Monday, September 24, 2012
Penulisan Karangan Ekspositori
Perenggan pengenalan:
*Perenggan awal sangat penting dan harus memukau atau
menarik perhatian pembaca
Adakah pelajar
memberikan gambaran umum?
Adakah pelajar
memberikan kata-kata mutiara / pepatah atau tukilan?
Adakah pelajar
memberikan persoalan dengan tepat?
Perenggan isi:
*Perenggan haruslah sederhana panjang dan setiap isi
baharu harus dihuraikan dalam perenggan baharu
Adakah pelajar
memberikan gambaran masalah dengan terperinci?
Adakah pelajar bersetuju
dengan kenyataan yang diberikan?
Adakah pelajar
memaparkan bukti-bukti berserta contoh-contoh relevan untuk menyokong
kenyataan?
Adakah pendapat berbeza
disokong dengan bukti yang kukuh?
Adakah pelajar melihat
isu dari pelbagai perspektif menerusi kaca mata pelbagai pihak? (pemerintah,
masyarakat, sekolah, keluarga dan individu)
Adakah penanda wacana
yang baik digunakan dengan tepat bagi mengaitkan setiap perenggan?
Perenggan penutup:
*Jangan berikan isi baharu dalam penutup
Adakah pelajar memberi
kesimpulan yang jelas berdasarkan semua bukti yang telah dikemukakan?
Adakah pelajar berusaha
memberikan penekanan terhadap pentingnya isu yang diberikan?
Adakah pelajar menyebut
atau menyelitkan akibat (secara umum) seandainya isu tersebut tidak diberikan
perhatian sewajarnya?
Sunday, September 23, 2012
Komen Guru
Maklum Balas Untuk Karangan
Ekspositori:
Tajuk Karangan: Rakyat Singapura Ketandusan Budi Pekerti.
Bincangkan.
- Kalau mahu mulakan dengan
kata tukilan atau kata mutiara, tolong pastikan bahawa kata-kata tersebut
gramatis dan sesuai mengikut konteks soalan. Ada segelintir pelajar yang
memulakan karangan dengan kekata yang salah. Ini akan menimbulkan tanggapan
negatif yang boleh menjejas markah. Contoh kata-kata mutiara yang sesuai
dan molek digunakan ialah, “Yang kurik ini kundi, yang merah itu saga.
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa”. Penting: Kalau mahu mulakan dengan peribahasa, selitkan maksud
peribahasa itu sekali.
- Persoalan harus dinyatakan
dengan jelas. Kalau karangan berbentuk perbincangan, ajukan satu persoalan
di ayat terakhir perenggan pertama. Masih ada beberapa pelajar yang tidak
lakukan perkara yang sangat penting ini. Kamu boleh tulis begini:
Persoalannya, adakah rakyat Singapura benar-benar kehilangan budi pekerti
dek dihanyutkan arus kemodenan zaman yang penuh pancaroba ini?
- Sangat menggembirakan
membaca sesetengah karangan pelajar yang mampu membuat kaitan antara topik
karangan budi perkerti ini dengan karangan tuntutan kebendaan yang pernah
kita buat di awal tahun. Memang ada kaitan rapat antara ketandusan budi
bahasa dan tuntutan kebendaan yang semakin menggila dalam kalangan rakyat
Singapura.
- Ada usaha yang baik untuk
memberikan contoh-contoh yang menunjukkan bahawa sesetengah golongan
rakyat Singapura berbudi bahasa. Ini ditampilkan melalui rancangan seperti
“Catch of the Day” yang ditayangkan di ‘Channel 5’ atau saluran lima.
Berikan contoh-contoh kelakuan yang mencerminkan budi pekerti yang mulia.
Tamsilnya, seseorang yang berbudi pekerti akan menghulurkan bantuan dengan
ikhlas kepada seseorang yang dalam kesusahan, prihatin terhadap perasaan
orang lain, bersikap jujur dan amanah serta bertutur dan berkelakuan
sopan.
- Cuma beberapa orang yang
mendengar arahan cikgu dan telah memberikan beberapa saranan untuk memupuk
kesantusan dalam diri setiap remaja atau pelajar di Singapura. Walaupun
saranan tidak diminta, namun demikian, ada kalanya kebolehan untuk menyelitkan saranan tanpa
menyeleweng boleh membantu pelajar meraih markah yang lebih cemerlang.
- Penutup tidak jelas dan
ada kalanya tiada penutup langsung. Berikan kesimpulan dengan berbalik
kepada soalan. Soalan tentang budi pekerti jadi kamu boleh nyatakan bahawa
benar rakyat Singapura semakin ketandusan budi bahasa. Namun demikian, ada
segelintir yang memantulkan sikap yang murni dan patut diteladani. Usaha
untuk menanam benih akhlak yang mulia merupakan usaha bersama. Setiap
pihak yang bertanggungjawab termasuk pemerintah, ibu bapa dan sekolah
harus menggembleng tenaga untuk memastikan generasi muda mempunyai
tatasusila dan adab yang sopan.
Karangan Budi (19)
Karangan Ritchie
Pada
era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi ini, Singapura telah berjaya untuk
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di seantero
dunia. Kemajuan yang paling ketara ialah dalam bidang ekonomi. Di segenap empat
penjuru Singapura ini, terdapat bangunan-bangunan gah yang menjadi ikon kota
Singa ini. Namun di sebalik itu, ramai pihak mengeluh mengenai merosotnya budi
pekerti masyarakat yang dirasa semakin ketandusan budi pekerti. Persoalannya,
adakah rakyat Singapura memang tidak berbudi pekerti?
Pada
hemat saya, sebetulnya masih banyak rakyat Singapura yang memiliki budi pekerti
yang tinggi. Ketika kita pergi mengunjungi Universal Studio dan tempat-tempat
perbelanjaan, para pekerja di sana selalu menyambut kita dengan senyuman sejak
minit pertama kita menapakkan kaki di tempat tersebut. Kemudian, mereka akan
menjawab segala pertanyaan pengunjung dengan sopan dan mereka pun menunjukkan
tingkah laku yang sangat layak mendapat pujian. Seluruh tindakan ini menunjukkan
bahawa mereka masih berbudi pekerti luhur sesuai dengan identiti bangsa kita.
Selain
diertikan sebagai tutur kata dan tingkah laku yang baik, berbudi pekerti juga
bererti saling menghormati dan menghargai sesiapa pun tanpa memandang kaum. Singapura
merupakan negara yang memiliki penduduk yang beragam dari segi latar belakang,
suku serta agama. Mereka semua hidup berdampingan dan saling bahu-membahu dalam
menghadapi permasalahan masyarakat dalam dalam mempertahankan negara ini. Contoh
yang paling ketara dekat dengan kita ialah kerelaan peria untuk mengambil
bahagian dalam National Service demi menjaga negara. Bersama dengan rakan-rakan
sebaya yang tentunya memiliki beragam latar belakang, mereka melalui segala
pahit manis bersama-sama bak peribahasa berat sama dipikul ringan sama
dijinjing. Hal ini menunjukkan bahawa masing-masing individu berbeza satu sama
lain atau unik, mereka masih tetap hidup berdampingan saling berganding tangan.
Semua ini tentunya mustahil jika mereka tidak berbudi pekerti luhur.
Kerelaan
para penduduk untuk menjaga warga tua dengan sepenuh hati juga menjadi contoh
lain yang menunjukkan bahawa rakyat Singapura berbudi pekerti. Mereka sedar
bahawa ibu bapa telah banyak berkorban sejak mereka masih setahun jagung. Ibu bapa
memerah keringat, membanting tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat
mereka agar memperoleh pendapatan yang lumayan. Hal ini kerana ibu bapa mahu
memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai
menatang minyak yang penuh. Seluruh pengorbanan ini telah mendorong anak-anak
mereka untuk berbakti kepada ibu bapanya. Pada saat ibu bapa mereka telah
menginjak masa-masa emas dalam kehidupan mereka, kemampuan untuk melakukan
pelbagai aktiviti telah menurun dan anak-anak pun menjaga mereka sama seperti
cara mereka membesarkan anak-anaknya. Bahkan ketika sang anak sibuk bekerja, ia
rela mengeluarkan bakti tambahan untuk menyewa jasa pembantu yang boleh
memberikan sepenuh perhatian kepada orang tua mereka. Semua ini menunjukkan
bahawa rakyat Singapura saat ini masih tahu membalas budi dan juga mempunyai
budi pekerti yang tinggi.
Memandang
sisi sebaliknya, sebahagian rakyat Singapura nampaknya menunjukkan perilaku
yang patut dikategorikan sebagai perilaku seseorang yang kurang berbudi pekerti.
Kehidupan yang serba cepat telah menyebabkan banyak orang memegang prinsip
bahawa waktu adalah wang. Di satu sisi, prinsip itu tentunya membawa implikasi
positif secara psikologi kerana mendorong kita untuk menjadi efisien dalam
melakukan segala kegiatan. Walau demikian, prinsip itu juga secara perlahan
memerosotkan budi pekerti kita kerana menyebabkan kita kurang ramah kepada
orang lain akibat ingin kembali melanjutkan aktiviti peribadi kita. Terlebih terkadang
kita cenderung untuk menjadi lebih emosional ketika merasa bahawa orang lain
menyia-nyiakan waktu kita. Sebagai contoh, banyak peniaga yang berasa kurang
senang dengan calon pembeli yang terlalu banyak bertanya. Akibatnya peniaga
menjadi kurang ramah dan kurang sopan dan calon pembeli pun berasa tidak
dihargai.peristiwa seperti inilah yang menyebabkan banyak rakyat Singapura
menyuarakan keprihatinan mengenai budi pekerti dan adab yang kian merosot.
