaannya. Melalui bahaasa juga, seseorang itu dapat mempelajari tentang berbudi bahasa dan kata-kata yang sopan. Lantasan itu, individu tersebut akan menjadi lebih sopan dan juga mempelajari tentang bahasanya sendiri.

                Natijahnya, rakyat Singapura benar-benar berbudi pekerti. Namun, terdapat beberapa individu yang mencemarkan semua nama baik rakyat Singapura dengan sikap mereka bak pepatah nila setitik, rosak susuh sebelanga. Akhir kata, langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah telah banyak menolong mendidik rakyat Singapura agar menjadi watan berbudi perkerti tetapi harus diulang kaji supaya dapat mengatasi masalah ini.

1 comment:

Danial Matin said...

Perenggan Permulaan
• Hubungan antara bidang perkhidmatan dan kepentingan budi pekerti boleh diperkukuhkan lagi, masih tidak jelas
• Penggunaan kata-kata mutiara yang baik
• Beberapa penggunaan bahasa yang salah (eg. “sumbangan wang daripada pelancong-pelancong”)

Perenggan Isi (Masalah)
• Penjelasan masalah yang baik, malah boleh juga menjelaskan sikap betul yang sebaliknya (eg “ para penjual patutlah menegur pelanggannya dengan kata-kata yang halus dan bersopan santun jika tiada wang runcit pada waktu pagi”)
• Banyak fokus diberikan kepada imej Singapura yang tercemar, tetapi lebih perhatian juga boleh diberikan kepada bagaimana ketandusan budi pekerti boleh juga menjejas hubungan dan keharmonian antara rakyat Singapura yang boleh menghambat kemajuan Negara

Perenggan Isi (Saranan)
• Boleh dijelaskan dengan lebih terperinci
• Bagaimana saranan tersebut (pendidikan sivik dan moral, Bulan Bahasa etc) dapat mendorong rakyat Singapura untuk berbudi pekerti? Apakah hubungannya?

Perenggan Penutup
• Ringkasan masalah dan penjelasan yang baik
• Penggunaan peribahasa yang baik
• Mungkin terlalu singkat

Komen-komen secara Keseluruhan
• Penggunaan penanda wacana yang begitu baik, SYABAS!
• Beberapa kesalahan bahasa
• Contoh yang cukup baik diberikan untuk menyokong pendapat penulis
• Hubungan antara contoh dengan isi utama penulis boleh diperkukuhkan