Sunday, September 23, 2012

Karangan Budi (1)


Karangan Safafisalam

“Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.” Kata-kata mutiara ini menunjukkan kepentingan budi pekerti dalam masyarakat kita. Namun, rakyat Singapura tidak bertindak sebegitu. Sebenarnya, perkara yang sebaliknya pula berlaku di zaman ini. Ramai orang menyatakan bahawa rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Persoalannya, adakah kenyataan ini benar?

Pertama sekali, saya rasa bahawa sebab yang paling utama atas ketandusan tersebut ialah budaya Barat yang mula menjejas asas prinsip dan moral kita. Pengaruh ini menceroboh kehidupan kita melalui berbagai wadah media seperti televisyen, radio dan internet. Lazimnya, rancangan berita menceritakan tentang pelakon termahsyur dan penyanyi terkenal dari alam Barat. Kebanyakan saluran-saluran televisyen juga didapati dari Barat kerana terdapat ramai rakyat di Singapura yang mahu menonton saluran-saluran tersebut. Justeru, nilai-nilai Barat yang lazimnya buruk, mempengaruhi cara kita menjalankan hidup kita, sehinggakan budi pekerti kita merosot. Contohnya, ramai kanak-kanak tidak menghormati ibu bapa mereka, sehingga menyambuti ibu bapa mereka dengan nama pertama dan bukan lagi ‘ibu’ atau ‘ayah’. Ini adalah salah satu pengaruh budaya barat yang telah meresap ke dalam masyarakat kita. Mereka tidak sedar pun bahawa kelalukan sebenarnya biadap dan tidak menunjukkan hormat kepada orang tua kita. Dari itu, memang tidak boleh dinafikan bahawa budaya Barat telah mengakibatkan kemerosotan budi pekerti rakyat Singapura.

Sejajar dengan itu, lagi satu kesukaran yang rakyat Singapura menghadapi ialah ibu bapa yang tidak memberi bimbingan kepada anak-anak mereka. Ini sangat penting kerana budi pekerti harus dipupuk sejak kecil lagi supaya sikap pelokek tidak akan berlarutan dalam masa hadapan. Namun, ramai ibu bapa yang tidak dapat memberi bimbingan yang baik kerana terlalu sibuk dengan pekerjaaan mereka. Lazimnya, kedua ibu dan bapa terpaksa berkerja untuk membiayai kos hidup yang semakin bertambah di era ini dan anak-anak dijaga oleh pembantu rumah. Pembantu rumah tidak dapat menanam sifat budi pekerti di dalam kanak-kanak ini kerana tidak mempunyai pengaruh ataupun hubungan yang kuat dengan mereka. Keadaan yang amat mengecewakan ini dibuktikan oleh peningkatan kes-kes berhubungan remaja yang kurang mementingkan penumpang lain di dalam gerabak Kereta Api Gerak Cepat(MRT). Tata-tertib yang kecil juga telah dilupakan, contohnya tidak berbual apabila memakan dan tidak meninggikan suara bila bertutur dengan orang tua.

 Bertitiktolak daripada itu, rakyat Singapura semakin menitikberatkan pencapaian duniawi seperti ‘5K’ iaitu Kereta, Kad Kredit, Kondominium, Kerjaya dan Kad Keahlian. Kini, apa yang dinilai dalam seseorang adalah paras rupa, pangkat  dan harta benda. Akibatnya, mereka akan mengejarkan semua ini dan melupakan budi pekerti. Ibu bapa hanya memesankan anak-anak mereka untuk mengejar pencapaian akademik dan menganaktirikan pembangunan moral. Ini kerana pada zaman ini, seorang dipandang tinggi jika berlulusan tinggi atau berharta, tidak seperti zaman dahulu, di mana budi pekerti dipentingkan bila menilai darjat seseorang.

 
Natijahnya, memang tidak dapat dinafikan yang masyarakat Singapura ini ketandusan budi pekerti yang tinggi. Walau bagaimanapun, tidak wajar kita menerusi tindakan kita. Janganlah kita melupakan kepentingan budi pekerti. Tidak wajar kita membina individu yang kurang budi pekertinya kerana akhirnya, masyarakat ini akan menjadi satu yang tidak bertimbang rasa, kurang prihatin dan lupa akan perihal kemanusiaan. Tentulah kita tidak mahu tinggal dalam sesebuah masyarakat yang hanya mementingkan keperibadian. Dari itu, punca-punca kehilangan budi pekerti ini harus diatasi dengan segera agar masyarakat kita ini dapat  pulih seperti sediakala.  

1 comment:

Anonymous said...

Perenggan pengenalan ditulis dengan sangat baik kerana safafisalam telah memulakan perenggan tersebut menggunakan peribahasa yang boleh menarik perhatian para pembaca. Perenggan ini juga ditulis secara ringkas dan cekap dan diakhiri dengan persoalan yang jelas. Perenggan permulaan ini menarik perhatian pembaca dan menjelaskan apa yang akan ditulis di perenggan-perenggan berikutnya secara efektif.

Perengan-perenggan isi juga telah ditulis dengan baik. Penulis telah menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan mudah dimengerti oleh pembaca. Namun, perenggan isi masih boleh diperbaik. Safafisalam hanya memperhatikan isu dari satu perspektif sahaja. Sebaiknya, Safafisalam perlu menjelaskan masalah dari dua perspektif dan memberikan pendapat yang berbeza. Misalnya, perenggan-perenggan isi hanya menjelaskan tentang pendapat penulis yang menyetujui ketandusan budi pekerti di Singapura, tanpa mencuba memberikan pendapat yang tidak menyetujui hal tersebut.

Perenggan penutup ditulis secara sederhana, di mana penulis menyatakan pendapatnya bahawa masalah yang dibicangkan tidak harus berlanjutan dan harus diatasi dengan segera kerana masalah ini menjejas pembentukkan watan budiman.

-Rafi