Karangan Irfan
Budi pekerti
dan teknologi, manakah yang lebih penting? Seringkali kemajuan teknologi
menjadi sinonim dengan tingkat kemajuan suatu negara. Namun, jika dalam
pengejaran material, budi pekerti warga suatu watan itu dikelek, maka kemajuan
yang dicapai negara itu menjadi tidak bererti banyak bagi masyarakatnya.
Singapura, sebagai salah satu negara maju di Asia yang terkenal akan budi
pekertinya yang tinggi telah menunjukkan kebolehannya menghasilkan pelbagai
teknologi yang tidak hanya menguntungkan bagi masyarakatnya, tetapi juga bagi
seluruh umat manusia. Sekilas, Masyarakat Singapura nampak berbudi pekerti dan
berbudi bahasa luhur. Namun, banyak masayrakat Singapura sendiri yang mengeluh
akan ketandusan penduduk Singapura. Berita tentang penggunaan bahasa yang kasar
serta ketidakpedulian penduduk Singapura terhadap orang-orang di sekitar mereka
telah tersebar melalui corong-corong tetuang udara dan tentu sahaja, hal ini
menimbulkan suatu pertanyaan besar, apakah sebenarnya penduduk Singapura
ketandusan budi pekerti?
Pada hemat
saya, ketandusan budi pekerti ini amatlah ketara di beberapa golongan
masyarakat Singapura, terutamanya di golongan masyarakat muda. Terhanyut dalam
arus penyejagatan, kehidupan pemuda-pemudi Singapura kini dipenuhi oleh teknologi-teknologi maklumat serta teknologi komunikasi seperti
telefon bijak. Disebabkan oleh kesibukan merekamenggunakan teknologi-teknologi
macam inilah mereka menjadi terlupa akan orang-orang di sekitar mereka.
Seringkali pemuda-pemudi ini mengambil tempat duduk di dalam tren serta bas
awam dan tidak memberikannya kepada penumpang lain yang memerlukannya, seperti
warga tua ataupun penumpang yang terluka. Yang lebih memeranjatkan lagi ialah
pemuda-pemudi ini bukannya tidak mengetahui keadaan penumpang laiinya, melainkan
mengatahui secara pasti namun acuh-tak acuh terhadap penumpang lainnya. Kerana
perilaku semacam inilah, timbul ramai protes dari khalayak masyarakat yang
peduli terhadap keadaan kemerosotan akhlak ini. Memang benar, perilaku yang
buruk akan menjejas imej suatu bangsa seperti pepatah rosak badan kerana
penyakit, rosak bangsa kerana laku.
Bertitik tolak
daripada kenyataan di atas, ketandusan budi pekerti juga nampak di kehidupan
sehari-hari terutama ketika berbahasa. Berbahasa di sini bermaksud menggunakan
bahasa ibunda yang mencerminkan sopan santun semasa bercakap dengan kawan
mahupun dengan orang yang lebih tua. Hal ini sangat nampak dalam kehidupan
ramai remaja Melayu yang tidak memperoleh pendidikan tinggi. Seringkali bahasa
yang mereka gunakan ialah bahasa kasar dalam bertutur dengan orang tua ataupun
dengan guru di sekolah tanpa mereka sedari kerana bercakap dengan bahsa
sedemikian sudah menjadi kebiasaan mereka. Namun, hal ini turut diperteruk
dengan ketidakpedulian orang tua yang selalu sibuk dengan pekerjaan mereka
sehingga di dalam hati anak-anak mereka tidak timbul perasaan bersalah. Bahkan,
beberapa orang tua yang semestinya menjadi askar terdepan dalam membina budi
bahasa anak-anak mereka terlalu memanjakan anak-anak mereka sehingga takut jika
anak-anak mereka berasa tertekan jika mereka melarang penggunaan bahasa yang
menyeronokkan, namun merosakkan. Sementelahan itu, ramai orang tua yang tidak
mendidik anak-anaknya untuk menggunakan bahsa yang baik dan benar sehingga budi
bahasa yang mulai tidak tercermin daripada bahasa yang digunakan anak-anak
mereka. Hal ini layaknya bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Beralih ke
hujah berikutnya, ketandusan budi pekerti yang menyebabkan kerugian kepada
pihak lainnya juga ketara dalam kehidupan bermasyarakat. Sebenarnya, hal ini
juga berpunca daripada sikap acuh tak acuh warga negara serta kurangnya
kepekaan mereka terhadap sesama. Di jalan raya, seringkali terlihat teksi yang
berhenti di tepi jalan yang sesungguhnya tidak boleh menjadi tempat perhentian.