Kemerosotan
akhlak juga sangat ketara dengan meningkatnya jumlah perokok remaja dan budi
bahasa remaja yang kian sangat meresahkan. Remaja sering menggunakan bahasa
yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampuran dengan
kata-kata lucah. Mereka tidak segan silu untuk mengucapkan perkataan lucah di
depan ramai orang; sama halnya dengan merokok yang dilakukan tanpa memandang tempat.
Kadar perokok remaja terus melonjak dari tahun ke tahun dan hal ini menunjukkan
betapa tandusnya negeri ini akan insan-insan yang berbudi pekerti luhur.
Pada
pendapat saya, ada tiga pihak yang boleh mengambil langkah-langkah proaktif
demi menjaga ataupun meningkatkan budi pekerti bangsa kita. Pihak pertama ialah
pemerintah yang peranannya sangat penting dalam usaha ini. Pemerintah harus
lebih menekankan pelajaran sivik dan pendidikan moral dalam kurikulum
pendidikan sehingga anak-anak boleh lebih memahami tindakan-tindakan yang boleh
dan tidak boleh dilakukan. Dalam melakukan usaha ini, pemerintah harus
berganding tangan dengan pihak kedua, iaitu sekolah untuk memberikan penekanan
pada mata pelajaran tersebut. Kerjasama ini penting memandangkan banyaknya
sekolah yang keras kepala dan tetap kurang memberi tumpuan pada subjek tersebut
kerana bersifat kuantitatif.
Pihak
lain yang berperanan penting ialah keluarga terutama ibu bapa kerana merekalah
yang menjadi model contoh serta pengawal perkembangan anak-anak. Ibu bapa harus
mengajarkan kelakonan bersopan santun yang baik sehingga anak-anak mereka akan
mencontohinya seperti peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Sebagai
intiha, ada segelintir masyarakat Singapura yang kurang mengamalkan sikap-sikap
yang mencerminkan budi pekerti yang tinggi. Orang-orang ini tentu telah
mencemar imej negara kita, seperti peribahasa kerana nila setitik rosak susu
sebelanga.
Karangan Budi (18)
Karangan Samuel Wittberger
Yang
kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu
bahasa. Isu budi pekerti merupakan isu hangat di Singapura. Sejak kebelakangan
ini, terdapat banyak laporan di media massa tentang kes-kes warga negara yang
ketandusan budi pekerti. Namun, persoalan yang kini mesti dijawab ialah; adakah
rakyat Singapura benar-benar kehilangan budi pekerti dek dihanyutkan arus
kemodenan zaman yang penuh pancaroba ini?
Tuntutan kebendaan merupakan
sesuatu manifestasi sikap rakyat Singapura yang semakin ketandusan budi
pekerti. Memang ada kaitan rapat antara ketandusan budi bahasa dan tuntutan
kebendaan yang semakin menggila dalam kalangan rakyat Singapura. Rakyat Singapura
menjadi terlalu materialistic dan tidak menghiraukan perkara-perkara lain di
dalam hidupnya. Ini bermakna mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat
kebendaan. Dalam perkataan lain, mereka tidak hiraukan perasaan orang lain
kerana mereka sedia buat apa yang diperlukan untuk memastikan mereka dapatkan
apa yang mereka ingini. Jika produk baru syarikat Apple dilancarkan di
Singapura kamu boleh lihat terlalu ramai orang beratur di luar kedai Apple itu
bermula pada pukul 12 malam hari sebelumnya atau lebih awal pun. Dalam peraturan
itu juga terdapat mereka yang akan bertelingkah dengan orang lain dalam
peraturan itu. Tentunya ini menunjukkan sikap kurang bertimbang rasa dan
ketandusan budi pekerti di kalangan masyarakat am Singapura.
Namun terdapat banyak juga
kes-kes warga Singapura yang menonjolkan budi pekerti. Mereka merupakan orang
yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar merupakan orang yang berbudi pekerti
seperti peribahasa hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa. Orang Singapura
terkenal kerana mereka melayani orang dengan begitu baik dalm industry servis. Di
samping itu, mereka juga menghulurkan bantuan kepada orang lain. Ini ditampilkan
melalui rancangan seperti “Catch of the day” yang ditayangkan di Channel 5 atau
saluran lima. Terdapat banyak kelakuan baik yang mencerminkan budi pekerti yang
mulia. Tamsilnya, seseorang yang berbudi pekerti akan menghulurkan bantuan
kepada sesiapa sahaja dengan ikhlas, prihatin terhadap perasaan orang lain,
bersikap jujur dan amanah serta bertutur dan berkelakuan sopan. Ini tentunya
menunjukkan bahawa tiada ketandusan budi pekerti yang begitu teruk.
Namun demikian, malangnya
terdapat banyak isu-isu yang menunjukkan lagi bahawa warga negara Singapura
ketandusan budi pekerti yang teruk dari segi bagaimana mereka berinteraksi
dengan orang lain. Pertamanya, mereka kurang memberi hormat kepada orang tua
termasuk ibu bapa mereka sendiri. Singapura mempunyai penduduk yang menua. Oleh
itu, penduduk yang muda sekarang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka
selalunya meletakkan ibu bapa mereka di rumah tumpangan orang tua. Ini menunjukkan
bahawa mereka kurang menghormati ibu bapa mereka.
Jelasnya bahawa terdapat
banyak isu yang menjejaskan budi bahasa negara kita. Walaupun banyak contoh
yang menunjukkan bahawa Singapura ketandusan budi bahasa, terdapat
contoh-contoh lain yang menunjukkan bahawa jika kita berusaha, kita boleh
menjadikan negara ini watan budiman. Kitalah harapan zaman depan, Auspicium
Meleoris Aevi.
Karangan Budi (17)
Alexander Philip
Pada era globalisasi ini,
ramai rakyat Singapura yang kurang berbudi pekerti tinggi. Budi pekerti tidak
dipentingkan dan keadaan semakin teruk dengan kecanggihan teknologi. Mereka sering
dipengaruhi media massa dan sering melakukan perkara yang kurang beradap dan
tidak sopan. Masalah ini juga wujud dalam kalangan remaja. Ketandusan budi
pekerti yang tinggi semakin merosakkan imej Singapura. Persoalannya, adakah
rakyat Singapura benar-benar kehilangan budi pekerti dek dihanyutkan oleh
kemodenan zaman yang penuh pancaroba ini?
Masalah tuntutan kebendaan
dalam kalangan remaja mempunyaikaitan rapat dengan ketandusan budi pekerti. Ramai
remaja mementingkan meraih materialisme dalam hidup atas kepentingan menjamin
budi pekerti yang mulia. Mereka sering bergaduh dan bertelingkah dengan ibu
bapa mereka dengan menggunakan bahasa yang kasar agar mereka boleh mendapat
barangan yang berjenama dan sebagainya. Kadangkala, kumpulan-kumpulan samseng
melibatkan diri dalam kegiatan gangsterisme seperti mencuri dan membuli mangsa
yang lemah. Remaja inginkan barangan berjenama walaupun mereka miskin dan tidak
mampu. Masalah ini semakin berleluasa. Ibu bapa juga memanjakan anak-anak
mereka dan akan membelikan apa sahaja yang diminta tanpa memikirkan kesan-kesan
negatif yang bakal timbul.
Ramai rakyat Singapura juga
menunjukkan kelakuan kurang beradab dan kurang sopan kepada orang tua mereka
khususnya kepada datuk dan nenek mereka. Liberalisme atau kebebasan yang
diberikan kepada remaja membawa pelbagai kesan buruk kerana mereka telah
melupakan adab dan sopan santun dan tidak mengamalkan ciri-ciri yang baik. Ramai
yang kurang menghormati orang tua dan sering menggunakan bahasa yang kasar dan
memarahi orang tua mereka tanpa mempedulikan bahasa yang digunakan. Budaya Asia
menitikberatkan nilai-nilai murni apabila bertutur dengan orang tua kerana
mereka ibarat Quran Buruk. Malangnya ramai yang tidak mengambil usaha untuk
berbual dengan hormat. Hal ini amat merunsingkan kerana kelakuan tersebut tidak
boleh diterima.
Walau bagaimanapun, hidup
kayu berbuah, hidup manusia berjasa. Masih terdapat segolongan rakyat Singapura
yang masih berbudi bahasa terhadap orang lain. Singapura sebuah kota yang
terkenal dari segi perkhidmatan yang bermutu tinggi. Dari pelbagai bidang dalam
masyarakat, perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja-pekerja memang baik. Mereka
sering melayan pelanggan dengan sopan dan cuba menemui keperluan dan permintaan
mereka. Syarikat-syarikat seperti Robinsons dan Tangs merupakan contoh
pusat-pusat membeli-belah yang memberikan perkhidmatan yang terbaik di
Singapura. Ramai pelanggan berasa begitu berpuas hati dengan layanan yang
diberikan oleh para pekerja di situ. Hal ini menunjukkan bahawa ada juga orang
yang berbudi bahasa dan tidak biadap apabila menghulurkan pertolongan.
