Karangan
Safafisalam
“Yang kurik itu
kundi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.”
Kata-kata mutiara ini menunjukkan kepentingan budi pekerti dalam masyarakat
kita. Namun, rakyat Singapura tidak bertindak sebegitu. Sebenarnya, perkara
yang sebaliknya pula berlaku di zaman ini. Ramai orang menyatakan bahawa rakyat
Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Persoalannya, adakah kenyataan
ini benar?
Pertama sekali,
saya rasa bahawa sebab yang paling utama atas ketandusan tersebut ialah budaya
Barat yang mula menjejas asas prinsip dan moral kita. Pengaruh ini menceroboh
kehidupan kita melalui berbagai wadah media seperti televisyen, radio dan
internet. Lazimnya, rancangan berita menceritakan tentang pelakon termahsyur
dan penyanyi terkenal dari alam Barat. Kebanyakan saluran-saluran televisyen
juga didapati dari Barat kerana terdapat ramai rakyat di Singapura yang mahu
menonton saluran-saluran tersebut. Justeru, nilai-nilai Barat yang lazimnya
buruk, mempengaruhi cara kita menjalankan hidup kita, sehinggakan budi pekerti
kita merosot. Contohnya, ramai kanak-kanak tidak menghormati ibu bapa mereka,
sehingga menyambuti ibu bapa mereka dengan nama pertama dan bukan lagi ‘ibu’
atau ‘ayah’. Ini adalah salah satu pengaruh budaya barat yang telah meresap ke
dalam masyarakat kita. Mereka tidak sedar pun bahawa kelalukan sebenarnya
biadap dan tidak menunjukkan hormat kepada orang tua kita. Dari itu, memang
tidak boleh dinafikan bahawa budaya Barat telah mengakibatkan kemerosotan budi
pekerti rakyat Singapura.
Sejajar dengan
itu, lagi satu kesukaran yang rakyat Singapura menghadapi ialah ibu bapa yang
tidak memberi bimbingan kepada anak-anak mereka. Ini sangat penting kerana budi
pekerti harus dipupuk sejak kecil lagi supaya sikap pelokek tidak akan
berlarutan dalam masa hadapan. Namun, ramai ibu bapa yang tidak dapat memberi
bimbingan yang baik kerana terlalu sibuk dengan pekerjaaan mereka. Lazimnya,
kedua ibu dan bapa terpaksa berkerja untuk membiayai kos hidup yang semakin
bertambah di era ini dan anak-anak dijaga oleh pembantu rumah. Pembantu rumah
tidak dapat menanam sifat budi pekerti di dalam kanak-kanak ini kerana tidak
mempunyai pengaruh ataupun hubungan yang kuat dengan mereka. Keadaan yang amat
mengecewakan ini dibuktikan oleh peningkatan kes-kes berhubungan remaja yang
kurang mementingkan penumpang lain di dalam gerabak Kereta Api Gerak
Cepat(MRT). Tata-tertib yang kecil juga telah dilupakan, contohnya tidak
berbual apabila memakan dan tidak meninggikan suara bila bertutur dengan orang
tua.
1 comment:
Perenggan pengenalan ditulis dengan sangat baik kerana safafisalam telah memulakan perenggan tersebut menggunakan peribahasa yang boleh menarik perhatian para pembaca. Perenggan ini juga ditulis secara ringkas dan cekap dan diakhiri dengan persoalan yang jelas. Perenggan permulaan ini menarik perhatian pembaca dan menjelaskan apa yang akan ditulis di perenggan-perenggan berikutnya secara efektif.
Perengan-perenggan isi juga telah ditulis dengan baik. Penulis telah menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan mudah dimengerti oleh pembaca. Namun, perenggan isi masih boleh diperbaik. Safafisalam hanya memperhatikan isu dari satu perspektif sahaja. Sebaiknya, Safafisalam perlu menjelaskan masalah dari dua perspektif dan memberikan pendapat yang berbeza. Misalnya, perenggan-perenggan isi hanya menjelaskan tentang pendapat penulis yang menyetujui ketandusan budi pekerti di Singapura, tanpa mencuba memberikan pendapat yang tidak menyetujui hal tersebut.
Perenggan penutup ditulis secara sederhana, di mana penulis menyatakan pendapatnya bahawa masalah yang dibicangkan tidak harus berlanjutan dan harus diatasi dengan segera kerana masalah ini menjejas pembentukkan watan budiman.
-Rafi
Post a Comment