Hal ini tentu sahaja menjejas pengguna jalan raya yang lainnya yang berkendara
di belakang teksi-teksi tersebut. Tidak hanya teksi, bahkan kereta-kereta
peribadi turut menyumbang pada kes-kes sedemikian, terutamanya jika mereka
menaikkan atau menurunkan penumpang di tepi jalan. Sehubungan dengan itu, sikap
kasar daripada penduduk Singapura turut menjejas imej Singapura di mata buana.
Di pusat-pusat penjaja makanan, kita sering menjumpai penjaja makanan yang
menjerit ke arah pelanggan ketika pelanggan membuat kesilapan secara tidak
disengaja. Ini menunjukkan bahawa masih ramai warga Singapura yang tidak
terdidik sehingga menunjukkan suatu keruntuhan akhlak. Malangnya, jika mereka
tidak membaiki perilaku mereka, ini boleh mejejas pendapatan mereka.
Namun begitu,
tidak semua penduduk Singapura menunjukkan sikap yang mencerminkan kemerosotan
akhlak. Bahkan, Singapura lebih terkenal sebagai watan yang ramah serta
berpegang teguh pada adat sopan santun, apalagi dalam golongan kaum Melayu.
Kebenaran ini dibuktikan dengan kemajuan industri perkhidmatan Singapura yang
bahkan telah diakui oleh penduduk di seluruh dunia. Untuk menghasilkan kejayaan
industri perkhidmatan yang sedemikian,
diperlukan sikap sopan santun yang tinggi dan juga budi bahasa daripada setiap
orang yang terlibat di dalamnya. Dalam konteks ini, Singapura telah menunjukkan
keblehannya dalam bersaing dengan negara-negara Barat dalam industryi
perkhidmatan dan semestinya, kita rakyat Singapura bangga denan pencapaian ini.
Bertitik tolak
daripada permasalahan yang ditimbulkan oleh ketandusan budi pekerti ini,
masyarakat Singapura patut mencari jalan keluar bagi penyelesaian permasalahan
ini agar boleh dibedung secara tuntas. Seperti yang telah disebutkan di atas,
Ibu Bapa ialah askar terdepan bagi memerangi keruntuhan budi pekerti. Oleh
sebab itu, Ibu Bapa memegang kunci peranan untuk mendidik anak-anak mereka
mengenai budi pekerti. Selain itu, Ibu Bapa juga bertanggung jawab dalam
membenarkan kelakuan anak-anaknya yang tidak sesuai dengan norma yang diterima
masyarakat. Justeru, Ibu Bapa haruslah tegas dan berani dalam mengambil
tindakan terhadap anak-anaknya jiak mereka melakukan kesilapan. Dengan
demikian, anak-anak akan tersedar dengankesilapan mereka sehingga tidak
mengulanginya di masa hadapan seperti pepatah belakang parangpun jikalau diasah
nescaya tajam.
Sebagai
lanjutan daripada hal di atas, pihak pemerintah juga boleh turut membantu dalam
memerangi permasalahn tersebut dengan mengadakan pameran budaya kaum-kaum di
Singapura. Pameran sedemikian bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada
masyarakat Singapura tentang pentingnya berbudi pekerti yang baik serta
mendedahkan mereka kepada penerapan budi pekerti yang diajarkan dalam kehidupan
sehari-hari. Agar pameran tersebut boleh menjangkau seluruh lapisan masyarakat
Singapura, sebaiknya pameran diadakan di usat kota sehingga senang dijangkau
serta menarik lebih banyak pengunjung, seperti perpustakaan negara.
Sejajar dengan
itu, pelatihan bagi penjaja-penjaja makanan patut digalakkan. Pelatihan yang
merangkumi cara-cara melayani pelanggan dengan keramahan haruslah diberikan
kepada penjaja-penjaja makanan yang memerlukan bagi mempertingkatkan mutu
perkhidmatan mereka. Dengan mempertingkatkan mutu perkhidmatan mereka, secara
tidak langsung mereka telah mengajarkan budi pekerti kepada para penjaja
makanan tersebut.
Terakhir,
tingkat kesedaran masyarakat tentang kepentingan budi pekerti yang masih rendah
ini haruslah dipertingkatkan agar masyarakat labih senang menerima pengajaran
tentang budi pekerti. Hal ini boleh dicapai dengan kempen bulan bahasa yang
sebentar lagi akan tiba. Dengan pengajaran bahasa, diharapkan penerapan budi
bahasa dalam kehidupan sehari-hari masyarakat akan mempertingktkan budi pekerti
masyarakat pula.