Kempen-kempen mementingkan
kesantunan budi pekerti haruslah dilancarkan oleh MCYS bagi menggalakkan rakyat
mengamalkan budi perkerti yang mulia. Melestarikan budaya berbudi bahasa amat
penting dan rakyat harus diingatkan tentang cara-cara untuk bersopan santun
setiap hari. Kempen itu harus menekankan kepentingan menunjukkan sopan santun
dan rasa hormat kepada orang tua.
Secara tuntasnya, jika
masalah ini tidak ditangani segera, reputasi Singapura di mata dunia akan
tercemar ibarat menconteng arang di muka. Budi pekerti harus diutamakan supaya
meningkatkan taraf negara kita.
Karangan Budi (16)
Zaky
Askari
“Hutang emas dapat dibayar, hutang budi
dibawa mati.” Begitulah betapa pentingnya untuk kami menegakkan budi pekerti di
kalangan rakyat Singapura. Dalam era globalisasi, saya berpendapat bahawa nilai-nilai
murni semakin hilang bukan sahaja di kalangan remaja-remaja dan budak kecil,
tetapi juga di kalangan orang dewasa. Budi pekerti seperti tidak wujud di dalam
zaman moden ini dan rakyat Singapura menunjukkan dan membesar-besarkan sifat
negatif yang kian dipengaruhi oleh negeri-negeri Barat. Sikap liberalisme yang
popular di negeri Barat bukannya sesuatu yang buruk tetapi, ia dapat
menyebabkan sifat kurang ajar dan kehilangan hormat terhadap mereka yang lebih
tua atau berpihak kuasa. Rakyat Singapura telah mengalami banyak dilema sama
ada untuk bersikap konservatif atau mengikut contoh negara-negara Barat yang
semakin bermaju, Adakah kemajuan ini menjadi sebab atas ketandusan budi pekerti
yang tinggi di kalangan rakyat Singapura dan bagaimana akan kami mencari jalan
keluar untuk masalah ini?
Mutakhir ini, seringkali kami mendengar
berita tentang pergaduhan atau pertengkaran antara dua pihak atas teguran yang
kecil sahaja. Ini amat membimbangkan kerana jikalau keadaan ini berterusan, ia
akan menjadi sebuah kebiasaan dalam kehidupan seharian kami. Kehilangan budi
bahasa di dalam kalangan rakyat Singapura dapat digambarkan oleh sebuah
kejadian, ketika seorang penjual makanan menengking seorang pelanggan akibat dia
membayar untuk makanan dengan nota 50 dolar. Sehubungan dengan itu, ada juga
yang bertengkaran akibat merenung antara satu sama lain. Beberapa kes merenung
ini telah akibat dalam keganasan dan kecederaan dan salah satu daripadanya
adalah ketika seorang pelajar Institusi Raffles ditikam dari belakang selepas
sebuah pertengkaran. Ini hanya melambangkan betapa serius masalah ketandusan
akhlak yang semakin membiak di kalangan masyarakat kami. Sedemikian, kami
haruslah bercapai untuk memartabatkan nilai murni seperti kesabaran dan
pemahaman antara satu sama lain yang diamalkan nenek moyang kami.
Rakyat Singapura kini semakin mementingkan
diri sendiri sahaja tanpa mengambil kisah tentang orang di sekeliling mereka.
Kini, lebih senang untuk mencari sifat negatif berbandingkan nilai-nilai murni
yang ada pada seseorang. Kadar warga tua di Singapura semakin meningkat lagi
dan ini menyebabkan lebih ramai warga emas dihantar ke rumah orang tua dan
dilupakan anak mereka. Bak kata pepatah ‘seperti kacang melupakan kulit’, ramai
daripada golongan muda warga Singapura sudah lupa jasa ibu bapa, atau nenek
moyang mereka dan sanggup menghantar mereka ke rumah orang tua. Warga emas
dikirakan sebagai beban di dalam era moden ini dan dibengkalai oleh anak mereka
sendiri. Justeru, kita sepatutnya membangunkan pendapat yang baru tentang warga
emas supaya tidak kehilangan jasa dan budi, walaupun sedikit sahaja.
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas,
tidak dapat dinafikan bahawa warga Singapura tidak kehilangan semua nilai-nilai
murni atau peradaban. Kini, lebih ramai lagi rakyat Singapura yang mengambil
bahagian dalam kerja masyarakatan dan juga membantu badan-badan sukarelawan
untuk mengendalikan program-program sukarela. Di sebuah forum mengenai kerja
kemasyarakatan, ahi parlimen, Puan Halimah Yaacob, juga berkata bahawa
‘walaupun ada lebih banyak ruang untuk menambahbaikan kerja masyarakatan di
Singapura, sifat kesukarelawan semakin kuat di dalam rakyat Singapura’ dan ini
adalah berita yang baik. Sungguhpun demikian, kita haruslah bersikap terbuka
dan berterusan dengan kerja kemasyarakatan, supaya kami dapat memupuk sifat
bergotong-royong ini ke generasi baru kami. Jikalau tidak, kami akan menggali
diri sendiri ke masa depan yang ketandusan budi pekerti yang tinggi.
Bersangkutan dengan hal tersebut, kami
haruslah memikirkan tentang langkah-langkah untuk memupuk budi pekerti ke dalam
rakyat Singapura. Sejak zaman dahulu kala, konsep memindahkan nilai-nilai murni
daripada generasi tua ke generasi muda merupakan konsep yang penting. Tanpa
pemindahan budi pekerti, generasi seterusnya akan sesat, seperti orang buta
kehilangan tongkat. Justeru, salah satu saranan untuk menangani ketandusan budi
pekerti, adalah untuk mementingkan pengajaran sivik moral dan juga pendidikan akhlak
dari nurseri hingga ke menara gading. Para pendidik haruslah meningkatkan lagi
sukatan pelajaran akhlak supaya lebih ramai golongan muda dapat mempraktiskan
amalan-amalan tersebut dan bukan sahaja memahaminya secara akademik. Dengan
pelaksanaan saranan ini, tentu lebih ramai remaja dapat mengamalkan nilai-nilai
murni di dalam kehidupan seharian mereka.
Daripada penerangan di atas jelaslah
bahawa memang benar bahawa rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang
tinggi. Hakikat perkara itu adalah bahawa keruntuhan akhlak di dalam kalangan
rakyat Singapura disebabkan beberapa perkara seperti pengaruh Barat dan sikap
liberalisme di dalam era globalisasi ini. Namun, nilai-nilai murni kami bukan
semuanya hilang dan kami masih boleh lagi mendapat kembali budi pekerti kami
jikalau kami mencuba. Akhirkata, budi pekerti dan jasa kami adalah dua perkara
yang akan ditinggalkan untuk generasi yang akan datang. Jikalau kami kehilangan
nilai-nilai murni kami sekarang, masa depan kami tidak akan mempunyai panduan
untuk kehidupan mereka. Justeru, bak pantun pepatah, ‘Orang gagah pergi
berperang, Terlalu berani lagi perkasa; Gajah mati meninggalkan tulang, Manusia
mati meninggalkan jasa. ‘
Karangan Budi (15)
Imran Khan
Rakyat Singapura ketandusan budi
pekerti yang tinggi. Bincangkan.
Budi
pekerti amatlah penting dalam kehidupan kita kerana ia mencerminkan perwatakan
dan kelakuan diri kita di khalayak ramai. Semenjak berzaman-zaman dahulu,
budaya-budaya Timur seperti Melayu, Cina
dan India telah mengajar kita untuk berbudi pekerti kerana ia merupakan lambing
budya masing-masing dan memisahkan kita daripada yang lain. Ini dapat dilihat
daripada cara orang tua dahulu yang mendidik anak-anak mereka untuk lebih
mengutamakan sopan santun dan budi bahasa daripada menekankan kejayaan dalam
pendidikan. Akan tetapi, disebabkan proses urbanisasi yang telah mengakibatkan
sebuah perubahan yang ketara dalam cara kehidupan kita, budi pekerti sudah
tidak dititikberatkan lagi dalam kehidupan seharian kita sehingga ia diabaikan.
Juga, disebabkan itu, kita menjadi lebih praktikal dan lebih tertumpu kepada
isu-isu seharian sehingga mengabaikan santun dan adab dalam kelakuan kita. Walaupun
begitu, masih juga ada rakyat Singapura yang menjalani hidup mereka berdasarkan
budi bahasa dan nilai-nilat murni. Oleh sebab ini, negara kita masih mampu maju
ke tahap yang lebih tinggi. Tetapi, persoalannya, mengapakah kebanyakan rakyat
Singapura tidak mempunyai budi pekerti yang tinggi?
