Bahasa Melayu Lanjutan Menengah
Empat
Karangan Ekspositori
Oleh Danial Matin (11) 4A
Rakyat Singapura ketandusan budi
pekerti yang tinggi. Bincangkan.
Sejak kebelakangan ini,
sering kita mendengar mahupun terbaca di dada-dada akhbar bahawa sifat budi pekerti
semakin terhakis di rakyat Singapura pada abad ke-21an di samping arus
perkembangan teknologi. Akibat penyejagatan, kita lebih terdedah kepada
pengaruh oleh pelbagai anasir-anasir baik mahupun buruk. Malah, budi pekerti
termasuk beradab, bersopan santu dan berbudi bahasa yang dahulu merupakan
sebahagian dari kehidupan kini berketandusan.
Budi pekerti itu amat
penting kerana budi itu menjadi lambang bangsa, terutamanya dalam negari
berbilang bangsa seperti Singapura. Usah membina masyarakat yang mengejar
kemajuan dan kebendaan tanpa memupuk sifat budi pekerti, jika tidak lahirlah
masyarakat yang telah mundur. Dengan budi pekerti, silaturrahim dapat dijalin,
rasa mahabbah dapat dipupuk dan sifat persaudaraan dapat disuburkan. Sehubungan
dengan itu, nenek moyang kita dahulu menilai seseorang bukan daripada paras
rupa, pangkat atau harta benda, tetapi daripada budi bahasa. Hakikatnya, rakyat
Singapura kini dikatakan ketandusan budi pekerti kerana kebendaan telah pun
menjadi lebih penting daripada budi pekerti yang dikesampingkan. Ini
melambangkan kemunduran dalam nilai-nilai masyarakat kita, sehingga
kempen-kempen seperti ‘Cinta Pengangkutan Awak’ terpaksa dilaksanakan oleh para
pemerintah untuk menyuntik kesedaran ke dalam rakyat tentang peri pentingnya budi
pekerti. Sebabnya ialah terdapat segolongan orang yang tidak sampai hati untuk
menghulurkan tempat duduk mereka kepada golongan orang yang lebih memerlukannya
seperti warga emas dan wanita hamil. Satu lagi contoh ialah remaja kini berasa
bahawa budaya tekno menjadi aspek kebiasaan dalam kehidupan mereka, maka
berpandangan bahawa teknologi yang terkini mencerminkan pangkat keperibadian
mereka yang tinggi di mata rakan-rakan sebaya. Lantas, keinginan mereka untuk memenuhi tuntutan
barang-barang kebendaan menyebabkan mereka mengagung-agungkan kekayaan. Dalam
kata-kata Encik Zaky Mohamad yang merupakan Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang,
“Dalam dunia hari ini, kita menjadi lebih praktikal dan lebih tertumpu kepada
isu-isu harian sehingga mengabaikan adab dan nilai”.
Tambahan lagi, ketandusan
budi pekerti juga amat ketara di lapisan orang dewasa antara rakyat Singapura.
Ibu bapa juga terlalu sibuk mengejar pencapaian lima K iaitu kerjaya, kad
kredit, kereta, keanggotan kelab dan kondominium maka kurang meluangkan masa
dengan anak-anaknya untuk menanam sikap bertatasusila yang baik dalam diri
mereka. Ibu bapa pula tidak menjadi teladan yang contoh untuk anak-anak mereka
apabila suka bercakap dengan meninggikan suara mereka. Sebagai contoh, terdapat
majikan yang menengking pembantu rumah mereka jika membuat kesalahan sewaktu
menjalankan tugas. Bak kata pepatah ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’,
anak-anaknya akan terikut-ikut dengan sikap kasar yang tidak mengawal
penggunaan bahasanya. Amat mendukacitakan apabila budaya berbudi bahasa ketika
di rumah semakin pudar. Sejajar dengan itu, sudah tentulah setiap individu
pernah bertemu dengan peniaga yang menengking kuat tanpa menunjukkan sopan
santun sewaktu melayan pelanggannya. Adakah ini cara betul untuk menarik
pelanggan? Sukar sangatlah kita mengukir senyuman atau mengucap salam kepada
orang lain tidak kira saudara atau tidak seperti diterapkan dalam agama Islam?
Jika kita mahu semakin maju ke arah masa hadapan yang lebih cerah, kita
haruslah menyoalkan diri sendiri dan mengambil langkah yang betul untuk
melahirkan masyarakat yang tidak sahaja maju dari segi teknologi dan ekonomi
tetapi juga mengetengahkan budi pekerti yang tinggi.
Namun, perjuangan ini
bukan tanpa harapan. Masih ada segelintir rakyat Singapura yang masih memupuk
nilai budi pekerti dan telah menjadi inspirasi kepada orang di sekelilingnya
untuk mengikut jejak langkahnya. Kita harus tetap yakin dan memupuk sikap
optimis bahawa nilai budi pekerti boleh diperbangunkan lagi di masyarakat kita
yang telah tersungkur di arus kemodenan. Budi dan paras rupa tidak seharusnya
bertentangan. Beberapa langkah boleh diambil oleh pelbagai pihak termasuk diri
sendiri, ibu bapa, masyarakat dan para pemerintah untuk mendidik rakyat
Singapura supaya berbudi pekerti.
