Shawn Roshan Pillay (20) 4I
“Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.”
Seseorang yang mempunyai budi pekerti adalah seseorang yang mempunyai
tutur kata dan tingkah laku yang baik. Sifat seperti sifat keikhlasan,
kejujuran dan bertimbang rasa juga termasuk. Walau secantik mana seorang wanita
atau segagah mana seorang lelaki, mereka tetap tidak dipandang tinggi jika
tidak berbudi. Budi pekerti yang and
menjejaskan imej seseorang, bangsanya dan negaranya. Negara yang mempunyai
kebanyakan penduduk yang berbudi bahasa menunjukkan bahawa negara itu lebih
bermaju. Persoanalannya, adakah negara kita, Singapura mempunyai rakyat yang
memang tidak berbudi pekerti? ‘
Rakyat Singapura boleh dianggap tidak berbudi pekerti kerana mungkin ibu
bapa anak-anak dan generasi moden kini tidak dapat menanami sikap berbudi
pekerti yang baik dalam anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja
mereka. Dalam zaman ini, kebanyakan ibu bapa perlu bekerja untuk masa yang lama
setiap hari. Oleh itu, masa yang digunakan bersama anak-anak mereka akan
dikurangkan. Dengan sedikit masa yang mereka ada dengan anak-anak mereka, ia
mungkin tidak cukup untuk mengajar mereka tentang kepentingan menjadi seorang
yang sopan atau tidak menggunakan bahasa kasar. Juga, oleh kerana ibu bapa
mereka bekerja untuk masa yang lama, mereka mungkin tertekan oleh jumlah
tugasan yang perlu dihabiskan atau perkara-perkara lain yang berlaku dalam
kerjaya mereka. Oleh itu, mereka terlalu penat atau sibuk di rumah untuk
menegur anak-anak mereka jika mereka bersikap kasar atau kurang sopan. Ini
hanya membiarkan kanak-kanak kepada pengaruh kawan-kawan mereka yang termasuk
orang lain yang juga mempunyai sikap-sikap yang buruk. Sikap buruk yang
dipelajari ini akhirnya masih berada dalam diri mereka sehingga mereka dewasa
dan orang seperti ini yang merupakan golongan orang yang tidak berbudi pekerti.
Selain daripada itu, ibu bapa atau pihak lain seperti kawan-kawan tidak
memainkan peranan mereka atau menjadi contoh teladan yang baik kepada generasi
muda. Pertama, ibu bapa yang menjadi model contoh untuk anak-anak ikuti.
Apa-apa yang mereka membuat akan dicontohi anak-anak mereka, tidak kira ia
sikap yang baik atau buruk. Oleh itu, jika ibu bapa berbudi pekerti, anak
mereka juga akan berbudi pekerti. Namun, seperti apa yang disebutkan tadi, ibu
bapa mungkin terlalu terekan dan ini boleh menggalakkan mereka untuk bercakap
dengan menengking atau meninggikan suara mereka dan menggunakan bahasa yang
tidak sopan. Anak mereka pula yang akan menggunakan bahasa yang diggunakan oleh
ibu bapa mereka atau juga meninggikan suara mereka apabila bercakap dengan
guru-guru atau orang lain kerana mereka akan menganggap ia tidak sesuatu
perkara yang buruk, sebab ia digunakan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu,
anak-anak dalam keluarga tersebut tidak akan tahu tentang kepentingan berbudi
pekerti kerana ia tidak ditekankan oleh ibu bapa dengan mewujudkan suasana yang
baik dan membiasakan bahasa yang sopan dalam keluarga.
Namun demikian, juga ada contoh-contoh yang menunjukkan bahawa rakyat
Singapura mempunyai budi pekerti. Tidak semestinya sebahagian kecil daripada
masyarakat kita yang tiada budi pekerti menunjukkan bahawa keseluruhan rakyat
Singapura juga tidak mempunyai budi pekerti. Kita boleh melihat tindakan yang
diambil oleh pemerintah untuk membina rakyat yang berbudi pekerti. Contohnya
ialah Singapura telah memerlukan pelajaran yang diajar melalui mata pelajaran
Sivik dan Pendidikan Moral diteruskan sehingga mereka di peringkat sekolah
menengah. Malahan di peringkat maktab rendah pun, banyak pelajaran seperti ini
masih dilaksanakan. Ini memastikan bahawa murid telah dididik dengan pelajaran
yang menitikberatkan tingkah laku yang mulia dan amalan sopan. Dengan mata
pelajaran ini, kita boleh lihat bahawa semua murid yang pergi ke sekolah akan
belajar tentang kepentingan berbudi pekerti dan bagaimana untuk mempunyai tutur
kata dan tingkah laku yang baik.