Lebih
ramai rakyat watan kita yang langsung tidak berbudi pekerti kerana sikap
mementingkan diri sendiri yang tersemat dalam hati mereka. Ini bermakna apa
sahaja yang dilakukan mereka bertujuan untuk meraih kemaslahatan bagi diri
mereka tanpa menghiraukan orang lain. Mereka hanya ingin mendapatkan apa yang
mereka mahu dan tidak mempedulikan keadaan orang lain. Sebagai contoh,
disebabkan era globalisasi ini, lebih ramai rakyat Singapura tertarik untuk
memenuhi tuntutan 5K yang dapat mebawa kepada kehidupan yang lebih senang. Oleh
sebab itu, mereka rela melakukan apa sahaja demi mengejar impian mereka
walaupun ada yang telah melanggar undang-undang. Mereka juga tidak mengendahan
apa yang orang lain fikirkan asalkan mereka dapat mencapai matlamat mereka dan
memenuhi tuntutan tersebut. Walaupun terdapat banyak kesan negatif disebabkan
sifat sebegini seperti tiada kepercayaan daripada orang lain, tidak kira yang
dekat atau jauh, mereka tetap mementingkan diri mereka sendiri. Jika lebih
ramai orang ketandusan budi pekerti yang tinggi, ia akan menyekat kemajuan
negara kita kerana semua orang akan bekerja hanya untuk mencari nafkah untuk
keluarga mereka dan menerima pangkat yang tinggi, bukan untuk berbakti kepada
negara kita dan menolong watan kita maju ke tahap yang lebih tinggi supaya
dapat mengharumi reputasi Singapura di persada dunia. Juga, dengan situasi ini,
ia akan menjadi asa yang buruk dalam proses pembinaan masyarakat yang beradab
dan bertamadun kerana semua orang asyik mementingkan diri mereka sendiri.
Bertitik
tolak daripada itu, rakyat Singapura yang telah tertarik pada cara hidup yang
hedonis menjadi sebab ketandusan budi perketi di kalangan masyarakat kita.
Mereka telah dipengaruhi oleh cara hidup budaya Barat dan menerapkannya dalam
kehidupan seharian mereka. Mereka dapat melakukannya
apa sahaja mereka inginkan tanpa memikirkan tentang kesan dan akibat
melakukannya. Ramai rakyat Singapura ingin menerapkan unsur-unsur kebudayaan
Barat dalam kehidupan mereka disebabkan kebebasan ini yang dilihat sebagai
sesuatu yang akan membahagiakan mereka kerang tiada sesiapa yang boleh
menghalang mereka daripada melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Juga, mereka
telah dipengaruhi oleh selebriti-selebriti Barat yang telah menunjukkan keseronokan
yang dapat dirasai dengan gaya hidup seperti itu. Tetapi, ini telah mengajar
rakyat kita untuk berfoya-foya dan tidak mengutamakan perkara-perkara yang
lebih penting dalam kehidupan mereka seperti pendidikan dan mempuyai akhlak
yang mulia. Antara perkara-perkara yang mereka lakukan termasuk bersikap
materialistic dan membazirkan wang pembeli pelbagai barang yang berjenama.
Disebabkan sikap seperti ini, mereka akan menjadi seperti seludang menolak
mayang lalu menunjuk-nunjuk barang-barang mereka di khalayak ramai. Ini dengan
jelas mencerminkan ketandusan budi pekerti yang tinggi yang ada pada mereka,
lebih-lebih lagi menonjolkan pancaran hati yang kotor yang mereka miliki.
Dengan ini, ia akan mengakibatkan kehilangan budi pekerti dalam diri rakyat
Singapura. Ini akan menghindar pembentukan insan-insan yang berguna kepada
masyarakat yang penting bagi negara kita untuk maju dengan pesat.
Sementelahan
itu, kegagalan ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka untuk bertatasusila dan
bersopan santun telah mengakibatkan kebanyakan rakyat Singapura tiada budi
pekerti yang tinggi. Ibu bapa berperanan untuk mendidik anak-anak sejak awal
lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di rumah kerana mereka merupakan
contoh patut diteladani. Oleh sebab itu, anak-anak akan mengikut setiap langkah
ibu bapa buat, tidak kira baik atau buruk kerana anak-anak berfikiran bahawa
segala yang dilakukan oleh ibu bapa mereka baik. Sebagai contoh, percakapan
antara ibu bapa dengan anak-anak dan antara anggota keluarga di rumah
sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk
mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi
oleh anak-anak. Juga, kekata yang kasar dan mencarut hendaklan dielakkan kerana
ia boleh mempengaruhi pembentukan jiwa anak-anak. Bahasa yang halus dan sopan
santun harus dibiasakan penggunaannya di rumah. Oleh sebab itu, apabila mereka
meningkat dewasa kelak, mereka akan turut menggunakan kata-kata yang biasa
didengar di rumah. Akan tetapi, ibu bapa juga harus bersikap tegas apabila
mendidik anak-anak kerana setiap kesilapan yang tidak ditangani akan meningkat
kepada sesuatu yang lebih teruk. Oleh sebab itu, ibu bapa sentiasa harus ada di
sisi anak-anak mereka untuk membimbing merek ke jalan yang benar dan juga
mengawasi anak-anak mereka semasa mereka dalam proses membesar kerana terdapat
banyak gangguan yang boleh mempengaruhi anak-anak mereka.
Akan
tetapi, terdapat juga rakyat Singapura yang mempunyai budi pekerti yang tinggi.
Mereka menjalani hidup mereka berdasarkan nilai-nilai murni dan adab. Ini
mungkin disebabkan mereka telah mengalami sesuatu yang sangat menyentuh
perasaan mereka. Ini dapat dilihat daripada peratusan rakyat Singapura yang
terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Sebuah tinjauan menunjukkan bahawa
terdapat peningkatan empat-puluh peratus dalam bilangan orang yang telah
melakukan kerja kemasyarakatan. Ini dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat
Singapura berbudi pekerti kerana pengalaman daripada melibatkan diri dalam
kerja kemasyarakatan membolehkan rakyat Singapura mempelajari tentang banyak
perkara seperti sifat belas ihsan terhadap mereka yang kurang bernasib baik
ataupun rasa pencapaian kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Selain itu,
rakyat Singapura dapat merenung tentang kerja-kerja kemasyarakatan sebagai
wadah untuk memupuk semangat dalam jiwa rakyat-rakyat untuk berbakti kepada
masyarakat kita dan menunjukkan persalingan dan responsif dalam rakyat-rakyat
untuk melibatkan diri mereka dalam perkhidmatan kesukarelawan. Daripada ini,
rakyat-rakyat dapat merumuskan bahawa budi pekerti ini penting bagi
rakyat-rakyat berbakti kepada masyarakat kerana tanpa hati yang jernih dan
tiada sifat kepentingan diri, seseorang itu tidak akan melibatkan dirinya dalam
kerja-kerja kemasyarakatan.
Akhir
kata, memang tidak dapat disangkalkan bahawa budi pekerti penting dalam
kehidupan kita. Ia merupakan petunjuk bagi kita menentukan pilihan kita untuk
melakukan sesuatu. Walaupun rakyat-rakyat Singapura sekarang terjerumus dengan
mementingkan diri mereka sendiri, negara kita dalam proses pembinaan untuk
membentuk sebuah masyarakat yang berbudi pekerti dan bertamadun kerana dengan
itu, lebih senang bagi negara kita maju ke tahap yang lebih tinggi kerana
seluruh penduduknya bertujuan untuk berbakti kepada masyarakat, tidak kira dari
aspek sosial ataupun ekonomi. Oleh sebab itu, rakyat-rakyat Singapura harus
sentiasa ingat bahawa dalam segala yang kita lakukan, keikhlasan dari hati
amatlah diutamakan kerana ini menentukan niat baik kita dan mencerminkan budi
pekerti kita dengan mendalam. Ini juga akan mengesyorkan bahawa masyarakat kita
terdiri daripada rakyat-rakyat yang berbudi pekerti dan bertamadun.
Karangan Budi (14)
Benny Gerard Emanuel
Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.
Rakyat Singapura
ketandusan budi pekerti. Pernyataan ini memberi makna bahawa masyarakat
Singapura sedang mengalami penghakisan adab dari segi tutur kata serta tingkah
laku yang baik. Adakah Singapura memang tidak berbudi pekerti? Namun demikian,
adakah contoh-contoh yang menunjukkan bahawa rakyat Singapura mempunyai budi
pekerti? Apakah langkah-langkah yang boleh dan patut dilakukan bagi mendidik
rakyat Singapura supaya berbudi pekerti?
Di Singapura,
ketandusan budi pekerti boleh deperhatikan dari kelakuan para penduduk
Singapura yang mencerminkan sifat terlalu mementingkan diri serta kekurangan
kesedaran awam. Sikap yang dicerminkan budi pekerti seperti berbudi bahasa,
adab dan kesantunan dalam diri setiap insan menunjukkan keprihatinan setiap
insan terhadap orang lain dalam komunitinya. Apabila seseorang itu bersifat
mementingkan diri dan mengabaikan keperluan orang lain, dia sedang mempamerkan
ketandusan budi pekerti. Sebagai contoh, di Singapura, walaupun terdapatlah
tempat duduk di penangkutan awam yang disediakan khusus untuk para penumpang
yang tua, yang hamil atau yang cedera, tempat duduk tersebut kebanyakan kali
tidak sempat digunakan oleh mereka yang memerlukannya. Tempat duduk tersebut
kebanyakan kali sudah diambil para pemuda atau orang dewasa sebelum penumpang
yang memerlukan dapat duduk. Selain itu, mereka yang duduk di tempat duduk yang
lain pun tidak mengambil inisiatif untuk menyerahkan tempat duduk mereka kepada
mereka yang lebih memerlukan. Contoh ini, menunjukkan bahawa, para penduduk
Singapura sudah terlalu mementingkan diri sehingga mengabaikan keperluan mereka
yang lebih memerlukan. Contoh ini menunjukkan kelakuan warga Singapura yang
tidak mempunyai budi pekerti terutamalah dari segi tingkah laku yang baik dan
beradab.