Sebagai abang kakak, ibu
bapa dan datuk nenek yang bertanggungjawab, kita memainkan peranan peribadi yang
utama dalam menanam sikap berbudi pekerti dalam generasi muda bagi membentukkan
watan budiman. Jika kita mahu orang lain untuk mengubah sikapnya, sikap kita
sendiri perlu berubah dahulu. Seperti yang dibentangkan di atas, ibu bapa harus
menjadi teladan dan mencontohi sikap berbudi pekerti supaya anak-anaknya akan
turut mengikutinya. Anak-anak mesti dididik dari usia muda lagi untuk bersopan
santun dan memupuk tatasusila yang baik supaya membesar menjadi insan yang
tidak mementingkan diri sendiri seperti tidak peka terhadap keperluan orang
lain di sekelilingnya. Para ibu bapa usah terlalu lembut kerana tidak berani
menegur sikap kasar anak-anaknya yang dipengaruhi rakan-rakannya di sekolah.
Ini akan menyebabkan anaknya sendiri terus bersikap kurang sopan kepada orang
tuanya dan akan menjadi tabiat buruk yand dibawa sehingga dewasa. Hal ini
penting untuk mewujudkan suasana yang baik dan harmoni dalam keluarga yang
bakal dicontohi oleh anak-anak. Kita juga harus sentiasa sedar tentang
penggunaan bahasa kita kerana ia akan melambangkan bangsa kita. Budi pekerti
kita tidak terpisah daripada bahasa yang kita gunakan. Usah biarkan identiti
kita sebagai masyarakat yang menghargai budi pekerti yang baik ditelan masa.
Biasakan diri dengan bersikap terpuji dan mulia yang berkesan dalam pergaulan
setiap hari serta rasailah nikmatnya.
Lagipun, pendidikan agama
boleh diperkukuhkan. Ini juga sejajar dengan seruan Perdana Menteri Encik Lee
Hsien Loong untuk membina masyarakat yang lebih inklusif dan menraikan
kepelbagaian bangsa. Agama secara semulajadi membimbing kita untuk menerapkan
nilai-nilai mulia sewaktu menjalani tugas seharian. Asas ajaran banyak agama menggalakkan kita untuk menaburkan jasa dan
bakti melalui bahasa yang sempurna. Menurut Imam Syafie yang beragama Islam,
memilih kata-kata yang baik dan pantas adalah termasuk budi pekerti yang
dicontohi nabi-nabi dahulu. Secara jelas, pendidikan agama dari usia muda
diperlukan supaya anak-anak kita diajar nilai-nilai yang betul dan mempunyai
pegangan kepada budi pekerti yang teguh. Begini, mereka lebih senang membezakan
antara tatasusila yang baik dan yang buruk.
Tambahan lagi, pemerintah
patut mengekalkan kempen-kempen yang menggalakkan pelestarian budi pekerti
supaya sentiasa mengingati kita betapa pentingnya untuk bersopan santun antara
satu sama lain. Keberkesanan kempen-kempen tersebut perlu disemak dan
diperbaiki dengan memanfaatkan maklum balasa orang awam. Kempen ‘Cinta
Pengangkutan Anda’ oleh SMRT merupakan salah satu ikhtiar para pemerintah bagi
menggalakkan para penumpang untuk berbaik budi dan menghulurkan tempat duduk
kepada orang yang lebih memerlukannya. Sokongan para pemerintah amat diperlukan
jika mahu membina masyarakat harmoni yang mengetengahkan budi pekerti. Melalui
kempen-kempen ini, rakyat Singapura diharapkan menjadi lebih berbudi pekerti
dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja.
Kita dapat lihat bahawa cara bagi memperkukuhkan budi pekerti yang
dinggi di antara rakyat Singapura memerlukan beberapa pihak berganding bahu.
Sewajarnya, aspirasi
Singapura untuk menjadi bandar global yang unggul perlu dicapai dengan kekayaan
masyarakat dalam kedua-dua aspek material dan budi. Rakyat Singapura tidak
boleh dijadikan lambang ketandusan budi pekerti dalam negeri maju yang lebih
mementingkan kejayaan kerjaya serta kebendaan. Untuk maju lagi ke hadapan, kita
harus ingat untuk memupuk nilai-nilai yang murni melali budi pekerti dan budi
bahasa kita. Orang yang besar dari segi pangkat atau mulia tidak akan hilang
martabatnya jika dia merendahkan dirinya sekalipun, bak kata pepatah, ‘jika
ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya’. Budi pekerti yang tinggi hanya
akan mendatangkan lebih manfaat kepada negeri Singapura yang masih lagi
berkembang.
1 comment:
Perenggan pertama mempunyai definasi yang tepat dan juga gambaran isi-isi yang akan dibincangkan.
Saya rasa bahawa Danial pandai menggunakan contoh yang relevan dengan topik tersebut. Seperti memberi nama kempen yang dilaksanakan para pemerintah yang dinamakan, ‘Cinta Pengangkutan Awak’ dan Kempen ‘Cinta Pengangkutan Anda’ oleh SMRT. Selain daripada itu, contoh seperti 5 k juga dapat menggambarkan topik tersebut dengan lebih jelas. Dengan memberitahu daripada mana seseorang dan jugan nama penuh mereka juga memberi imej yang baik bagi pembaca. Seperti, Encik Zaky Mohamad yang merupakan Anggota Parlimen GRC Choa Chu Kang, Imam Syafie yang beragama Islam dan Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong. Ini menunjukkan bahawa Danial telah membaca nota-nota dan dapat menggunakan apa yang dipelajari dalam karangannya. Tambahan pula, dia juga dapat menggunakan kosa kata yang berbunga dan juga bahasa yang baik dan lancar. Manakala itu, selain daripada menggunakan penanda wacana 'namun', Danial pun boleh menggunakan seperti 'pada hemat yang berbeza' ataupun 'pada sudut yang lain'.
Bagi perenggan penutup, Danial telah menunjukkan aspek yang berbeza. Saya rasa bahawa Danial telah berjaya merumuskan isi-isi semua dan jelaskan sekali lagi untuk menunjuk kepentingan berbudi bahasa.
-AizatJufrie
Post a Comment