Muhammad Afiq
Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang
tinggi. Bincangkan.
Menongkah arus
globalisasi, bidang perkhidmatan telah menjadi bidang yang dititikberatkan oleh
beberapa banyak negara. Di seantero dunia, negara-negara cuba menarik
pelancong-pelancong untuk melawat negara mereka agar dapat mengembangkan
ekonomi negara tesebut dengan sumbangan wang dari pelancong-pelancong ini.
Tambahan pula, pelabur-pelabur juga akan ditarik ke sebuah negara jikalau ia
merupakan suatu hab pelancongan kerana selamat dan bermakmur. Lantaran itu,
bidang perkhidmatan sesebuah negara haruslah berbudi pekerti. Apabila kami
memusatkan perhatian kami ke Singapura, umum mengetahui bahawa negara ini ialah
suatu negara yang dapat manfaat dari bidang pelancongannya. Namun, terdapat
kes-kes di mana rakyat Singapura telah dilihat sebagai rakyat yang biadap dan
kurang ajar. Timbullah soalan adakah rakyat Singapura ketandusan budi pekerti
yang tinggi?
Sejak kebelakangan
ini, terdapat laporan-laporan tentang layanan yang kurang memuaskan oleh
pekerja-pekerja dalam bidang perkhidmatan. Ini termasuk kelakuan-kelakuan
seperti penjual makanan di sebuah gerai Geylang Serai yang menengking kepada
setiap individu yang berdiri di tempat dia keluar masuk ke gerainya dan juga
penjual yang menengking pelenggannya apabila diserahkan lima puluh dolar pada
awal pagi. Kisah-kisah seperti ini mencerminkan bahawa rakyat Singapura memang
tidak bersopan santun. Kami dilihat sebagai watan yang tidak menghormati orang
ramai. Perbuatan-perbuatan sebeginilah yang mencemarkan nama baik Singapura dan
keamanan yang telah kami usaha untuk mencapai.
Di samping itu, bukan
hanya orang dewasa yang kurang berbudi pekerti malah anak-anak Singapura juga
dilihat sebagai rakyat yang tidak menghormati orang lain. Acap kali, kami boleh
lihat kanak-kanak meninggikan suara mereka kepada orang tua mereka ataupun
remaja yang hanya mendengar muzik mereka sambil mengabaikan omelan ibu bapa
mereka. Tidak kira nasihat yang lembut ataupun herdikan, generasi muda kini
tidak menghormati ibu bapa mereka. Kelakuan-kelakuan sebegini mempamerkan
rakyat Singapura yang kurang memupuk nilai-nilai murni pada diri generasi muda.
Akibatnya, tingkah laku remaja dan kanak-kanak kini menyerlahkan sifat buruk
yang berada dalam generasi hadapan Singapura.
Tambahan pula, ia
tidak boleh dinafikan bahawa rakyat asing yang bertempat di sini juga termasuk
dalam rakyat Singapura. Ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa mereka
tidak mempunyai kewajipan sebagai seorang penduduk di negara ini lantas mereka
tidak kisah tentang adab dan tingkah laku mereka. Sejak kebelakangan ini,
terdapat kes-kes di mana rakyat asing mencemarkan nama baik Singapura. Oleh
sebab negara ini merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama,
kelakuan-kelakuan buruk yang dijalankan oleh rakyat asing ini sering disalah
anggap sebagai kelakuan rakyat Singapura. Akhirnya, orang ramai yang tidak tahu
bezanya antara rakyat asing dan rakyat Singapura akan menganggap bahawa seluruh
rakyat Singapura ketandusan berbudi pekerti yang tinggi.
Kendatipun, anggapan
ini menimbulkan banyak persilisihan faham. Walhasil, bukan semua rakyat
Singapura yang bersikap begini. Hanya segelintir orang dalam masyarakat
Singapura yang biadap dan kurang ajar. Kebanyakan rakyat Singapura memang berbudi
baik. Tamsilnya, banyak orang Melayu berkerja sebagai pekerja perkhidmatan dan
masih dianggap sebagai rakyat yang berbudi pekerti. Oleh demikian, tentunya
kami boleh mengatakan bukan semua rakyat Singapura ketandusan budi pekerti
tetapi hanya beberapa orang yang bersikap begitu.
Bagi menangani masalah
ini, Menteri Pendidikan telah pun mula dengan mengintroduksi kelas sivik dan
moral di dalam korikulum setiap sekolah rendah. Melalui kelas ini, seseorang
murid akan diajar caranya untuk mendisiplinkan diri di tempat awam dan juga
menghargai ibu bapanya. Lain kata, mereka akan dipupuk dengan nilai-nilai
murni. Akhirnya, murid-murid ini akan membesar menjadi orang dewasa yang
berihsan.
Selain itu pemerintah
juga mengadakan Bulan Bahasa setiap tahun. Acara ini dapat menyuntik kesedaran
seseorang individu tentang kepentingan bahasa dan juga keistimewaannya. Melalui
bahaasa juga, seseorang itu dapat mempelajari tentang berbudi bahasa dan
kata-kata yang sopan. Lantasan itu, individu tersebut akan menjadi lebih sopan
dan juga mempelajari tentang bahasanya sendiri.
Natijahnya, rakyat
Singapura benar-benar berbudi pekerti. Namun, terdapat beberapa individu yang
mencemarkan semua nama baik rakyat Singapura dengan sikap mereka bak pepatah
nila setitik, rosak susuh sebelanga. Akhir kata, langkah-langkah yang diambil
oleh pemerintah telah banyak menolong mendidik rakyat Singapura agar menjadi
watan berbudi perkerti tetapi harus diulang kaji supaya dapat mengatasi masalah
ini.
1 comment:
Perenggan Permulaan
• Hubungan antara bidang perkhidmatan dan kepentingan budi pekerti boleh diperkukuhkan lagi, masih tidak jelas
• Penggunaan kata-kata mutiara yang baik
• Beberapa penggunaan bahasa yang salah (eg. “sumbangan wang daripada pelancong-pelancong”)
Perenggan Isi (Masalah)
• Penjelasan masalah yang baik, malah boleh juga menjelaskan sikap betul yang sebaliknya (eg “ para penjual patutlah menegur pelanggannya dengan kata-kata yang halus dan bersopan santun jika tiada wang runcit pada waktu pagi”)
• Banyak fokus diberikan kepada imej Singapura yang tercemar, tetapi lebih perhatian juga boleh diberikan kepada bagaimana ketandusan budi pekerti boleh juga menjejas hubungan dan keharmonian antara rakyat Singapura yang boleh menghambat kemajuan Negara
Perenggan Isi (Saranan)
• Boleh dijelaskan dengan lebih terperinci
• Bagaimana saranan tersebut (pendidikan sivik dan moral, Bulan Bahasa etc) dapat mendorong rakyat Singapura untuk berbudi pekerti? Apakah hubungannya?
Perenggan Penutup
• Ringkasan masalah dan penjelasan yang baik
• Penggunaan peribahasa yang baik
• Mungkin terlalu singkat
Komen-komen secara Keseluruhan
• Penggunaan penanda wacana yang begitu baik, SYABAS!
• Beberapa kesalahan bahasa
• Contoh yang cukup baik diberikan untuk menyokong pendapat penulis
• Hubungan antara contoh dengan isi utama penulis boleh diperkukuhkan
Post a Comment