Apabila
seseorang itu mempunyai kekurangan kesedaran awam, dia tidak mengetahui dan
memahami bagaimana tindakannya boleh menjejas orang lain serta persekitaran.
Penjejasan persekitaran sebagai contoh juga akan menjejas orang lain kerana
orang lain juga turut mennggunakan persekitaran tersebut. Dia bersikap tidak
peduli terhadap perilaku mereka. Mereka tidak menyangka apabila mereka berada
dalam tempat awam dan hanya membuat segala apa yang dimahukannya. Ini akan
mengakibatkan ketandusan budi pekerti, kerana mengizinkan penggunaan bahasa
yang kurang bersopan santun serta perilaku yang kasar kerana ini merupakan apa
seseorang itu akan membuat jika dia tidak mempedulikan kesan kelakuannya di
atas orang lain. Sebagai contoh, di Singapura, tabiat membuang sampah sarap
secara sembarangan agak berleluasa. Kelihatan puntung-puntung rokok di seluruh
persekitaran kita, jika di longkang, di kaki lima, ataupun di tepi tong sampah.
Selain itu juga, terdapatlah kertas tisu, dan banyak jenis sampah sarp di
sembarang tempat. Masalah ini turut meruncing walaupun terdapatlah usaha para
pihak utama bagi meningkat kesedaran antara penduduk supaya tidak membuang
sampah sarap di merata tempat, serta meningkatkan jumlah tong sampah di
tempat-tempat strategik. Masalah ini tetap meruncing kerana ketidakpedulian
orang ramai terhadap kesan aksi mereka terhadap oran lain seperti terjadinya
ketidakselesaan orang ramai dalam tempat yang kotor. Sejajar dengan itu,
tandas-tandas awam selalunya kotor kerana ketidakpedulian pengguna tandas
terhadap pengguna yang akan menggunakan tandas selepas mereka. Selain itu,
terdapat selalunya ramai pelajar yang seringkali terlupa untuk mengucapkan
salam hormat atau terima kasih kepada guru-guru serta ramai yang memecut dan
tidak sabar di jalan raya. Kelakuan sebegini menunjukkan, ketidakmementingkan
hormat terhadap orang lain antara para pelajar serta pengguna jalan raya. Ini
pula menyebabkan ketandusan budi pekerti, kerana adab tersebut diperolehi
daripada rasa hormat terhadap orang lain. Oleh sebab itu, jika seseorang itu
berkelakuan tidak menghormati orang lain, ini menunjukkan ketandusan budi
pekerti dalam dirinya. Lantas, jika terdapatlah ramai orang yang berkelakuan
sebegitu, ia menunjukkan ketandusan budi pekerti di antara rakyat Singapura.
Namun demikian,
ketandusan budi pekerti di Singapura masih ada harapan baik dan belum lagi
merupakan sesuatu keterlaluan. Ini disebabkan kelakuan beberapa insan yang
masih menunjukkan budi pekerti di Singapura. Jika mereka ini dapat memimpin
melalui teladan mereka, situasi ketandusan budi pekerti di Singapura masih
boleh diselamatkan lalu dibetulkan. Sebagai contoh, terdapat kelakuan kecil
seperti membantu seseorang mengutip barangan yang dijatuhkannya yang diterima
dengan ucapan terima kasih. Selain itu, apabila seseorang menghilangkan
dompetnya di tempat awam sekarang di Singapura, terdapatlah kemungkinan yang
lebih tinggi di mana seseorang itu akan mendapat kembali dompetnya kerana terdapatlah
kad identifikasi di dompet itu dan orang yang menjumpa dompet yang hilang itu
merasakan kewajipan dalam dirinya untuk memulangkannya serta mempunyai
integriti supaya tidak megambil lalu menyimpan apa yang tidak kepunyaannya.
Tabiat-tabiat sedemikian mendorong para penduduk Singapura mempraktikkan tabiat
sedemikian.
Beberapa sifat berkualiti tidak sopan dalam
individu disebabkan kekurangan pendidikan oleh keluarga yang baik, manakala
uang lain menyalahkan tekanan masyarkat yang pantas. Namun, beberapa tuntutan
menunjukkan keluwesan sudah ada dalam semua orang, dan apa yang diperlukan
adalah hanya sedikit galakan dan motivasi untuk menarik keluar dan
tersebardikan keseluruhan di antara para penduduk Singapura.
Setiap penyakit
mempunyai penawarnya, setiap masalah mempunyai jalan keluarnya. Oleh yang
demikian, ia tidak boleh dinafikan bahawa terdapat lebih yang boleh dilakukan
bagi mengatasi masalah ketandusan budi pekerti di Singapura. Misalnya, kempen
boleh diadakan oleh pihak tertentu seperti ‘Singapore Kindness Movement’. Pada
masa kini, sudak dilakukan kekpen Bersenyum serta mengucapkan terima kasih
kepada setiap penduduk apabila dia membantu kamu mahupun kelakuannya kecil
ataupun besar. Namun demikian, lebih kempen yang berkesan boleh diadakan bagi
meningkat kesedaran antara penduduk Singapura tentang kepentingan berbudi
pekerti di Singapura dan bagaimana ia dapat berfaedah kepada setiap enduduk
serta kemajuan sosial di Singapura. Kempen ini harus mengingatkan masyarakat
Singapura peri pentingnya adab dan nilai dalam perbualan dan kelakuan mereka.
Langkah ini harus menggalakkan para penduduk mengekalkan kesantunan yang
melambangkan identiti Singapura. Budi pekerti tersebut juga harus dipromosikan
kepada masyarakat umum di dalam dan luar talian melalui gabungan kaedah media
baru dan lama. Contohnya, kempen tersebut boleh melibatkan permainan komputer
yang degemari rama pemuda yang juga memperlibatkan pupukan nilai-nilai murni
dalam diri pemuda itu.
Natijahnya
ketandusan budi pekerti di antara rakyat Singapura disebabkan para penduduk
secara keterlaluan mementingkan diri serta kekurangan kesedaran awam. Namun,
masalah ini boleh diatasi dengan menyerang punca masalah ini, ialah kekurangan
pendidikan di rumah serta tekanan yang dibawa permintaan masyarakat yang
bergerak pantas. Masalah ini boleh diatasi dengan sokongan dan kerjasama para
pihak bersama penduduk. Bersamalah, dapat kita membuat Singapura sebuah negera
yang berbudi pekerti.
Benny Gerard Emmanuel
Karangan Budi (13)
Aizat Jufrie
Soalan: Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.
Budi
pekerti jambatan penilaian. Justeru, amalan menggerapkan budi bahasa penting
dalam kehidupan seseorang, lebih-lebih lagi pada era moden ini. Hal i demekian
kerana dengan menitikberatkan tutur kata serta sahsiah yang baik, lebih ramai
akan memandang tinggi kepada kami. Pada kebiasaanya, semua orang sebenarnya
tidak bermasalah untuk mengamalkan sikap berbudi bahasa iaitu, mempunyai budi
atau pekerti yang baik atau akhlak yang terpuji serta mempunyai budi bahasa
yang tinggi, kerana bahasa ialah modal yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada
setiap orang. Meskipun demikian, ada juga ramai yang jarang mengucap terima
kasih yang lahir daripada hati dan diingiring dengan senyum walau pung perkara
sekecil begini. Definasi ketandusan pula adalah kehilangan atau semakin
kehabisan. Namun, adakah benar bahawa Rakyat Singpura akan kehilangan dan
semakin mempudarkan budi pekerti kami?
Pertama
sekali, budaya berbudi bahasa semakin pudar di kalangan rumah masing-masing.
Tamsilnya, percakapan antara suami dengan isteri kini sering menggunakan
kata-kata kasar dan mencarut. Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan
dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan lucah akan menghindarkan keluarga
mereka terutamanya anak-anak mereka. Dalam aspek pendidikan, mereka akan bertua
dalam keadaan yang kurang baik dan lama-kelamaan akan mula mempelajari
anasir-anasir buruk yang ditunjukkan oleh ibu bapa mereka. Tanpa budi pekerti,
ibu bapa pada zaman ini akan menhadapi pelbagai beza rintangan dalam cuba
mendidikkan anak-anak mereka dengan sebaik mungkin.
