Sunday, September 23, 2012

Karangan Budi (4)


Karangan James Vincie Kaligis 4G

Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.

Zaman dahulu, kita boleh melihat bahawa penduduk Singapura merupakan orang-orang yang sopan dan berbudi pekerti. Anak-anak selalu menghormati ibu bapa mereka dan kepentingan bersama selalu diutamakan daripada kepentingan diri sendiri. Namun, kebanyakan nilai-nilai tersebut telah dilupakan dan tidak dilestarikan sehingga ramai orang Singapura dewasa ini merupakan orang-orang yang tidak berbudi pekerti.

Fasiliti umum seperti kereta gerak cepat banyak digunakan warga Singapura. Namun, di sinilah kebanyakan kelakuan buruk tersebut dilakukan. Contohnya, orang-orang yang akan masuk menutupi pintu kereta api sehingga orang-orang yang akan keluar tidak boleh berjalan keluar dengan leluasa. Hal ini menunjukkan orang-orang Singapura yang tidak sabar, dibandingakan dengan orang-orang Singapura zaman dahulu yang sabar menunggu. Selain itu, ramai pengguna kereta gerak cepat yang tidak mahu memberikan tempat duduknya kepada orang-orang yang lebih memerlukan, seperti warga tua atau wanita hamil padahal mereka sebenarnya mereka mengetahui ada orang-orang yang yang memerlukan tempat duduk. Supaya tidak diketahui, mereka berpura-pura tidur atau membaca buku sehingga mereka seolah-olah tidak melihat orang-orang tersebut. Ini menunjukkan bahawa ramai warga Singapura yang sudah kehilangan budi pekertinya kerana mereka tidak mempedulikan orang lain yang lebih memerlukan, hanya mempedulikan diri sendiri.

Hilangnya budi pekerti warga Singapura pun boleh dilihat di masyarakat tempat kita tinggal, terutama mereka yang tinggal di apartemen. Tatkala mereka hendak memasuki lif, mereka berlaku sama seperti contoh orang yang hendak memasuki kereta gerak cepat, iaitu menutupi pintu lif sehingga orang yang hendak keluar tidak boleh keluar dengan leluasa. Selain itu, tidak sedikit orang yang memaksakan dirinya untuk masuk ke dalam lif walaupun dia mengerti bahawa lif tersebut sudah sangat sempit. Mereka hanya berfikir bahawa mereka harus masuk tanpa mempedulikan orang lain yang berada di dalam lif yang berasa sangat sempit.

Di sekolah pun, kita boleh melihat pelajar-pelajar yang tidak berbudi pekerti. Kebanyakan pelajar terlupa, atau sengaja tidak, mengucapkan salam kepada guru-guru mereka sewaktu masuk kelas atau bertemu dengan guru-guru mereka sewaktu berjalan. Ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar zaman sekarang tidak mempedulikan orang-orang di sekitarnya walalupun orang tersebut merupaka orang yang terhormat. Di samping itu, mereka juga sering terlupa mengucapkan terima kasih setelah diberi sesuatu yang penting oleh guru-guru mereka. Ini semua membuktikan bahawa para pelajar zaman sekarang sudah kehilangan budi pekertinya.

Namun, ini semua boleh diperbaiki sekiranya ibu bapa mengajari anak-anaknya tentang budi pekerti sejak anak-anak mereka masih kecil. Masa kecil merupakan masa di mana anak-anak belajar. Jadi, semua hal yang diajarkan kepada mereka akan tertanam di minda mereka sepanjang hidup mereka. Hal-hal kecil seperti mengucapkan terima kasih dan mengucapkan salam jika bertemu seseorang yang dikenali merupakan aspek yang sangat penting dalam hidup mereka kelak. Ibu bapa sebaiknya digalakkan untuk mengajari anak-anaknya semua ini agar anak-anak mereka kelak boleh menjadi orang-orang yang berbudi pekerti.