Singkatnya,
penerapan budi pekerti dalam kehidupan sehari-hari ialah suatu hal yang harus
diutamakan dan didahulukan daripada pengejaran material. Memang, dalam
pengejaran material, seringkali masyarakat Singapura mencari jalan pintas untuk
mendapatkan sesuatu lantas seiring dengan berjalannya waktu, mereka kehilangan
budi pekerti mereka. Walaupun Singapura telah berjaya dalam industri
perkhidmatan, masyarakat Singapura belum boleh berbangga begitu sahaja dengan
pencapaian ini kerana pada asasnya, masih ramai aspek kehidupan masyarakat
Singapura yang masih tidak didasarkan oleh budi pekerti. Oleh sebab itu,
kerjasama daripada semua pihak yang terabit perlu digalakkan. Hanya dengan
demikian maka budi masyarakat yang didasarkan oleh budi pekerti dapat
diwujudkan.
1 comment:
Komen oleh Zaky
KESILAPAN BAHASA
‘Seringkali kemajuan teknologi menjadi sinonim dengan (tingkat) kemajuan suatu negara.’ – Irfan, tidak perlu meletakkan perkataan ‘tingkat’ di dalam ayat ini kerana kelihatan ganjal.
P.S. Maaf, saya tidak dapat cari kesilapan-kesilapan yang lain akibat tidak cukup masa.
Irfan, kamu memberi sebuah gambaran umum yang baik, dan saya dapati bahawa kamu masih dapat mengait balik kepada konteks Singapura. Syabas! Walau bagaimanapun, saya rasa bahawa kamu telah mengalih daripada soalan yang sebenar. Kamu telah mendatangkan konsep perbandingan antara teknologi sesebuah negara dan hubungannya kepada budi pekerti rakyat sebuah negara seperti Singapura, dan pada pendapat saya, ini tidak jelas menjawab persoalan karangan ini yang hanya bertanya tentang ketandusan budi pekerti rakyat Singapura. Perbandingan ini tidak seharusnya dibawa masuk ke dalam karangan ini di dalam perenggan pengenalan dan lebih sesuai di dalam perenggan isi.
Pada pemerhatian saya, kamu mempunyai keupayaan bahasa yang di peringkat tinggi, tetapi di dalam perenggan pengenalan ini, saya mendapati beberapa kejanggalan dari struktur ayat dan bahasa, dan perlu dipertingkatkan lagi. Ini harus diubahsuaikan supaya pemeriksa dapat menbaca karangan kamu dengan lebih senang.
Kamu juga menggunakan sebuah persoalan berbandingkan kata-kata mutiara bada ayat pertama. Ini tidak salah tetapi seperti yang dikatakan di atas, persoalan yang ditanyakan tidak begitu sesuai bagi perenggan pertama ini dan sepatutnya diletakkan ke dalam perenggan isi.
Bagi perenggan isi pula, saya amat suka penggunaan penanda wacana kamu yang sangat berbunga dan lain daripada yang lain. Ini memberi pemeriksa, dan juga pembaca sebuah nafas yang segera walaupun mereka sedang membaca karangan ekspositori. Bukan sahaja dari segi penanda wacana, saya juga mendapati bahawa kamu menggunakan perkataan-perkataan/frasa-frasa yang baik seperti ‘..imej Singapura di mata buana.’
Idea-idea kamu dan contoh-contoh yang diberi juga berlainan daripada apa yang sering diberi. Kamu tetap mengaitkan dan memberi contoh daripada Singapura dan ini menolong karangan kamu untuk mencapai peringkat B yang tinggi ke atas. Saya amat kagum dengan karangan ini.
Kamu telah menyelitkan banyak contoh-contoh yang terperinci dan masih dapat bersetuju dengan persoalan karangan ini dan ini akan mendapatkan kamu markah yang baik, ataupun cemerlang untuk karangan ini. Walau bagaimanapun, kamu juga kadangkala memberi isi yang tidak relevan dan ini boleh menjejas karangan kamu.
Bagi perenggan terakhir, saya mendapati bahawa kamu tidak menjawab soalan pertama yang dipersoalkan, iaitu ‘Budi pekerti dan teknologi, manakah yang lebih penting?’. Walaupun saya telah menekankan bahawa persoalan pertama kamu tidak begitu berkaitan dengan soalan karangan, atas sebab kamu telah meletakkannya di perenggan pertama, kamu bertanggung jawab untuk menjawab persoalan itu di dalam perenggan terakhir.
Justeru, bagi persoalan yang utama, kamu berjaya untuk menjawabnya dengan baik.
Komen umum : Saya mendapati bahawa ada banyak kejanggalan dari segi bahasa dan struktur ayat dalam karangan ini yang dapat dipertingkatkan lagi. Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya, ini adalah karangan yang terperinci berdasarkan isi-isi kamu.
Post a Comment