Sejajar
daripada itu, ada masanya situasi bagi mereka yang tidak berbudi bahasa
menununjukkan kesannya di tempat awam. Contohnya ialah lebih ramai penjual di
pusat membeli-belah sering menengking kuat kepada pelanggannya supaya tidak
berdiri di ruang tempat dia keluar dan masuk gerainya. Sehubungan dengan itu,
terdapat juga peristiwa lain tatkala seorang pembeli muda membeli makanan
bernilai beberapa dolar sahaja lalu menyerahkan $50, penjual itu akan menaik
darah lantas memarahinya. Layanan-layanan seperti apa yang telah dimaklumkan
amat mendukacitakan- masih lagi di takuk lama sekalipun negara telah mencapai
status negara maju. Ini adalah contoh yang menunjukkan budi perkerti yang semakin bertandusan.
Bertitik
tolak daripada itu, satu perkara yang menunujukkan budi perkerti semakin
kehilangan adalah istilah-istilah sopan santun tidak digunakan lagi. Kata-kata
semudah mengucapkan terima kasih serta senyum adalah suatu yang sukar untuk
bertemu dalam kalangan remaja. Mereka kurang berbudi bahasa lalu menunujukkan
tingkah laku yang kurang diterima oleh ramai. Remaja meluahkan kata-kata yang
kurang sopan dan kadang-kala menyakiti hati orang lain. Ini adalah contoh yang menunjukkan
bahawa terdapat rakyat Singapura yang tidak berbudi pekerti.
Jika
dilihat pada sudut yang lain, terdapat juga penduduk Singapura yang masih
bertutur dalam budi bahasa yang baik dan sopan santun. Tidak kira muda atau
tua, penduduk Singpura di estet perumahan sering memberi salam kepada satu sama
lain. Ini amat baik dan menceriakan hati bagi semua orang. Seorang yang memberi
salam dan hormat kepada kami amat bermakna jika ia ikhlas dan datang dari hati.
Ini mungkin kerana masyarakat Singapura menjadi lebih praktikal dan lebih
tertumpu kepada isu-isu seharian sehingga mengabaikan adab nilai.
Sementelahan
itu, terdapat juga remaja yang menjalankan kerja-kerja sukarelawan yang
mencerminkan buku pekerti yang baik. Mereka menjalankan kerja mengutip derma
secara ikhlas dan mahu membuat bandingan dalam mereka yang hidup sengsara.
Dengan itu, mereka melaksanakan kerja-kerja sukarelawan supaya menunjukan
bahawa mereka mengambil berat atas mereka yang membebani masalah yang besar dan
kompleks. Ini adalah cara yang terbaik untuk menunjukkan budi pekerti yang baik
yang terdapat dalam remaja.
Walau
bagaimanapun, terdapat juga saranan-saranan bagi menyuntik kesedaran tentang
kepudaran budi pekerti dalam kalagan rakyat Singapura. Pertama sekali,
acara-acara seperti bulan bahasa boleh disediakan yang menikmati masyarakat
umum dan golongan ,uda yang lebih selesa bertutur dalam bahasa inggeris
berbanding bahasa ibunda, iaitu Melayu. Ini akan diadakan di tiga lokasi pada
tiga hujung minggu dan boleh dinikmati masyarakat Melayu daripada setiap
lapisan usia. Matlamat untuk menyediakan acara-acara tersebut adalah unntuk
mengenal pasti dan memperkenalkan bakat-bakat baru dan muda yang bakal
menggantikan tokoh-tokoh bahasa dalam masyarakat Melayu di masa hadapan. Ia
juga akan mengingatkan masyarakat Melayu tentang peri pentingnya adab dan nilai
dalam perbualan dan kelakuan mereka. Dalam pada itu, ia juga akan mempromosikan
bahasa Melayu dan menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat Melayu tidak
kiran yang muda atau tua
Pada
waktu yang sama, untuk memastikan budi bahasa serta nilai-nilai murni tidak
terhakis dalam budaya hidup masyarakat kita, ibu bapa perlu berperanan untuk
mendidik anak-anak sejak awal lagi dengan menyemai budi bahasa yang baik di
rumah. Percakapan antara satu sama lain di rumah sewajarnya menggunakan bahasa
yang baik dan sopan. Hal ini penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan
harmoni dalam keluarga yang bakal dicontohi teladan oleh anak-anak. Maka,
bahasa yang halus dan penuh dengan sopan santun hendaklah dibiasakan
penggunaannya di rumah.
Akhir
kata, saya setuju dengan pernyataan bahawa rakyat Singapura ketandusan budi
perkerti semakin tinggi. Namun demikian, tidak terlalu lambat untuk kita
semasyrakat berganding bahu untuk memastikan budi perkerti tidak menjadi pudar
dalam kalangan masyarkat melayu.
Karangan Budi (12)
Muhammad Afiq
Rakyat Singapura ketandusan budi pekerti yang
tinggi. Bincangkan.
Menongkah arus
globalisasi, bidang perkhidmatan telah menjadi bidang yang dititikberatkan oleh
beberapa banyak negara. Di seantero dunia, negara-negara cuba menarik
pelancong-pelancong untuk melawat negara mereka agar dapat mengembangkan
ekonomi negara tesebut dengan sumbangan wang dari pelancong-pelancong ini.
Tambahan pula, pelabur-pelabur juga akan ditarik ke sebuah negara jikalau ia
merupakan suatu hab pelancongan kerana selamat dan bermakmur. Lantaran itu,
bidang perkhidmatan sesebuah negara haruslah berbudi pekerti. Apabila kami
memusatkan perhatian kami ke Singapura, umum mengetahui bahawa negara ini ialah
suatu negara yang dapat manfaat dari bidang pelancongannya. Namun, terdapat
kes-kes di mana rakyat Singapura telah dilihat sebagai rakyat yang biadap dan
kurang ajar. Timbullah soalan adakah rakyat Singapura ketandusan budi pekerti
yang tinggi?
Sejak kebelakangan
ini, terdapat laporan-laporan tentang layanan yang kurang memuaskan oleh
pekerja-pekerja dalam bidang perkhidmatan. Ini termasuk kelakuan-kelakuan
seperti penjual makanan di sebuah gerai Geylang Serai yang menengking kepada
setiap individu yang berdiri di tempat dia keluar masuk ke gerainya dan juga
penjual yang menengking pelenggannya apabila diserahkan lima puluh dolar pada
awal pagi. Kisah-kisah seperti ini mencerminkan bahawa rakyat Singapura memang
tidak bersopan santun. Kami dilihat sebagai watan yang tidak menghormati orang
ramai. Perbuatan-perbuatan sebeginilah yang mencemarkan nama baik Singapura dan
keamanan yang telah kami usaha untuk mencapai.
Di samping itu, bukan
hanya orang dewasa yang kurang berbudi pekerti malah anak-anak Singapura juga
dilihat sebagai rakyat yang tidak menghormati orang lain. Acap kali, kami boleh
lihat kanak-kanak meninggikan suara mereka kepada orang tua mereka ataupun
remaja yang hanya mendengar muzik mereka sambil mengabaikan omelan ibu bapa
mereka. Tidak kira nasihat yang lembut ataupun herdikan, generasi muda kini
tidak menghormati ibu bapa mereka. Kelakuan-kelakuan sebegini mempamerkan
rakyat Singapura yang kurang memupuk nilai-nilai murni pada diri generasi muda.
Akibatnya, tingkah laku remaja dan kanak-kanak kini menyerlahkan sifat buruk
yang berada dalam generasi hadapan Singapura.
Tambahan pula, ia
tidak boleh dinafikan bahawa rakyat asing yang bertempat di sini juga termasuk
dalam rakyat Singapura. Ada di kalangan mereka yang berpendapat bahawa mereka
tidak mempunyai kewajipan sebagai seorang penduduk di negara ini lantas mereka
tidak kisah tentang adab dan tingkah laku mereka. Sejak kebelakangan ini,
terdapat kes-kes di mana rakyat asing mencemarkan nama baik Singapura. Oleh
sebab negara ini merupakan negara yang berbilang bangsa dan agama,
kelakuan-kelakuan buruk yang dijalankan oleh rakyat asing ini sering disalah
anggap sebagai kelakuan rakyat Singapura. Akhirnya, orang ramai yang tidak tahu
bezanya antara rakyat asing dan rakyat Singapura akan menganggap bahawa seluruh
rakyat Singapura ketandusan berbudi pekerti yang tinggi.
Kendatipun, anggapan
ini menimbulkan banyak persilisihan faham. Walhasil, bukan semua rakyat
Singapura yang bersikap begini. Hanya segelintir orang dalam masyarakat
Singapura yang biadap dan kurang ajar. Kebanyakan rakyat Singapura memang berbudi
baik. Tamsilnya, banyak orang Melayu berkerja sebagai pekerja perkhidmatan dan
masih dianggap sebagai rakyat yang berbudi pekerti. Oleh demikian, tentunya
kami boleh mengatakan bukan semua rakyat Singapura ketandusan budi pekerti
tetapi hanya beberapa orang yang bersikap begitu.
Bagi menangani masalah
ini, Menteri Pendidikan telah pun mula dengan mengintroduksi kelas sivik dan
moral di dalam korikulum setiap sekolah rendah. Melalui kelas ini, seseorang
murid akan diajar caranya untuk mendisiplinkan diri di tempat awam dan juga
menghargai ibu bapanya. Lain kata, mereka akan dipupuk dengan nilai-nilai
murni. Akhirnya, murid-murid ini akan membesar menjadi orang dewasa yang
berihsan.
