Monday, September 24, 2012

Sikap Boros Berbelanja

12 comments:

Anonymous said...

Rafi

Sifat boros ialah membelanjakan wang dengan keterlaluan, berlagak mewah dan gemar membazir.

Biasanya, sifat boros disebabkan oleh keinginan untuk terus mengikuti trend

contohnya, ramai orang yang sudi menghabiskan waktu dan wang mereka untuk membeli iphone. Bahkan seorang pelajar wanita di china sudi menjual organ tubuhnya demi sebuah iphone.

Ahmad Musthofa said...

Sikap boros berbelanja boleh ditakrifkan sebagai sikap membazir wang dan harta benda tanpa berjimat cermat.

Sikap boros dimanifestasikan di dalam khalayak ramai melalui pelbagai tingkah laku yang memaparkan sikap boros. Ramai orang kini semakin mementingkan wang dan harta benda, atau menjadi lebih materialistik. Ini merangsang mereka membeli benda-benda seperti gajet canggih yang hangat di pasaran. Demi mengikut fesyen terkini, mereka membazir wang mereka. Contoh yang terkini merupakan trend iPhone 5. Telefon bimbit canggih ini tidak begitu berbeza berbanding dengan telefon bimbit biasa. Namun, terdapat ramai orang yang sanggup beratur untuk mendapat gajet ini, kadang-kadang tanpa apa-apa sebab langsung, lantas membazir wang mereka.

Ada yang tidak berjimat cermat dan senang dipengaruhi oleh faktor-faktor di luar kawalan. Mereka terjebak di dalam industri-industri yang tidak bermanfaat dan sebaik sahaja mempunyai wang atau harta di dalam kawalan mereka, mereka akan serta merta membazirkannya. Bak kata pepatah, baru hendak bertunas sudah dipetik, lama-lama matilah pokoknya.

Sikap ini membawa banyak kesan negatif kepada semua orang tidak kira lapisan masyarakat. Mereka tidak mempunyai aset atau simpanan bagi masa tua, kecemasan atau untuk acara-acara penting di dalam kehidupan mereka. Mereka akan menjadi lebih mudah terdedah kepada risiko adanya kemelesetan ekonomi dan dilanda kesukaran.

Orang ramai harus mengasingkan sikap ini daripada kehidupan harian mereka. Dengan berbelajar untuk berjimat cermat, mereka akan menabung untuk keperluan masa hadapan mereka, jikalau ada kecemasan atau sekadar simpanan pada hari tua. Orang ramai juga harus ada kawalan diri yang ketat dan menjadi bertanggungjawab supaya tidak mudah terpengaruh oleh iklan-iklan dan membazir wang begitu sahaja.

Anonymous said...

Γ‰RΕΈ
Definisi:
- tidak dapat membatasi nafsu dan mendisiplinkan diri - memborong dan membeli barangan-barangan tanpa batas akibat sikap mereka yang rambang mata
Contoh:
- memborong fesyen baju yang sama tetapi dalam pelbagai warna
- gemar menukar jenama jam setiap bulan
- mengumpul pelbagai jenis telefon bimbit kerana jemu dengan jenama yang sama
Kesan:
- hidup dalam keadaan yang merempat
- menjerumuskan diri lebih jauh lagi ke dalam dunia berhutang
Punca:
- Orang-orang yang bersikap materialisme
- Pengaruh teknologi terhadap perbelanjaan para belia
Saranan:
- Menabung supaya dapat bersiap untuk masa depan
- membuat batasan terhadap diri sendiri ketika berbelanja dan membeli hanya untuk keperluan sahaja

Anonymous said...

James

Contoh keborosan remaja:
- mengganti jenama berkali-kali dalam masa yang sedikit
- memborong baju yang memiliki corak yang sama namun berbeza warna hanya untuk mengikuti fesyen semasa
- mengganti jenama telefon bimbit hanya kerana sudah bosan dengan jenama yang sedang dipakai
- merengek kepada orang tua supaya mendapatkan kad kredit untuk memenuhi tabiat berbelanja
- membiarkan alat-alat elektronik di rumah, seperti lampu, hawa dingin, atau televisyen, menyala namun tidak digunakan

Ini menyebabkan ibu bapa mengeluarkan wang yang banyak untuk membayar biaya setiap bulan

Akibat keborosan:
- terjerat dalam hutang dan hutang yang tidak boleh dibayar akhirnya semakin menumpuk
- tidak boleh membeli barang-barang yang penting untuk kehidupan sehari-hari kerana wang habis untuk membeli barang-barang yang tidak terlalu berguna

Cara mengatasi sifat boros:
- mengajarkan anak-anak manfaat menabung sejak kecil lagi supaya mereka terbiasa menabung sehingga dewasa
- memberi tahu apa sahaja kerugian menjadi orang yang boros sehingga anak-anak tidak menjadi anak yang boros

Ritchie said...

dengan kehidupan mereka.