Selain ibu bapa, sekolah pun juga bertanggung jawab untuk membentuk akhlak para pelajarnya. Sebaiknya, sekolah memberikan pengajaran khusus kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut tentang budi pekerti dan kebiasaan-kebiasaan yang baik. Ini bertujuan supaya para pelajarnya boleh menjadi anak-anak yang berbudi pekerti di rumah mereka maupun di sekolah mereka. Mereka pun juga akan menjadi lebih terbiasa melakukan kelakuan-kelakuan yang terpuji.

Natijahnya, budi pekerti di Singapura jelas sudah terhakis jika dibandingkan dengan masa lalu. Nilai-nilai yang baik yang dipegang teguh di masa lalu telah dilupakan dan tidak dilestarikan. Namun, nilai-nilai tersebut boleh dimunculkan lagi jika ibu bapa dan sekolah bekerja sama untuk membangun akhlak anak-anak mereka sejak anak-anak mereka masih kecil.

2 comments:

Anonymous said...

Perenggan permulaan:
Pelajar memberikan gambaran yang tidak mencukupi dan terlalu umum. Tiada pepatah atau kata mutiara yang digunakan membuatkannya bpsan untuk mebaca. Tiada persoalan yang digunakan dan hanya memberi kaitan yang tidak teguh kepada soalan.

Perenggan isi:
Gambaran masalah yang diberikan agak terperinci namun tidak begitu sesuai dan kukuh. Contoh yang digunakan seperti menyelit masuk di dalam lif dan juga kereta api gerak cepat yang sempit tidak begitu dipandang sebagai satu masalah budi pekerti namun meungkin lebih kepada masalah logistik seperti terlalu banyak orang. Namun, pelbagai situasi yang diberikan seperti di sekolah dan di tempat awam agak baik. Perspektif berbeza tidak diberikan oleh pelajar hanya perspektif melalui kaca matanya sendiri. Tambahan itu, penenda wancana tidak digunakan langsung. Beberapa masalah pengunaan bahasa juga dapat dikesan seperti "fasiliti umum seperti kereta gerak cepat" yang sepatutnya difrasakan sebagai "pengangkutan awam seperti kereta pai gerak cepat". Yang lain seperti "padahal mereka sebenarnya mereka", "keluar dengan leluasa" dan banyak lagi pengunaan bahasa kurang sesuai.

Perengaan Penutup:
Terlalu ringkas dan tidak merangkumi kesemua bukti yang telah dikemeukakan dan hanya mengulangkan apa yang telah ditetrterakan pada perenggan permulaan.

Syahid

Anonymous said...

Perenggan permulaan:
Pelajar memberikan gambaran yang tidak mencukupi dan terlalu umum. Tiada pepatah atau kata mutiara yang digunakan membuatkannya bpsan untuk mebaca. Tiada persoalan yang digunakan dan hanya memberi kaitan yang tidak teguh kepada soalan.

Perenggan isi:
Gambaran masalah yang diberikan agak terperinci namun tidak begitu sesuai dan kukuh. Contoh yang digunakan seperti menyelit masuk di dalam lif dan juga kereta api gerak cepat yang sempit tidak begitu dipandang sebagai satu masalah budi pekerti namun meungkin lebih kepada masalah logistik seperti terlalu banyak orang. Namun, pelbagai situasi yang diberikan seperti di sekolah dan di tempat awam agak baik. Perspektif berbeza tidak diberikan oleh pelajar hanya perspektif melalui kaca matanya sendiri. Tambahan itu, penenda wancana tidak digunakan langsung. Beberapa masalah pengunaan bahasa juga dapat dikesan seperti "fasiliti umum seperti kereta gerak cepat" yang sepatutnya difrasakan sebagai "pengangkutan awam seperti kereta api gerak cepat". Yang lain seperti "padahal mereka sebenarnya mereka", "keluar dengan leluasa" (keluar dengan selesa) dan banyak lagi pengunaan bahasa kurang sesuai.

Perengaan Penutup:
Terlalu ringkas dan tidak merangkumi kesemua bukti yang telah dikemukakan dan hanya mengulangkan apa yang telah ditetrterakan pada perenggan permulaan.

Syahid