Selain itu pemerintah
juga mengadakan Bulan Bahasa setiap tahun. Acara ini dapat menyuntik kesedaran
seseorang individu tentang kepentingan bahasa dan juga keistimewaannya. Melalui
bahaasa juga, seseorang itu dapat mempelajari tentang berbudi bahasa dan
kata-kata yang sopan. Lantasan itu, individu tersebut akan menjadi lebih sopan
dan juga mempelajari tentang bahasanya sendiri.
Natijahnya, rakyat
Singapura benar-benar berbudi pekerti. Namun, terdapat beberapa individu yang
mencemarkan semua nama baik rakyat Singapura dengan sikap mereka bak pepatah
nila setitik, rosak susuh sebelanga. Akhir kata, langkah-langkah yang diambil
oleh pemerintah telah banyak menolong mendidik rakyat Singapura agar menjadi
watan berbudi perkerti tetapi harus diulang kaji supaya dapat mengatasi masalah
ini.
Karangan Budi (11)
Muhammad Syahid
Bin Sulaiman
Rakyat Singapura ketandusan budi pekertiyang
tinggi. Bincangkan. Sarankan cara-cara yang berkesan untuk memupuk nilai murni
adab dan kesantunan melayu dalam diri setiap pelajar.
“Ibarat bunga
dedap, sungguh merah berbau tidak”. Begitulah pepatah Melayu yang menunjukkan
betapa pentingnya budi pekerti bagi masyarakat Melayu kita. Namun, perkara yang
sebaliknya pula berlaku di zaman ini, di mana rakyat kita ketandusan budi
pekerti yang tinggi. Banyak perkara yang boleh dipersalahkan kepada kehilangan
moral dan kelakuan yang baik dalam menjalani kehidupan kita, tetapi punca-punca
yang mendalam adalah arus budaya barat yang mula merayap masuk kepada
masyarakat kita, asuhan yang tidak mencukupi pada masa kanak-kanak dan sifat
kita yang terlalu mengejarkan pencapaian duniawi.
Satu punca yang memainkan peranan penting
dalam membentukkan karakter kita tentulah adalah pengaruh-pengaruh yang kita
terdedah kepada. Pengaruh utama yang secara langsung membuat kita mengetepikan
budi pekerti tentulah gelombang budaya barat yang mula menggoyah asas prinsip
dan moral kita. Gelombang ini disalurkan ke dalam hidup kita melalui pelbagai
medium media seperti televisyen, suratkhabar dan internet. Seringkali apa yang
diliputi di akhbar-akhbar atau berita adalah tentang idola dan personality dari
tanah barat. Program televisyan juga kebanyakkannya disumberkan dari saluran
Amerika kerana mempunyai permintaan hangat dari penonton di sini. Lantaran itu,
pengaruh-pengaruh barat, ada yang baik dan ada yang buruk, mula mempengaruhi
cara kita menjalankan hidup kita, sehinggakan budi pekerti kita dilupakan.
Sebagai contoh, ramai kanak-kanak mula memanggil orang tua mereka dengan nama
pertama dan bukan lagi ‘ibu’ atau ‘ayah’. Ini adalah salah satu pengaruh budaya
barat yang diambil pakai oleh masyarakat kita dan ia sebenarnya biadap dan
tidak menunjukkan hormat kepada orang tua kita. Lantas itu, media harus
memainkan peranan dalam menyekat kandungan-kandungan yang kurang sesuai dan
mungkin mempunyai implikasi-implkasi buruk kepada masyarakat kita. Namun, pada
masa sekarang masalah ini masih harus ditangani kerana arus budaya barat
sememangnya membentuk perihal peribadi kita dan dari itu telah melenyapkan budi
pekerti kita.
Di samping itu, kesalahan juga harus
ditanggung ibu bapa yang tidak memberi asuhan yang mencukupi dan betul kepada
anak-anak mereka. Asuhan yang baik ini penting kerana budi pekerti harus
ditanam sejak kecil lagi kerana jika tidak keperibadian yang buruk akan
berlanjutan dalam masa dewasa. Namun, ramai ibu bapa yang tidak dapat
menawarkan asuhan yang baik kerana terlalu sibuk dengan kerjaya mereka, mencari
rezeki untuk keluarga. Selalunya juga, kedua ibu dan bapa harus berkerja untuk
menampung kos hidup yang semakin melambung di era ini dan anak-anak
ditinggalkan kepada jagaan amah yang di rumah. Amah di rumah tidak dapat
menyuntikkan sifat budi pekerti ke dalam kanak-kanak ini kerana tidak mempunyai
pengaruh ataupun hubungan yang kuat dengan mereka. Situasi yang amat
membimbangkan ini jelas terpancar dengan peningkatannya kes-kes berhubungan
remaja yang kurang mementingkan penumpang lain di dalam gerabak Kereta Api
Gerak Cepat(MRT) seperti mengambil tempat duduk untuk mereka yang kurang upaya,
menghadang laluan pintu MRT dan juga menganggu penumpang lain dengan membuat
bising atau aksi-aksi nakal. Tata-tertib yang mudah juga telah diabaikan
seperti tidak berbual apabila ada makanan di dalam mulut, tidak meninggikan
suara kepada orang tua dan tidak meletakkan kaki ke atas meja. Lantaran itu,
untuk mengekang masalah ini daripada bertambah buruk, kita harus menyemarakkan
lagi kepentingan dalam menghabiskan masa dengan keluarga. Dengan itu pemerintah
juga harus mengimplementasikan cuti yang mencukupi bagi pekerja-pekerja agar
mereka dapat meluangkan masa dengan keluarga dan dengan itu dapat memberikan
asuhan yang diperlukan kepada anak-anak mereka.
Lanjutan itu, rakyat Singapura semakin
mengagung-agungkan pencapaian duniawi seperti ‘5K’ iaitu Kereta, Kad Kredit,
Kondominium, Kerjaya dan Kad Keahlian. Pada zaman sekarang, apa yang dinilai
dalam seseorang adalah paras rupa, pangkat
dan harta benda dan ini mengakibatkan mereka mengejarkan semua ini dan
lupakan akan budi pekerti. Secara langsung, ibu bapa hanya menggalakkan
anak-anak mereka untuk mengejar pencapaian akademik dan tidak mementingkan
pembangunan moral seorang anak. Ini kerana pada zaman ini, seorang dipandang
tinggi jika berlulusan tinggi atau berharta, tidak seperti dulu di mana budi
pekerti memainkan peranan penting dalam menilai darjat seseorang. Dari itu,
kita harus mengekang masalah ini dengan melancarkan kempen-kempen budi bahasa
di mana objektifnya adalah untuk menyelitkan budi pekerti yang tinggi di
kalangan masyarakat kita agar ia menjadi sesuatu yang penting bagi setiap individu.
Salah satu contoh yang boleh diikut adalah kempen dengan cogan kata “Budi
Bahasa Budaya Kita” yang diterapkan oleh negara Malaysia di mana budi pekerti
itu dianggap sebagai budaya mereka dan lantas budi pekerti itu dapat diterapkan
dalam setipa individu.
Natijahnya, memang tidak dapat dinafikan yang
masyarakat Singapura ini ketandusan budi pekerti yang tinggi. Namun dalam kita
sibuk dengan pencapaian duniawi janganlah kita memperlekehkan kepentingan budi
pekerti. Janganlah kita membina individu yang kurang budi pekertinya kerana
akhirnya masyarakat ini akan menjadi satu yang tidak bertimbang rasa, kurang
prihatin dan lupa akan perihal kemanusiaan. Tentulah kita tidak mahu tinggal
dalam sesebuah masyarakat sebegitu di mana kehidupan itu bagaikan ‘setiap orang
untuk dirinya sendiri’. Lantas, punca-punca kehilangan budi pekerti ini harus
ditangani dengan segera agar masyarakat kita ini dapat pulih seperti sediakala.
Karangan Budi (10)
Ahmad Musthofa
Rakyat Singapura
ketandusan budi pekerti yang tinggi. Bincangkan.
Budi pekerti
mencerminkan tamadun dan tatatertib sebuah masyarakat atau bangsa, dan
merangkumi budi bicara yang baik dan sopan, keikhlasan, kejujuran, sifat
pemurah, bertimbang rasa, tolong-menolong dan sebagainya. Paras rupa, pangkat
atau harta benda bukan ukuran, sebaliknya, budi pekerti menjadi junjungan. Bak
kata cendekiawan, “Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.” Tiada
gunanya jika seseorang kelihatan segak dan mempunyai pencapaian mengagumkan,
tetapi tidak mempunyai budi pekerti yang mulia. Budi pekerti merupakan aspek
keperibadian yang menentukan tingkah laku dan akhlak seseorang. Peranan budi pekerti di dalam konteks semasa
Singapura amat penting bagi memastikan masyarakat yang saling hormat-menghormati
dan hidup harmoni serta berusaha mengekalkan kesantunan. Budi bahasa adalah kunci
kepada pembangunan sahsiah rakyat dan remaja, sebagai generasi pelapis. Namun,
kewujudan budi pekerti di kalangan rakyat Singapura boleh diperdebatkan, dengan
tanda-tanda yang mendukacitakan dan menunjukkan bahawa kita masih di takuk lama
walaupun Singapura sudah maju. Persoalannya, adakah warga Singapura benar-benar
ketandusan budi pekerti?