Sikap Boros
• merupakan sikap yang membeli barangan hanya kerana keinginan, bukan kerana betul –betul memerlukannya
• contohnya ialah remaja yang berganti-ganti model rambut dan gemar membeli baju atau barangan lain hanya kerana trend semasa.
• Hal ini disebabkan oleh pengaruh media massa yang mempengaruhi cara berfikir para remaja. Kerana pengaruh psikologisi yang ditimbulkan, mereka berfikir bahawa mereka harus memiliki barangan yang diiklankan agar mereka tidak ketinggalan dibandingkan dengan rakan-rakan mereka
• Punca lain ialah tekanan rakan sebaya. Walaupun seseorang tidak terpengaruh oleh maraknya iklan-iklan di media massa, namun ia boleh terdorong untuk membeli sesuatu barangan kerana dorongan rakan-rakannya yang juga membelinya. Ia ingin menjadi sama dengan mereka dan oleh itu akhirnya ia mendesak ibu bapa untuk membelikannya ataupun menggunakan uang tabungannya untuk membeli barangan tersebut
• Kesan yang ditimbulkan ialah tidak mampu menabung untuk segala dugaan yang mungkin akan dihadapi pada masa hadapan, seperti sakit ataupun keperluan studi.
• Saranan: Pihak sekolah memberikan banyak aktiviti sehingga para pelajar lbih terfokus kepada kegaiatan sekolah, bukanlah pada hal-hal lain seperti mengikuti trend semasa.

Danial Matin B ZAINI said...

Sikap Boros
• Para remaja berbelanja tanpa batasan, lebih daripada jumlah duit yang diberikan
• Juga asyik membazir, membeli barang yang tidak diperlukan malah hanya sebab dimahukan
• Tidak dapat mengawal nafsu
• Sebabnya adalah berkiblatkan barang-barang yang berjenama, alat teknologi yang tercanggih dan terbaharu, makan di restoran yang mahal (seperti Starbucks)
• Akibatnya, menghabiskan duit dengan cepat
• Asyik minta lebih duit daripada ibu bapa, tidak menghargai pengorbanan dan usaha mereka bekerja untuk mendapatkan duit
• Tidak menghargai duit yang ada betapa sedikitnya
• Bergantung pada kad kredit, sentiasa berhutang
• Tidak berjimat cermat → Menjejas masa hadapan
• Sewaktu bekerja, tidak pandai jimat untuk kecemasan
• Haruslah jimat untuk pendidikan di peringkat menara gading
• Haruslah bersikap cermat, bak kata pepatah ‘ingat sebelum kena, jimat sebelum habis’

Anonymous said...

Sifat Boros oleh Zaky Askari

Definisi Sikap Boros : Orang yang boros merupakan orang yang suka berbelanjakan wang untuk sesuatu yang tidak diperlukan

Contoh : Seseorang yang boros akan sering membeli baju baharu untuk mengikut tren-tren tertentu, dan akan membelinya dalam pelbagai warna walaupun rekanya sama

Kesan : Mereka yang bersifat boros akan menjejas kewangan diri sendiri dan juga kewangan keluarga mereka, dan dapat menyebabkan mereka muflis atau terpaksa menanggung hutang yang banyak.

Punca : Orang yang bersikap materialisme di bawah godaan iklan-iklan yang menarik akan menyebabkan mereka berbelanja dengan lebih. Juga, dengan sikap materialisme dan kepentingan wang dalam dunia ini, kami lebih terjejas dan dijangka untuk membeli dengan lebih. Juga dengan wang senang seperti kredit kad, mereka tidak melihat wang mereka hilang hingga akhir-akhir saat.

Saranan : Ibu bapa harus memupuk sikap berjimat cermat apabila anak mereka kecil lagi. Mereka juga harus diajar untuk mengahargai apa yang mereka ada.

Anonymous said...

Shawn

Definisi: Berbelanja terlalu banyak daripada apa yang diberikan untuk membeli barang-barang yang tidak mendatangkan faedah dan tidak diperlukan.

Contoh: Seorang yang gemar menukar jenama barang-barang mereka setiap bulan dan selalu mengikut trend hingga mahu membeli semua barang-barang yang baru keluar.

Kesan: Mereka yang bersifat boros boleh mula berhutang dengan kawan-kawan mereka kerana membelanjakan wang yang belum ada. Mereka juga banyak membazirkan wang ibu bapa mereka.

Punca: Masyarakat kini yang telah bersikap materialisme dan hanya mementingkan barang-barang berjenama dan baru seperti pakaian dan kasut berjenama di atas aspek-aspek lain dalam kehidupan mereka seperti kawan-kawan dan keluarga.

Saranan:Remaja perlu berlatih untuk menabung apabila mereka masih kecil supaya ada wang jika berlakunya kecemasan. Ibu bapa juga bertanggungjawab dalam ini kerana mereka perlu memastikan anak-anak mereka tidak berbelanja terlalu banyak untuk barang-barang yang tidak penting.

Anonymous said...

wow hebat

Unknown said...

🐸🐸🐰🦁🐰🐯🐸🐈🐯πŸ₯πŸ€’πŸΈπŸΈπŸ¦πŸ†—️🐩

Anonymous said...

Terima kasih untuk semua maklumatπŸ˜˜πŸ‘

Anonymous said...

luv semua maklumat thank youπŸ’—