Monday, January 14, 2013

Kesilapan Pelajar

Masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar ketika menulis emel:

1. Tidak membaca soalan dengan teliti sebelum mula menulis lantas banyak isi yang tidak relevan ataupun tidak menjawab soalan.

2. Isi-isi yang diberikan tidak tersusun rapi dan sangat bercelaru. Sepatutnya kamu harus menghuraikan masalah yang diketengahkan terlebih dahulu sebelum memberikan punca ataupun kesan-kesan masalah.

3. Kadangkala pelajar terlalu khusyuk memberikan punca dan kesan tetapi tidak menjelaskan masalah dengan contoh-contoh yang sesuai.

4. Saranan yang diberikan tidak sesuai dengan masalah yang tertera di dalam soalan.

5. Penutup emel haruslah bersesuaian dengan kehendak soalan. Lihat dengan teliti penerima emel dan tujuan/jenis emel itu.

6. Laras bahasa yang digunakan kurang sopan atau kurang tertib.

Emel Rasmi: Alam Siber

Kebelakangan ini, kamu telah terbaca tentang penyebaran bahan-bahan yang kurang sopan di Internet. Bahan-bahan ini menyakiti hati dan perasaan orang lain. Tulis satu emel kepada guru kamu untuk menjelaskan masalah ini dengan lebih lanjut. Sarankan beberapa langkah yang boleh diambil untuk menghentikan penyebaran bahan-bahan ini.

Hantar emel kamu kepada alamat: idamayang@gmail.com

Sila klik lelaman-lelaman pautan berikut sebagai panduan:



Friday, January 11, 2013

Peperangan

1. Dalam masa yang diberikan, kamu dikehendaki bermuhasabah dengan diri sendiri. Kemudian, setelah diarahkan oleh guru, kamu harus menaip komen berkenaan topik yang telah diberikan. Kamu TIDAK diizinkan berbincang dengan rakan-rakan kamu.
 
2. Setelah menaip dan memuatnaikkan komen kamu ke dalam blog ini, barulah kamu diizinkan membaca komen-komen yang diberikan oleh teman-teman. Kamu akan diberikan masa untuk bertukar-tukar pendapat, bertanya dan berbincang dengan lebih lanjut berkenaan topik ini.
 
3. Sesudah berbincang dengan seorang rakan, guru akan memilih seorang pelajar untuk membuat perkongsian di hadapan kelas. Kamu akan hanya diberikan masa beberapa minit untuk berkongsi.
 
4. Bagi langkah seterusnya, kamu dan rakan kamu harus mencari maklumat di Internet untuk menyelesaikan sebuah karangan perbincangan.
 
5. Karangan perbincangan tersebut haruslah ditaip dan dihantar ke alamat emel guru (idamayang@gmail.com) pada 20 Januari 2013 (Ahad).