Warga
Singapura yang ketandusan budi pekerti boleh dilihat di tempat awam. Memang
lazim kita melihat warga Singapura memaparkan sikap dan kelakuan yang kurang
sopan dan mementingkan diri sendiri. Budi pekerti bermaksud bersikap sopan dan
peramah, dan sentiasa senyum dan
berhati-hati apabila berbicara supaya tidak menyakiti perasaan orang lain.
Namun, di dalam kereta api gerak cepat (MRT) kita sering melihat warga muda,
terutama remaja, kurang endahkan orang di sekeliling mereka yang memerlukan.
Tamsilnya, ada segelintir orang yang tidak rela memberi duduk kepada warga tua
yang sudah uzur atau orang yang cacat. Sikap mementingkan diri amat ketara di
kalangan warga Singapura sehingga tidak memberi perhatian kepada orang di
sekeliling mereka. Sering dilihat di pengangkutan awam penumpang menolak satu
sama lain demi mendapatkan tempat duduk. Kita jarang melihat warga Singapura
senyum kepada orang lain dan meminta maaf jika tersilap kata atau terlanjur kelakuan.
Ketandusan budi pekerti asas memang sering diperhatikan dalam kalangan warga
Singapura kerana manifestasi sikap mementingkan diri sendiri berleluasa
terutamanya di tempat awam.
Sejajar dengan itu, ibu bapa kurang menekankan kepentingan budi pekerti dan mengesampingkannya. Di dalam era modenisasi kini, ibu bapa lebih prihatan dengan prestasi anak di sekolah dan pencapaian-pencapaian akademik sehingga menganaktirikan budi pekerti dan nilai-nilai murni ketika mengasuh anak-anak mereka. Akibat trend yang semakin merunsingkan ini, ramai remaja kurang dididik budi pekerti yang sesuai serta nilai-nilai yang sepatutnya disemai oleh ibu bapa dari muda. Mereka membangun ketandusan budi pekerti asas. Sebagai generasi pelapis yang akan berperanan sebagai tiang bangsa dan negara, mereka sepatutnya diajar tentang budi pekerti oleh ibu bapa mereka. Sebaliknya, ibu bapa lebih asyik memastikan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran sehingga lupa menyemai nilai-nilai penting yang membentuk jati diri serta budi pekerti si anak. Jikalau ibu bapa kurang sedar akan kepentingan peranan mereka ini, mereka akan mempengaruh anak-anak mereka dan mereka juga akan memandang enteng kepentingan budi pekerti. Bak kata pepatah, “bagaimana acuan begitulah kuihnya.”
Bertititik
tolak dari itu, media massa juga merupakan faktor yang menyebabkan warga Singapura
bergelumang dengan anasir-anasir negatif akibat ketandusan budi pekerti.
Hiburan yang dipaparkan di televisyen berunsur negatif dan ia kurang menekankan
nilai-nilai positif. Penggunaan bahasa yang kurang sopan dan tidak sesuai akan
mempengaruhi ramai rakyat Singapura supaya berkelakuan sebegitu. Kuasa media
massa di kalangan masyarakat yang semakin bersehubungan akibat teknologi
bermakna apa yang dipaparkan di televisyen atau melalui radio dapat membawa
kesan yang mendalam kepada fabrik masyarakat. Oleh itu, media massa yang
seringkali membawa mesej negatif seperti mengalu-alukan gejala-gejala sosial
serta kelakuan yang kurang senonoh, akan menjejas budi pekerti rakyat Singapura
serta sikap mereka antara satu sama lain.
Bertentangan
dengan itu, rakyat Singapura sememangnya mempunyai budi pekerti yang tinggi. Di
dalam suasana masyarakat yang dimakmurkan pelbagai budaya dan agama,
nilai-nilai positif yang diterapkan di dalam adat dan tradisi pelbagai budaya
ini dapat mempengaruhi warga Singapura supaya menjadi lebih waras akan kelakuan
dan budi bahasa mereka. Setiap budaya yang wujud di Singapura mengalu-alukan
sikap-sikap positif yang berkaitan dengan budi pekerti. Misalnya, budaya Melayu
dan agama Islam menganjurkan penganutnya memberikan salam apabila bertemu dan
bersopan apabila memulakan percakapan atau memasuki sebuah tempat. Yang muda
beri salam kepada yang tua dan yang mendatangi memberi salam kepada yang sedia
menunggu. Budaya Cina juga mengalu-alukan “filial
piety” di mana anak-anak diwajibkan menuntut dan menghormati arahan dan
nasihat orang tua supaya jalinan hubungan yang harmoni dapat dikekalkan. Adat
ini, bercampur aduk dengan adat-adat lain daripada pelbagai budaya dan agama,
dapat mempengaruhi kelakuan warga Singapura dan wujudnya budi pekerti tinggi di
kalangan kita.
Untuk kekalkan budi pekerti tinggi di kalangan warga
Singapura dan menyelesaikan masalah-masalah yang sedang menghambat usaha-usaha
ini, haruslah ada saranan-saranan yang boleh diimplimentasikan. Pertama sekali,
sebuah kempen boleh diadakan untuk menggalakkan warga Singapura untuk
mengekalkan tahap budi pekerti yang tinggi. Contohnya, dengan menggunakan cogan
kata yang unik dan senang difahami orang dari semua lapisan masyarakat, mereka
akan lebih terdorong untuk memantapkan lagi budi pekerti dan kelakuan mereka.
Dengan menggunakan pelbagai media dan platform untuk menyampaikan mesej ini,
lebih mendalamlah kesan kempen ini. Contohnya, di dalam MRT, mungkin boleh
dipaparkan mesej-mesej yang mengalu-alukan sikap saling menyayangi dan
menghormati serta memberi perhatian kepada mereka yang memerlukan tempat duduk.
Juga di televisyen dan radio, warga Singapura boleh digalakkan untuk berusaha
memantapkan budi pekerti dengan menjaga kelakuan dan bicara, atau senyum
sentiasa kepada orang di sekeliling mereka. Melalui penyebaran kempen yang
ekstensif seperti ini, lebih ramai warga Singapura akan lebih teruja untuk
mengekalkan budi pekerti yang tinggi.
Selain itu, ibu bapa seharusnya giat memainkan peranan
mereka dan laksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih proaktif supaya
pengasuhan anak mereka tidak terlalu fokus kepada pencapaian akademik dan
duniawi. Sebaliknya, ibu bapa harus menyuntik nilai-nilai positif dan
tatatertib senonoh kepada anak-anak mereka supaya budi pekerti mereka dimantapkan
seiringan dengan pembangunan akhlak dan keperibadian mereka. Mereka tidak
sepatutnya menumpukan perhatian dan menekankan kepentingan pencapaian akademik,
tetapi sebaliknya mengasuh anak mereka supaya mereka mengenal peri pentingnya
budi pekerti dan akhlak baik, dan kemudian mendewasa dengan sikap yang positif.
Percakapan antara suami dan isteri; ibu bapa dengan anak-anak; dan antara
anggota keluarga di rumah sewajarnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan
supaya bahasa yang halus dan dapat dibiasakan di rumah. Jika ibu bapa mengajar
anak mereka dengan betul sejak muda, proses membentuk budi pekerti yang tinggi
akan menjadi lebih mudah, ibarat kata mutiara “melentur buluh biarlah dari
rebungnya”.
Pihak sekolah juga mampu memainkan peranan penting di
dalam usaha mengalu-alukan budi pekerti yang tinggi. Memandangkan remaja dan
warga muda meluangkan kebanyakan masa di sekolah, persekitaraan sekolah haruslah
diperkayakan dengan penyemaian nilai-nilai positif dengan tujuan remaja
menitikberatkan budi pekerti. Contohnya, di sekolah, Sivik dan Pendidikan Moral
(CME) boleh diajar supaya pedidikan asas tentang moral dapat mengukuhkan budi
pekerti asas remaja. Mereka akan lebih terdedah kepada unsur-unsur positif
seperti ini dan akan teruja untuk mengimplimentasikan apa yang diajar di
sekolah melalui kelakuan dan akhlak mereka terhadap orang lain. Kuasa pihak
sekolah tidak patut dipandang rendah, malah, pendidikan asas budi pekerti hanya
boleh dijalankan melalui tangan dan kaki pendidik di sekolah-sekolah. Nescaya,
pihak sekolah mempunyai tanggungjawab memastikan warga muda Singapura diajar
budi pekerti.
Akhir kalam, ketandusan budi pekerti sememangnya lejangan
sosial yang mampu meporakperandakan keharmonian dan ketenteramaan Singapura.
Warga Singapura harus berusaha memantapkan budi pekerti mereka dan
tanggungjawab untuk memastikan warga muda Singapura kekal berbudi pekerti
bersandar di bahu pemerintah, ibu bapa dan sekolah-sekolah. Generasi pelapis
ini kemudian akan dewasa dengan jati diri yang kukuh serta budi pekerti yang
tinggi. Semua pihak harus melipatgandakan usaha dan bekerjasama untuk
menyelesaikan masalah ini dan menjamin masyarakat Singapura yang saling
menyayangi dan harmoni.
Subscribe to:
Posts (Atom)