Sehubungan dengan itu, kita harus berusaha memastikan bahawa tiada
golongan orang yang tidak berbudi pekerti dalam masyarakat Singapura. Ini boleh
dicapai dengan mengajar orang lain tentaing kepentingannya dan manfaat yang ia
boleh mendatangkan kepada diri mereka. Contohnya, untuk peniaga, berbudi
pekerti akan menambahkan pelanggan kepada perniagaan mereka yang lalu akan
meningkatkan pendapatan mereka. Ia juga akan menaikkan imej bangsa kita untuk
menarik ramai lagi pelanggan. Perkara ini boleh dibuat melalui iklan di surat khabar
atau rancangan di televisyen untuk memberitahu golongan seperti ini bagaimana
mereka boleh berbudi pekerti dan manfaatnya.
Langkah lain yang boleh diambil ialah untuk mengadakan anugerah dalam
“Edusave” untuk menggalakkan murid-murid dalam generasi muda untuk berbudi
pekerti, dan tidak hanya untuk bekerja keras untuk mendapat markah yang
cemerlang untuk anugerah-anugerah lain yang hanya fokus tentaing pencapaian
akademik. Ini mungkin menggalakkan murid-murid untuk memberi lebih perhatian
kepada perkembangan budi mereka atau menggalakkan ibu bapa mereka untuk
mengajar mereka tentang nilai-nilai murni, dan tidak hanya mementingkan
pelajaran. Dengan langkah ini yang lebih menitikberatkan kepentingan budi
pekerti, rakyat singapura yang berbudi bahasa boleh dibina.
Pendek kata, saya setuju bahawa mungkin ada ketandusan budi pekerti
dalam rakyat Singapura, namun ia tidak kentandusan yang tinggi kerena ia hanya
golongan ini yang tidak berbudi merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat
kita. Secara keseluruhan, saya berpendapat bahawa lebih ramai orang boleh
mempunyai budi pekerti dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh
pemerintah dan juga saranan-saranan lain yang disebut tadi. Dengan itu,
pembinaan rakyat yang berbudi pekerti boleh mula daripada usia yang muda supaya
apabila generasi muda menjadi dewasa, jumlah orang yang tidak berbudi sangat
kecil dan tidak ketara. Negara dan bangsa-bangsa lain pun akan dipandang lebih
tinggi dengan kebanyakan penduduk Singapura yang mempulai nilai-nilai murni dan
adab. Jadi, kita harus berusaha memupuk nilai-nilai dan sifat yang baik melalui
pihak-pihak seperti sekolah dan ibu bapa.
5 comments:
Ayat pertama perenggan kedua:
Rakyat Singapura boleh dianggap tidak berbudi pekerti kerana mungkin ibu bapa dan generasi moden kini tidak dapat menanamkan sikap berbudi pekerti yang baik dalam anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan kerja mereka
manfaat yang ia boleh mendatangkan kepada diri mereka --> manfaat yang boleh didatangkan kepada diri mereka
Oleh itu, masa yang digunakan bersama anak-anak mereka akan dikurangkan--> .....akan BERkurang
Ini hanya membiarkan kanak-kanak kepada pengaruh kawan-kawan mereka yang termasuk orang lain yang juga mempunyai sikap-sikap yang buruk. Sikap buruk yang dipelajari ini akhirnya masih berada dalam diri mereka sehingga mereka dewasa dan orang seperti ini yang merupakan golongan orang yang tidak berbudi pekerti.
Ini menyebabkan kanak-kanak mereka terdedah kepada pengaruh sekitaran yang boleh menimbulkan kesan buruk dalam diri kanak-kanak. Sikap buruk ini lama-kelamaan akan meresap dalam diri mereka dan mereka pun akan tumbuh menjadi orang yang tidak berbudi pekerti.
Post a Comment